BAB 6

38 6 0
                                    

“Khalish" panggil Aira. Khalish yang sedang membuat kerja sekolahnya itu memandang ke arah adiknya. Pen diletakkan di atas buku.

“Nak apa?” soal Khalish. Aira melabuhkan punggung di sebelah abang keduanya.

“Kau pernah suka seseorang tak?” tanya Aira. Khalish terdiam seketika sebelum menggeleng kepala.

“Nope. Aku busy dengan sekolah dan syarikat aku. Tak ada masa nak fikir pasal cinta" balas Khalish tenang. Tangannya membuka kembali buku sekolahnya.

“Kau ada apa apa lagi ke nak tanya?” kata Khalish saat dia perasan akan pandangan Aira terhadapnya. Aira menggeleng.

“Tak ada dah. Bye” dia bangun dan naik ke biliknya. Tergeleng kepala Khalish. Seketika dia terdiam.

“Dah kenapa pula budak tu tanya macam tu eh?” soalnya sendiri sebelum dia mengangkat bahu.

“Khalish! Jom makan” laung Zaydan. Khalish bangun dan masuk ke dapur.

**

Ace memandang ke arah Amir yang sedang tersenyum manis di balkoni biliknya sambil memandang ke arah bulan malam.

Sudah hampir 15 minit dia berdiri di sini. Memandangkan bilik mereka bersebelahan, Ace dapat melihat Amir dari balkoni biliknya saja.

Dia berdehem. Tersentak Amir . Dia berpaling ke arah tepi. Sebelah kening diangkat.

“Kau dah kenapa tersengih sengih macam tu? Dah tak betul ke apa?” soal Ace hairan. Senyuman Amir semakin melebar.

“Ha tengok tu, senyum lagi.”

“Aku tengah fikirkan sesuatu ni sebenarnya” kata Amir. Ace diam. Menunggu adiknya untuk bercerita tentang lebih lanjut.

“Fikir apa?” tanya Ace.

“Fikir sama ada aku betul betul suka Aira atau tak” abangnya menangguk faham.

“Jadi, dah dapat ke jawapan yang kau nak tu?” Amir menangguk laju.

“Apa jawapan kau?”

“Aku betul betul dah jatuh cinta dengan Nur Lisa Aira” kata lelaki itu.

Farhan yang datang dari mana entah itu menepuk bahu adik kembarnya. Terkejut beruk Ace dan Amir dibuatnya.

“Kau ni, Farhan. Terkejut aku” Amir mengusap dadanya. Ace hanya diam tidak terkata.

Farhan tergelak besar. “Maaf la, tak sengaja" katanya.

"Dah, diam. Aku nak nasihatkan sesuatu ni" kata Ace. Kedua dua jejaka itu diam dan menumpukan perhatian kepada Ace.

Ace memegang bahu adik adiknya. "Kalau betul kau sukakan, jaga dia. Hargai dia. Jangan buat dia macam sampah dan jangan permainkan dia. Faham?" Kata Ace tegas.

"Kau pun sama, Muhammad Aisy Farhan. Aku nasihat dua dua adik aku sebab aku tak nak ada mana mana perempuan yang tersakiti sebab korang" pesan Ace. Dia melepaskan rangkulan di bahu dua orang jejaka itu.

Mata Farhan dan Amir berkaca sebelum mereka memeluk erat tubuh abang sulung mereka itu. Ace tidak menolak, dia membalas pelukan itu.

Tanpa sedar, Tuan Ziyad dan Puan Arriella memerhatikan ke arah mereka bertiga dari tingkat atas mansion itu.

"Cepatnya diorang membesar" kata Puan Arriella. Tuan Ziyad memeluk bahu isterinya.

"Yea, cepat je masa berlalu" balas lelaki itu.

To be continue..

 ZARIEL'SWhere stories live. Discover now