CODE || BAB 7:

1.9K 137 1
                                    

"𝑨𝒑𝒑𝒓𝒆𝒛𝒛𝒐 𝒒𝒖𝒂𝒍𝒄𝒖𝒏𝒊 𝒄𝒉𝒆 𝒕𝒊 𝒂𝒎𝒂 𝒑𝒓𝒊𝒎𝒂 𝒅𝒊 𝒂𝒏𝒅𝒂𝒓𝒆, 𝒓𝒊𝒄𝒐𝒓𝒅𝒂 𝒄𝒉𝒆 𝒕𝒖𝒕𝒕𝒐 𝒍'𝒂𝒎𝒐𝒓𝒆 𝒆̀ 𝒄𝒐𝒔𝒕𝒐𝒔𝒐, 𝒃𝒂𝒎𝒃𝒊𝒏𝒂( 𝑨𝒑𝒑𝒓𝒆𝒄𝒊𝒂𝒕𝒆 𝒔𝒐𝒎𝒆𝒐𝒏𝒆 𝒕𝒉𝒂𝒕 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒚𝒐𝒖 𝒃𝒆𝒇𝒐𝒓𝒆 𝒕𝒉𝒆𝒚 𝒈𝒐, 𝒓𝒆𝒎𝒆𝒎𝒃𝒆𝒓 𝒂𝒍𝒍 𝒕𝒉𝒆 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒂𝒓𝒆 𝒆𝒙𝒑𝒆𝒏𝒔𝒊𝒗𝒆, 𝒃𝒂𝒃𝒚 𝒈𝒊𝒓𝒍)"
***

"Black, kau nak pergi mana? Siap berkurta bagai?" soal jejaka itu pelik. Hazriel yang sedar dirinya dipanggil terus memusing kan badannya menghadap si pemanggil.

"Aku nak keluar sekejap. Nanti aku masuk kerja balik..." ujarnya lembut. Jam diambil, Yaasiin juga dicapai perlahan. Segala barang peribadinya direnung lama sebelum beredar.

"Sky, aku nak kau tolong aku nanti, kalau ada orang cari aku tak kira atasan ataupun rekrut, cakap yang aku keluar..." pintanya dengan lembut. Sky hanya tersenyum lalu menganggukkan kepalanya. Dia tahu kemana jejaka itu ingin pergi. Dia ingin berjumpa dengan bidadarinya.

Pemergian Hazriel direnung lama sebelum dia juga mengatur langkah untuk keluar.

Nafas panjang ditarik dalam. Belum jejak ke tempat yang sepatutnya, air matanya sudah ingin mengalir. Yaasiin itu dipegang erat, langit direnung seketika, hatinya menjadi sayu.

"Mama, Haz datang ni..." ucapnya dengan perlahan. Kaki terus melangkah ke arah pusara yang sepatutnya. Batu nisan itu di kucup dan diusap lembut.

"Mama sihat? Maafkan Haz sebab dah lama tak datang, kesian mama, semak dah atas ni. Maafkan Haz juga sebab Haz tak ada masa untuk lawat mama. Mama okay ke? Haz datang ni mama, anak lelaki mama dah besar..." pandangan dihalakan ke bawah. Air matanya ditahan dari menitis jatuh. Loket yang mempunyai gambar mamanya dikeluarkan lalu diletakkan ke atas pusara itu.

"Haz simpan loket mama. Haz rindu mama, Haz nak mama tengok kejayaan Haz. Haz buat Hazel bahagia, daddy jaga Hazel dengan baik macam mana yang mama harapkan. Hazel dah besar mama, daddy pun dah mula sakit. Haz taknak hilang orang yang Haz sayang lagi mama. Mama sejuk ke? Mesti mana sejuk sebab dekat sini selalu hujan." akhirnya dia kalah, air matanya telah pun jatuh menitis ke atas pusara itu.

"Puan Lisa Mikayla, saya Leftenan Hazriel Asytar telah pun berjaya. Terima kasih kerana membesarkan saya dengan kasih sayang yang tak terhingga. Terima kasih kerana sudi berjuang demi kebahagiaan saya..." selorohnya lembut. Air matanya dibiarkan mengalir. Tabik hormat dilakukan di hadapan pusara itu. Loket yang berada di dalam genggaman mula digenggam dengan lebih erat.

"Semoga kita berjumpa lagi, mama. Haz akan sentiasa lawat mama, sampai bila-bila pun mama akan tetap menjadi bidadari syurga buat Hazriel. Mama ada dalam hati Haz, mama takkan pernah diganti. Haz pergi dulu mama, assalamualaikum." air matanya di seka. Kaki terus melangkah pergi meninggalkan tanah perkuburan.

Pintu kereta dibuka dengan perlahan, kepala didonggakan ke langit. Air hujan yang menitis ke tubuh serta wajahnya dibiarkan.

"Ya Allah, sesungguhnya kau yang maha mendengar segala luahan hamba mu, aku ingin meluahkan perasaan ku, Ya Allah. Semoga arwah mama ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal solehah. Ampunkanlah dia, bahagia kan dia disana. Selama beberapa tahu membesarkanku, dia telah terseksa, aku mohon, bahagia kan dia, bahagiakan bidadari syurga Hazriel Asytar... " pintanya dengan air mata yang mengalir. Biarlah dia basah kerana berdiri di tengah hujan asalkan dia dapat meluahkan segalanya.

