"Kalau Raf nak mak Timah kerja dengan  Raf semula, Mak Timah mahu tak?" Tanya Raf. Agak serius bunyinya. Sudah lama dia memikirkan tentang ini semenjak perjanjiannya akan mengambil alih kerja semula. Kalau boleh, dia mahu semua bekas pekerja yang pernah diberhentikan dahulu kembali semula. Termasuk juga Mak Timah.

"Ish, kamu ni... kalau Mak Timah kerja semula dengan Raf, siapa mahu uruskan rumah ni? Lagipun... " sekilas Mak Timah berpaling ke belakang. Terpapar sedikit kegelisahan pada seraut wajah tuanya. Hendak memastikan tiada sesiapa yang datang ke dapur. Lebih-lebih lagi majikannya iaitu Datin Khadijah. Takut jika wanita itu mendengar apa yang ingin diperkatakan.

Setelah memastikan kawasan dapur selamat, barulah Mak Timah pandang Raf semula. Line clear!

"Si Datin tu bukannya buat kerja rumah pun. Mak Timah yang buat semua benda. Pakaian, makan, minum... malah kejut bangun subuh pun Mak Timah yang buat! Dan lagi satu sebab, Mak Timah dah berapa tahun kerja sini. Tak tergamak tiba-tiba nak berhenti kerja dengan Dato Idris." Ujar Mak Timah. Kalau diikutkan hati memang dia mahu menerima tawaran Raf. Namun apabila terkenangkan budi Dato Idris, dia rasa serba-salah pula mahu terima.

Kemudian Raf mengeluh seakan tidak berpuas hati. Gelas terakhir diletakkan ke tepi. Air ditutup. Lantas dia berpaling memandang Mak Timah dengan sebelah tangan menopang pada kabinet. Kepala sedikit menunduk. 

"Tapi Raf boleh beri Mak Timah gaji lebih daripada kerja di sini. Raf tengok apa yang Mak Timah buat tak padan langsung dengan duit yang Mak Timah dapat! Cakap aje Mak Timah nak berapa, Raf boleh tunaikan." Katanya seakan terdesak mahu Mak Timah kembali bekerja semula. Malang sekali, Mak Timah tetap geleng kepala.

"Ini bukan soal gaji, Raf. Tapi soal hati budi. Dato Idris yang ambil Mak Timah kerja di sini selepas kamu berhentikan semua pekerja. Jadi takkan Mak Timah nak pergi kepada kamu macam itu aje? Nanti apa pula Dato Idris fikir."

"Tapi Raf bukan saja-saja nak ambil Mak Timah kerja semula." Adu Raf.

Mak Timah mengerut kening. Tidak faham.

"Habis? Kamu nak permainkan Mak Timah huh?" Soal Mak Timah, buat-buat suara seperti ingin mengamuk.

"Tidaklah sampai begitu.  Jauh benar Mak Timah fikir. Sebenarnya saya..." Sekejap Raf menebarkan anak mata ke ruang tamu, semua orang ada di sana. Masih lagi sedang berborak sakan. Dan selepas itu barulah Raf sambung ayatnya semula dengan nada berbisik.

"Saya ada rancangan sikit." Katanya perlahan. Misteri betul bunyinya.

"Rancangan apa pula ni? Rancangan elok ke tak elok?"

Amboi, soalan Mak Timah serupa Raf mahu menyeludup dadah pula ke dalam rumah ini. Punyalah curiga.

"Adalah. Tapi Mak Timah kena tolong saya juga. Ini demi Husna. Dia pun tak tahu pasal ni. Kita berdua aje."

"Kamu jangan buat kerja gila Raf. Tahu dek Husna nanti, piring terbang ke kepala kamu karang!" Keras Mak Timah. Sudahlah Husna tu pantang apabila ada orang buat benda buruk dibelakangnya. Kalau terkantoi, perang ketigalah nampak gayanya! 

Mengucap Raf mendengar. Macam dia pula yang merancang perkara jahat untuk menjatuhkan Husna. Ish, Mak Timah ni. Bukannya hendak dengar penjelasan dia sampai habis dulu.

"Raf bukannya nak kenakan Husna pun..."

"Habis tu? Apa lagi yang kamu nak buat tanpa pengetahuan dia?"

"Raf nak selesaikan semuanya. Semua orang patut tahu apa yang terjadi di pulau semporna dahulu. Itu aje." Ujar Raf.

Bahkan, Mak Timah masih lagi tidak faham. Apa yang semua orang tidak tahu dan Raf sahaja yang tahu? Kepalanya mula pening.

MR PIRATETempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang