CODE || BAB 30:

1K 65 17
                                    

"Mungkin kisah kita tidak sepertimana yang kita harapkan, namun apa yang sayang nak abang tahu ialah...sayang bahagia dengan abang meskipun kita hanya mampu meluangkan masa sebagai suami isteri hanya dengan 3 hari sahaja"

                                                                                                                                     ***

"Abang...Nayla harap sangat yang abang dapat teman Nayla sewaktu Nayla lahirkan anak kita nanti...."

Aku diam sejenak. Cuba menelan kembali kata-kataku yang baru sahaja keluar dari mulutku beberapa saat yang lalu.

Aku mengusap batu nisan yang terukir nama sarwah suamiku. Air mata yang ingin mengalir aku tahan supaya tidak lagi memburukkan keadaan. Air siraman bunga mula aku tuang dengan perlahan dan lembut sebelum air mata ini juga menitis melintasi pipi.

"Nayla nak bercerita sikit dengan abang ni. Abang dengar elok-elok tau!"

Perutku yang semakin membesar aku usap dengan lembut dan perlahan bersama senyumanku yang terukir. Kini aku kuat, kuat dalam mengharugi setiap cabaran meskipun aku tiada bersamanya disisi.

"Harini, Nayla pergi klinik untuk check anak kita sihat ke tak tau...lepastukan abang, abang tahu tak? Anak kita ni sihat, gagah! Sama macam abang....Nayla ingatkan, Nayla nak namakan anak kita dengan nama Jibrail Asytar, okay tak abang?"

Aku tersenyum dengan bahagia disaat aku menyebut nama bakal cahaya mata milik kami. Mungkin impian kami untuk kekal bahagia sehingga ke akhir syurga tidak dapat diteruskan namun impian kami ini akan diteruskan disyurga nanti.

Mungkin ini penamat kisah cinta kami yang tidak dapat disambung didunia, namun kami akan sambung kisah yang tidak tertulis di syurga bersama.

                                                                                                                        TAMAT

Beberapa tahun seterusnya

"Hayden buat apa tu sayang?" kaki diaturkan untuk mendekati remaja lelaki yang berada didalam lingkungan 13 tahun itu. Punggung dilabuhkan disebelah remaja lelaki yang diberi nama Hayden itu.

Hayden yang sedang khusyuk membaca langsung tidak menghiraukan panggilan ibunya. Alisya yang perasan dengan aksi anaknya terus mengintip sedikit apa yang dibaca sehingga terlalu khusyuk dia membaca.

"Buku apa tu?"

"Dia, Hazriel Asytar"

"Memang tajuk buku tu?"

"Ye ibu"

Alisya mengerutkan dahinya. Nama itu seakan mirip dengan nama arwah bapa mertuanya. Jibrail yang baruu sahaja selesai menunaikan solat fardhu asar terus melangkah ke arah anak dan isterinya.

"Hay baca apa tu?" kini, giliran Jibrail pula yang bertanyakan tentang aktiviti anaknya itu.

"Novel tajuk, 'Dia, Hazriel Asytar', abah"

Jibrail merenung ke arah Hayden dengan kerutan didahi. Novel yang dibaca oleh Hayden diambil bersama senyuman yang diukirkan buat anak lelakinya itu.

"Ummi!"

"Ye!"

"Sini kejap, Jibrail nak tanya!!"

Wanita yang sudah pertengahan umur itu direnung disaat wanita itu melabuhkan duduk dihadapan Jibrail. Senyuman diukirkan buat lelaki itu sebelum anak tudungnya dibetulkan dengan perlahan.

C | ASYTAR'S PRIORITY: HAZRIEL ASYTAR Where stories live. Discover now