CODE || BAB 15:

2.2K 151 4
                                    

"𝑩𝒂𝒃𝒚, 𝒔𝒆𝒊 𝒔𝒕𝒂𝒕𝒂 𝒇𝒐𝒓𝒕𝒖𝒏𝒂𝒕𝒂 𝒑𝒆𝒓𝒄𝒉𝒆́ 𝒉𝒐 𝒎𝒆𝒔𝒔𝒐 𝒈𝒍𝒊 𝒐𝒄𝒄𝒉𝒊 𝒔𝒖 𝒅𝒊 𝒕𝒆. 𝑵𝒐𝒏 𝒑𝒓𝒆𝒐𝒄𝒄𝒖𝒓𝒑𝒂𝒓𝒕𝒊 𝒔𝒐𝒍𝒐 𝒕𝒖(𝑩𝒂𝒃𝒚, 𝒚𝒐𝒖 𝒈𝒐𝒕 𝒍𝒖𝒄𝒌𝒚 𝒃𝒆𝒄𝒂𝒖𝒔𝒆 𝑰 𝒈𝒐𝒕 𝒎𝒚 𝒆𝒚𝒆𝒔 𝒐𝒏 𝒚𝒐𝒖. 𝑫𝒐𝒏'𝒕 𝒘𝒐𝒓𝒓𝒚, 𝒋𝒖𝒔𝒕 𝒚𝒐𝒖)."

***
"Oh, I'm sorry..." kain lap diambil lalu diberikan kepada jejaka yang berada dihadapannya. Riak wajah bersalah jelas terpapar diwajahnya. Kesan kopi yang ada pada jejaka itu diseka.

"Biar aku buat." Ringkas sahaja dia membalas. Kain yang berada pada gadis itu diambil lalu kaki mula melangkah pergi. Belum sempat dia melangkah lebih jauh, hujung bahunya seperti ditarik seseorang. Tubuhnya dipusingkan menghadap gerangan yang memanggil dirinya.

Keningnya dijungkit ke atas. Wajah polos gadis itu ditenung sebelum kepalanya digerakkan sebagai pertanyaan 'apa?'.

"Saya betul-betul minta maaf..." ujar gadis itu dengan ton suara yang bersalah. Wajahnya diangkat dan matanya memandang tepat ke arah jejaka yang berada dihadapannya ini.

"Lah? Kau?!" jerkahnya dengan kasar. Jejaka yang memakai pelitup muka itu direnung tajam. "Kau mamat yang hina aku tulis nama kat kasut tu kan?!" jerkahnya sekali lagi. Anak matanya memandang tepat ke arah anak mata jejaka itu.

"Cik salah orang n-"

"Mana mungkin boleh salah, kau yang hina aku sebab aku tulis nama kat kasut! Aku ingat eh muka kau!" Sekali lagi dia menyerang jejaka itu. Jari telunjuknya ditundingkan tepat ke arah hidung jejaka itu.

Jari telunjuk gadis itu ditolak ke bawah menggunakan pen. "Jangan menjerit, tak elok bagi seorang wanita menjerit ditempat awam seperti ini..." Kaki terus melangkah pergi. Nayla yang masih terpinga-pinga memandang jejaka itu dengan mata yang membulat.

'Woah, mamat ni kalau kena hempuk dengan aku, tertimbus dalam tanah nanti...' omelnya sendiri didalam hati. Geram sahaja dia melihat jejaka itu. Rasa ingin dihempuk-hempuk.

"Uit babe, kenapa?" Lengan Nayla dicuit lembut. Wajah bengang gadis itu membuatkan dia pelik. Awning gadis itu ditenung. Memang bermasalah betul gadis ini dengan awning tudung.

"Kau tahu ta-"

"Tak, tak tahu..."

Nayla menjeling tajam kawannya itu. Buku penumbuk ditujukan pada wajah si gadis. "Kau nampak ni?" soal Nayla dengan geram. "Kau nampak tak ni, Mar? Kalau aku tepek kau pakai tangan aku..."

Ammara yang memandang Nayla dengan senyuman terus meletuskan tawa kecil. Wajah Nayla yang merah menahan geram direnung. "Apa yang kau geram sangat ni?" soal Ammara dengan kening yang dijungkitkan ke atas. Nayla merengus.

"Mamat yang aku jumpa kat mall tu. Tadi aku jumpa dia lagi..." terang Nayla ringkas. Ammara yang sedang galak ketawa mula berhenti.

"Seriously?"

"Eh tak lah, aku main-main je..." perli Nayla dengan jelingan. Ammara yang sedar tentang jelingan Nayla terus meletuskan tawa. "Aku gurau je la..." pujuk Ammara dengan senyuman.

"Kalau aku tahu dia mamat yang hina aku sebab tulis nama kat kasut, Aku tuang lagi banyak air kopi tu kat dia!"

"Aku tak denga-"

"Aku tuang banyak bany-"

"Kau nak tuang air kopi kat aku lagi, Cik Nayla?" Tubuhnya terus dipusingkan menghadap si empunya suara. Air liurnya ditelan. Kepalanya yang dilitupi bawal cream itu digaru.

C | ASYTAR'S PRIORITY: HAZRIEL ASYTAR Where stories live. Discover now