BAB 25

18 3 0
                                    

"Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam. Ha haikal, meh duduk sini. Ayah dengan ibu ada benda nak bincang ni" panggil Puan Nadine.

Haikal yang baru saja masuk ke dalam rumah itu terus duduk di sebelah Tuan Zaquan.

"Ayah nak bincang apa?" Soal Haikal. Tuan Zaquan tersenyum.

"Ayah dan ibu dah buat keputusan. Kami nak Aireen kahwin dengan Darwish" kata lelaki yang agak berumur itu.

Mata Haikal naik memandang ke arah Aireen dan anak kepada rakan ibu bapanya, Darwish.

"Aireen setuju?" Soalnya mendatar. Aireen menganggukkan kepalanya tanpa melihat ke arah abang angkatnya itu.

Haikal mengetap bibirnya kuat. Matanya masih lagi memandang Darwish tajam.

"Tak apa lah. Haikal ada kerja ni, Haikal naik atas dulu" sejurus berkata begitu, Haikal terus meluru naik ke atas.

Masuk saja di dalam bilik, dia mengcampak kotnya ke atas katil sebelum tangan naik menumbuk cermin sehingga pecah.

Semua barang barang yang ada di atas meja belajarnya ditolak jatuh. Dia menarik rambutnya.

"AHHHH. Kenapa kau mesti muncul saat dia dah rapat dengan aku Darwish?!" Soal Haikal sendirian.

Dah elok Aireen mulai rapat dengannya tup tup dijodohkan dengan Darwish. Mana tak bengang si Haikal ni.

KRINGG

Haikal mengeluarkan telefonnya yang berada di dalam briefcasenya. Satu kotak kecil jatuh ke lantai tanpa jejaka itu sedari.

"Kau nak apa?" Sergah Haikal selepas mengangkat panggilan itu.

"Datang markas sekarang. Ada meeting penting" kata Ace dingin.

Haikal bergumam. "5 minit lagi aku sampai sana" dia terus meletakkan panggilan tersebut.

Kotak kecil yang jatuh itu diambil dan ditenung. Kotak yang berisi sebentuk cincin mewah.

Cincin itu adalah cincin yang ditempah khas oleh Haikal kerana dia merancang untuk melamar Aireen pada malam ini namun lain pula yang jadi.

Kotak cincin itu diletakkan di dalam laci meja kecil di sebelah katilnya. Darah yang berada di tapak tangannya dilap lalu dia keluar dari bilik itu.

**

"Kau dari mana Haikal? Dengan tangan berdarah lagi?" Irfan menggelengkan kepalanya.

"Dari rumah" balas Haikal ringkas. Dia duduk di sebelah Farhan.

"Dah kenapa dengan tangan kau tu? Suara kau pun dah berubah selalunya kau terpaling bala dekat sini" kata Eykal.

Haikal membalikkan bebola matanya ke atas. "Ayah dengan ibu aku nak satukan Aireen dengan anak kawan diorang"

"WHAT?!" terpejam mata Ace, Kayden, Eykal, Irfan dan Darius tatkala mendengar jeritan dari yang lain.

"Kauorang ni dah kenapa?" Tanya Irfan. Amir, Farhan dan Qashaf tersengih.

"Aireen setuju ke?" Soal Kayden. Ace pasrah. Memang tak bincang apa la hari ini kalau semua dah fokus dengan hal ni.

Haikal angguk. Qashaf menutup mulutnya. "Tak tahu nak kata apa kalau Aireen dah setuju"

"Why not kalau kau rampas dia dari lelaki tu? Alahhh kau lagi kaya dari lelaki tu kot" Amir menyatakan pendapatnya.

"Patut ke?" Farhan mengangguk laju.

"Patut! Kalau bab bab macam ni kau memang kena main pakai kekayaan" sokong Farhan.

Haikal tersenyum senget. Darwish....hmm tahu la apa aku nak buat dengan kau.

To be continue..

 ZARIEL'SWhere stories live. Discover now