CODE || BAB 28:

1K 85 8
                                    

"I love you, my Marissa"

***
Jam di dinding direnung, dan ia menunjukkan jam 5.30 pagi. Nayla merenung lauk-pauk yang disediakan untuk dia bersahur.

"Nayla...sahur seorang diri abang....bila mereka nak jumpa abang...." Pinggan yang berisi nasi putih diletakkan ditempat dimana suaminya selalu duduk disaat mereka menikmati makanan bersama.

"Abang...makan tau...." Ujarnya dengan suara sayu sebelum matanya beralih pada pinggannya yang hanya mempunyai nasi putih.

"Abang....kenapa tak sahur dengan Nayl-"

Sejurus itu air matanya mula memenuhi tubir mata. Tangannya digempal dan digenggam erat. Dia rindu, rindu dengan suaminya. Dirinya sentiasa menanti kehadiran suaminya untuk pulang.

"Sampai bila....Nayla harus tampak kuat abang? Sampai bila Nayla perlu berpura-pura Nayla okay dengan semua ni? Nayla rindu abang....bila mereka nak jumpa jasad abang?"

Air matanya mengalir deras bersama esakkan yang tidak mampu dibendung lagi.

"Abang..."

Dia diam sejeda.

"....Nayla rindu"

Dia diam sekali lagi bersama matanya yang sudah membengkak. Nasinya direnung dalam sebelum pinggan kacanya dilemparkan ke bawah.

Rambutnya digenggam erat sehingga membuatkan dia jerit kesakitan. Dia rindu, dia rindu akan suaminya.

"Abang...." Panggilnya dengan nada sedih bersama air mata yang jatuh menitis ke lantai.

"...baliklah" pintanya dengan sayu. Hatinya kosong. Dia tidak mampu untuk berkata apa-apa. Perutnya direnung dalam sebelum dia tersenyum bagaikan wanita gila.

Pisau yang berada diatas meja diambil dan tangannya diangkat tinggi, kedudukan pisau dan perutya tidak berapa jauh.

"Ya Allah Nayla!!!"

Belum sempat dia menikam perutnya yang semakin membesar itu, Tuan Affendy sempat menahan tangan anak perempuannya.

"Ingat Allah Marissa!!"

"Lepas!!"

Keadaannya mula meronta-ronta minta untuk dilepaskan. Tuan Affendy mula risau dengan keadaan mental anaknya.
Nayla yang semakin hari semakin sakit dan sering menangis apabila teringat jasad suaminya yang masih tidak dijumpai.

"Astagfirullahalazim Nayla...abah ada dengan Nayla ni, tenang anak abah...."

"Nayla nak suami Nayla, abah...."

Tuan Affendy diam sejenak, memikirkan apa yang ingin dijawab terhadap permintaan anak gadisnya ini.

"Abah..."

Nayla memandang ke arah Tuan Affendy dengan renungan sayu. Tubir matanya yang dipenuhi air mutiara itu hampir pecah dek kerana dia tidak mampu untuk menahan lagi akan rindunya terhadap sang suami.

"....kita doakan kepulangan Hazriel hm?"

Nayla merenung wajah Tuan Affendy dengan air mata yang ingin mengalir sekali lagi. Tuan affendy mengambil pisau yang berada ditangan anaknya dengan perlahan lalu diletakkan ke atas meja.

"Nayla...rindu Haz..." adunya dengan suara yang bergetar. Air matanya mula bergenang kembali, nafasnya mula sesak.

"Ye, abah tahu Nayla rindu suami Nayla"

"Bila...mereka nak jumpa jasad Haz abah?"

Sekali lagi Tuan Affendy diam. Dia tidak tahu bagaimana ingin menjawab persoalan tersebut.

C | ASYTAR'S PRIORITY: HAZRIEL ASYTAR Where stories live. Discover now