BAB 1

91 10 0
                                    

KRING

Seorang gadis bangun dan duduk di atas katil sebelum mengeliat seketika. Dia memandang ke arah jam di atas meja kecil disebelah katil.

Membulat besar matanya. 7.00 pagi!

"Dah lambat" kata gadis itu panik sebelum dia mengambil tualanya dan meluru masuk ke dalam bilik air.

Di ruang tamu bawah pula ada seorang remaja lelaki yang tenang melihat televisyen sambil tangan kanannya menyuap nasi lemak ke dalam mulut.

Gadis tadi turun ke bawah dengan tergesa gesa. Dia mengambil tempat di sebelah lelaki tadi.

"Mana yang lain?" Soal gadis itu kepada abangnya. Lelaki itu memandang ke arah adiknya sebelum menggelengkan kepalanya.

Surat khabar yang berada di atas meja itu dicapai sebelum diketuk pada kepala adik perempuannya.

"Akh sakit lah Khalish!" Gadis itu mendesis sakit namun abangnya hanya diam sambil melihat semula ke arah televisyen.

Muhammad Luke Khalish, anak kedua dark tiga orang adik beradik. Adik kembar Eshan Zaydan dan abang kepada Nur Lisa Aira.

"Kau ni turun turun terus sergah macam tu. Dengan salam tak bagi, adab mana adab?" Tegur Khalish tegas. Aira tersengih.

"Assalamualaikum abangku sayangg" kata Aira.

"Waalaikumussalam ha baru betul," celah Zaydan yang baru keluar dari dapur bersama dengan Tuan Denniz.

Zaydan mengambil tempat di sebelah Khalish manakala Tuan Denniz pula duduk berhadapan dengan Aira.

Tuan Denniz memandang ke arah anak perempuannya, Aira.

'Sayang....anak perempuan kita dah besar'

Andai kata ibu mereka masih hidup, mesti wanita itu sudah tersenyum melihat anak anaknya.

Ibu mereka bertiga meninggal dunia saat melahirkan Aira. Mereka bertiga hanya dijaga oleh ayah mereka, Tuan Denniz.

"Dah, makan cepat. Kejap lagi korang bertiga nak pergi sekolah kan" kata Tuan Denniz.

"Aira, nanti ikut cakap Zaydan dan Khalish. Jaga diri, faham?" Pesan lelaki tua itu. Aira yang sedang mencedok nasi goreng itu mengangguk faham seraya tersenyum manis.

Kedua dua abang Aira turut mengangguk mengiyakan hal itu.

“Dah, jom nanti lambat” mereka berempat masuk ke dalam Nissan GTR milik Tuan Denniz.

“Kami pergi dulu daddy” pamit Zaydan. Mereka bertiga menyalam tangan ayah mereka sebelum  berjalan masuk ke dalam sekolah.

“Ha ye jaga diri baik baik, jaga Aira,” pesan Tuan Denniz. Khalish dan Zaydan mengangguk faham.

Masuk saja ke dewan terbuka TD Highschool, Khalish menyuruh Aira untuk duduk di barisan kelas 1RBT3, Aira hanya menurut dengan arahan abangnya.

Selepas memastikan bahawa Aira sudah selesa, dia dan Zaydan beredar dari situ dan masuk ke kelas masing masing.

“Baiklah semua, saya cikgu Farhana. Cikgu kelas kamu semua. Hari ini kita tak akan belajar jadi kamu semua boleh berkenalan dengan satu sama lain terlebih dahulu” kata cikgu Farhana saat mereka sudah berada di dalam kelas. Yang lain menangguk faham.

Aira meletakkan kepalanya di atas meja. Dia mengeluh perlahan.

“Bosannya. Nak buat apa ni?” keluh Aira. Dia tersentak saat merasa bahunya seperti disentuh dari belakang. Dia menoleh.

Terlihat seorang pelajar perempuan yang duduk di belakangnya tersenyum sambil memandang Aira. Aira membalas senyuman itu.

“Hai, nama aku Hazel Dalisya Drea. Boleh panggil Drea je. Nama kau apa?” tanya gadis bermata dark hazel yang bernama Drea itu.

“Nur Lisa Aira tapi orang selalu panggil Aira je” balas Aira ramah.

“Hai Aira, nama kita dekat dekat je. Nama aku Aria. Aria Kayla” gadis yang berada disebelah Drea itu mencelah.

Baru saja Aira ingin berkata sesuatu, cikgu Farhana bertanya kepada seluruh kelas.

“Baiklah, sekarang kita akan memilih ketua kelas, penolong ketua kelas, ketua keceriaan, ketua kebersihan dan bendahari. Ada sesiapa nak calonkan kawan kawan atau diri sendiri ke?” tanya cikgu Farhana.

Lelaki yang duduk disebelah kanan Drea mengangkat tangannya. “Ya Amir, kamu nak calonkan siapa?”

Lelaki yang bernama Amir itu tersenyum sebelum menyembut nama rakannya. “Aayan Hayden,cikgu”

“WOI apa sia Amir” marah Aayan.

“Baiklah, kalau macam tu Aayan akan jadi ketua kelas kita. Ketua kebersihan?” kali ini lelaki yang duduk dihadapan Amir pula memberi cadangan.

“Aayash Haidar” cikgu Farhana menangguk faham.

“Kalau penolong ketua kelas Aria Kayla, ketua keceriaan Hazel Dalisya Drea dan yang terakhir sekali bendahari. Nur Lisa Aira”
Ketiga tiga gadis itu mengeluh berat sebelum menangguk mengiyakan.

“Nah. Tolong pasangkan dekat belakang boleh. Drea? Naura?” Drea dan Naura menangguk lalu berjalan ke arah belakang kelas dan mengantung bendera Malaysia itu.

“Nama kau apa?” tanya Naura kepada Drea. Drea melihat gadis itu sebelum membalas.

“Drea” Naura tersenyum. Dia menghulurkan tangannya.

“Naura Ayla” Drea diam seketika sebelum menyambut huluran Naura itu. Mereka berdua balik ke meja masing masing.

“Siapa ni?” soal Drea kepada Aria.

“Ni Rysa, Aireen dan ni pula Nazira” Aria memperkenalkan tiga orang gadis itu kepada Drea. Drea tersenyum nipis.

“Nia dengan Arsyana tak datang ke doh?” tanya Aria. Drea geleng kepala.

“Tak. Diorang tak datang harini sebab tak belajar” balas gadis bermata coklat itu selamba.

“Siapa nia? Siapa Arsyana?” celah Aira.

“Sepupu Drea” yang lain meangguk faham.

KRING

“Jom pergi kantin” ajak Aria. Mereka semua bangun dan turun ke kantin.

To be continue..

 ZARIEL'SWhere stories live. Discover now