***
"Black?" panggilnya dengan perlahan tetapi tidak dibalas. Pandangan dihalakan ke tubuh jejaka itu. Tubuh yang dilitupi dengan baju basah membuatkan mereka risau.

"Black? Kau okay tak?" soalnya sekali lagi tetapi tidak dibalas. Jejaka itu masih berdiri keras di tempatnya.

"Hazriel Asytar?" panggilnya lagi, kali ini kaki juga turut melangkah ke arah Hazriel yang masih kaku ditempatnya.

"Ha-"

"Aku okay..." wajahnya diangkat menghadap kedua kawannya. Renungan kosong diberikan.

"Kau sure?" soal Kris lembut. Dia risau, sejak balik dari melawat arwah mamanya, Hazriel hanya mendiamkan diri.

"Aku sure, jangan risau..." ujarnya lembut sebelum melangkah. Kaca mata hitamnya diambil dan dipakai. Kris dan Sky hanya memandang pemergian jejaka itu sayu.

"Dia sedih..." ujar Sky perlahan. Pandangannya dihalakan ke arah Kris. Senyuman sayu terukir.

"Siapa je tak sedih, semua orang nak hidup diorang lengkap bila dah berjaya. Tapi bukan untuk Haz, dia berjaya capai apa yang dia nak tapi dia lebih bahagia kalau kejayaan dia tu disambut dengan arwah puan Lisa Mikayla. Al-Fatihah untuk mama Haz..." ucap Kris lembut. Sky hanya menundukkan kepalanya ke bawah.

"Al-Fatihah..." tangan diangkat untuk berdoa. Mata dipejamkan buat sementara. Surah suci itu dibaca bersama.

Selesai sahaja membaca surah suci itu, Kris memusing kan badannya menghadap ke belakang. Gambar yang dibingkaikan oleh Hazriel direnung dengan senyuman.

"Cantik arwah mama Haz, mesti orang dia lembut..." puji Kris perlahan. Sky memandang ke arah gambar yang dikatakan.

"Muka arwah sama macam Hazel, adik Haz. Maksudnya, Hazel copy paste muka arwah mama dia..." senyuman terukir, wajah yang bagaikan kembar itu direnung. Gambar dimana Hazriel berada didalam pelukan seorang wanita.

Kris mengukir kan senyuman, bahu Sky ditepuk sebelum kaki diatur untuk pergi. Langkah Kris diikuti dengan laju, sempat dia memandang semula ke arah gambar itu dan tersenyum.

'Semua bidadari cantik...' monolognya sendiri sebelum berlari anak mendapatkan Kris yang sudah jauh ke depan.

***

"Daddy, arwah mama dulu macam mana?" secara tiba-tiba soalan itu diajukan. Riz yang sedang berbual terhenti. Pandangan dihalakan ke arah anak perempuannya.

Iman yang terkedu mendengar soalan itu juga memandang Hazel. Pandangan dihalakan ke arah Riz, wajah lelaki itu telah pun berubah.

"A-Arwah mama?" soal Riz kembali. Hazel mengukirkan senyuman kecil, kepala diangukkan dengan perlahan.

"Hm, Hazel nak tahu arwah mama dulu macam mana..." sekali lagi dia mengulangi ayat yang sama. Senyuman diukirkan buat lelaki itu.

"Arwah mama perempuan hebat, arwah mama seorang yang kuat. Dia tabah, dia rela diri dia dihina, dikeji, dilayan teruk oleh daddy. Daddy mengaku yang daddy bodoh sebab tak hargai dia, daddy mengaku yang daddy seorang lelaki yang tak reti untuk bagi kasih sayang pada isteri sendiri. Pertama kali, dia tinggalkan daddy waktu daddy kena tipu, kedua waktu dia tak tahan lagi kena layan teruk macam ni. Kali terakhir, dia tinggalkan daddy buat selamanya... " air matanya cuba untuk ditahan dari gugur. Hazel merenung lelaki itu dalam.

Iman mengusap belakang lelaki itu lembut. Dia tahu perasaan sayu itu, dia tahu lelaki itu sedang meraung dibahagian dalam.

"Mama kuat, mama sanggup berjuang seorang diri demi menegakkan kembali tiang mahligai yang hampir roboh. Daddy ingat lagi ayat terakhir dia, 'Tuan Aisy Rizqy, saya Lisa Mikayla, ingin melaporkan yang saya telah pun berhenti berjuang, lanjutkan perjuangan cinta kita berdua walaupun saya tiada disisi....' . Ayat tu, ayat terakhir dia... " terangnya dengan perlahan, pandangan dihalakan ke bawah. Hazel melangkah ke arah lelaki itu, air mata yang mengalir di seka lembut.

"Daddy hebat, daddy tak bodoh. Hazel tahu daddy seorang suami yang sempurna. Janganlah menangis, nanti arwah mama sakit..." pujuk gadis itu lembut. Riz memandang anak perempuannya bersama air mata yang mengalir. Hazel dipeluk lembut, Iman yang memerhati sedari tadi juga mengalirkan air mata.

'Al-Fatihah untuk kau, Lis...' monolognya sendiri. Pandangan dihalakan ke langit, dia tahu, meskipun wanita itu sudah tiada tetapi langit menjadi bukti kejadian sekarang dan ia seakan wanita itu sedang memerhati mereka.

.
.
.
.
To be continued

C | ASYTAR'S PRIORITY: HAZRIEL ASYTAR Donde viven las historias. Descúbrelo ahora