CODE|| BAB 2:

3K 154 9
                                    

"𝑬𝒉𝒊 𝒃𝒆𝒍 𝒇𝒊𝒐𝒓𝒆, 𝒑𝒖𝒐𝒊 𝒅𝒂𝒓𝒆 𝒊𝒍 𝒕𝒖𝒐 𝒕𝒆𝒎𝒑𝒊 𝒑𝒆𝒓 𝒊𝒍 𝒕𝒖𝒐 𝑯𝒂𝒛 𝒑𝒆𝒓𝒇𝒆𝒕𝒕𝒐( 𝑯𝒆𝒚 𝒃𝒆𝒂𝒖𝒕𝒊𝒇𝒖𝒍 𝒇𝒍𝒐𝒘𝒆𝒓, 𝒄𝒂𝒏 𝒚𝒐𝒖 𝒈𝒊𝒗𝒆 𝒚𝒐𝒖𝒓 𝒕𝒊𝒎𝒆 𝒇𝒐𝒓 𝒚𝒐𝒖𝒓 𝒑𝒆𝒓𝒇𝒆𝒄𝒕 𝑯𝒂𝒛)?"
***

"Black, takkan saya kena lompat dari atas ni?" soal lelaki itu dengan wajah cemas. Hazriel memandang wajah lelaki itu dengan wajah tiada perasaan, kosong sahaja pandangannya.

"Lompat." arahnya kasar dan tegas. Langsung tiada senyuman yang meniti dibibir jejaka itu.

"T-Tapi.."

Keningnya diangkat sebelah. Tangan disilangkan ke dada. Mata merenung tajam anak mata lelaki dihadapannya saat ini.

"Tapi apa?" soalnya dengan nada beku. Mata langsung tidak beralih dari lelaki itu. Nafasnya ditarik dalam sebelum ia dihembus kasar.

Kaki melangkah beberapa tapak kehadapan dan itu membuatkan lelaki itu berundur kebelakang sedikit. Wajahnya didekatkan sedikit.

"Dah kalau diri tu asyik nak menyusahkan hidup je, jangan hidup. Kata lelaki, kenapa perlu takut kalau nak hadap benda yang macam ni? Benda macam ni takut nak korban nyawa, tapi kalau bercinta ayat yang paling sweet kau bagi pun, 'I sanggup lalu lautan api untuk you, berkorban nyawa.', geli bulu kening aku dengar..." perli jejaka itu pedas.

Mata langsung tidak berganjak dari memandang kesemua jejaka yang ada dihadapannya. Keningnya diangkat tinggi.

"Aku baru suruh terjun masuk dalam kolam tau. Bukannya aku suruh kau terjun dari bangunan 100 tingkat, benda ni normal kalau kau pergi kolam. Lompat sekarang!"

Tegas dia memberikan arahan. Bagi mereka, sepanjang mereka berlatih dan belajar dengan jejaka ini, sepanjang itu jugalah, tiada langsung senyuman yang meniti.

"T-tapi Tuan Blac-"

"Kau nak aku guna cara kasar ke?" Matanya tajam menikam anak mata jejaka itu. Nama yang terdapat pada dada belah kiri jejaka itu ditenung lama sebelum senyuman senget diukir.

"Kau nak terjun ke taknak, encik Kim?"

"Saya rasa macam tiba-tiba ada penyakit jantun-"

"Lambat!" Kim ditolak dari papan junam. Kesemua mereka memandang jejaka itu gerun.

"Siapa lagi yang nak bermanja dengan aku?"

"T-Tak ada, Tuan!"

"Trucco. (Mengada.)" Panas hatinya melihat mereka. Entah mengapa, dirinya seperti menyesal untuk menerima tugasan ini. Sky dan Kris hanya tersenyum dari kejauhan.

"Mampus budak-budak tu aku rasa. Kemain garang member kau ni sorang.."

Sky meletuskan tawanya. "Salah diorang lah, nak sangat Black ajar. Padanlah muka tu, orang nak selamatkan dari bapak naga.."

***
"Kau dah bawa balik barang yang penting ke, Black?"

"Dah kenapa? Ada barang aku yang tertinggal lagi ke?" soalnya polos. Beg galas dipandang dan ditilik sekali lagi. Takut juga kalau ada barang penting yang dia terlupa untuk membawa pulang.

"Tak, aku tanya je. Lagipun, kau ni dah la jarang balik, orang bagi cuti taknak amik. Sibuk nak bekerja.." Jejaka itu mengalihkan pandangannya kearah tingkap. Dia sedar yang kalau dia berpaling semula kearah kawannya itu, bakal ada sesi jeling menjeling dan dia bakal menghadap naga yang kelaparan.

"Aku tahu yang aku jarang balik, tapi kau sekali aku hentak dekat cermin ni, keluarga kau pun tak sempat nak tengok kau tau. Aku tak ugut, aku cakap..."

C | ASYTAR'S PRIORITY: HAZRIEL ASYTAR Donde viven las historias. Descúbrelo ahora