BAB 31

48 6 0
                                    

Hari ini merupakan hari yang ditunggu tunggu oleh semua ahli keluarga Aira dan Amir termasuk mereka berdua juga. Aira melihat pantulan dirinya di cermin.

Dia memakai baju kurung moden berwarna putih bersama tudung bawal yang senada. Hari perkahwinan mereka berlangsung di masjid sahaja. Itu semua atas permintaan Aira.

Majlis resepsi pula akan dilangsungkan di hotel malam ini.

TOK

TOK

TOK

Aira menoleh ke arah pintu biliknya yang diketuk. Nia, Drea, Aria, Arsyana dan Nazira masuk dan memeluk tubuh Aira.

"Wehhhh Aira, tak sangka kan kau dah nak kahwin" wajah Aria sudah basah dengan air mata.

"Eleh macam lah tak boleh jumpa lagi lepasni" ujar Nia.

"Haah macam kau lah, Aria. Nanti datang lepak rumah kami ajaklah semua kau sekali. Dia mesti bagi punya lah" ujar Arsyana pula.

"Terima kasih sebab datang majlis akad nikah aku" Aira mengesat air matanya yang mengalir. Nasib baik dia tak pakai  make up tebal sangat.

"Eh dah dah jangan nangis. Ini hari bahagia kau kot kau sepatutnya happy bukannya sedih" ujar Nazira sambil tersenyum.

Aira memandang Drea yang bersandar di dinding sambil memandang yang lain. Seperti biasa, gadis itu tetap memakai mask hitamnya.

"Drea?" Gadis bermata dark hazel itu mengangkat keningnya sedikit.

"Kau tak ada apa apa nak cakap dekat aku ke? Nasihat ke?" Soal Aira. Yang lain turut memandang Drea. Gadis itu memegang bahu Aira sebelum berkata.

"Kejap lagi kau akan jadi isteri orang. Lepasni kalau kau nak keluar, kau kena minta izin dia dulu tau. Ikut cakap dia, hormat dia. Aku harap kita still lagi boleh berkawan even kau dah jadi isteri Amir" nasihat Drea panjang lebar. Aira mengganguk mengiyakan.

"Weh, sapa potong bawang ni? Asal sedih sangat" Arsyana mengelap air matanya.

"Weh Drea, sejak bila kau belajar buat orang sedih ni?" Nazira turut mengelap air matanya yang mengalir menggunakan hujung lengan baju kurungnya.

Drea memukul bahu kedua dua gadis itu. "Dahlah, jom turun"

Mereka berenam masuk ke dalam kereta McLaren P1 yang dipandu oleh Khalish. Tersenyum jejaka itu saat melihat wajah adik perempuannya.

Setibanya di sana, terlihat Amir yang duduk berhadapan dengan Tuan Denniz manakala ahli keluarga mereka turut berada di situ. Aira duduk di atas pelamin kecil yang ada di dalam masjid. Drea turut duduk di sebelah Aira kerana gadis itu merupakan pengapit Aira.

"Pstt, Amir. Tu tu Aira dah sampai" Amir mengalihkan pandangan ke belakang selepas mendengar suara Farhan.

Tersenyum nipis diukir saat dia melihat wajah Aira yang turut juga memandang ke arahnya.

'She's...beautiful'

"Ehem ehem" deheman dari Tuan Ziyad menyentakkan Amir. Dia kembali memandang ke hadapan.

"Sabar, Riel. Kejap lagi dah sah peluklah isteri tu puas puas ye" memerah wajah jejaka itu tatkala dirinya diusik oleh Tuan Ziyad.

"Kita mulakan ya?" Amir mengangguk. Tangannya mengenggam tangan Tuan Denniz. Jantungnya berdegup kencang. Sempat dia berpaling melihat abang abangnya.

"Tuan Muda Muhammad Amir Zariel Bin Tuan Muhammad Ziyad Xaqriel" Amir menarik nafas panjang sebelum dihembus perlahan.

"Saya"

 ZARIEL'SWhere stories live. Discover now