CODE || BAB 20:

2.2K 145 9
                                    

"𝑫𝒂𝒏𝒏𝒂𝒛𝒊𝒐𝒏𝒆, 𝒃𝒆𝒍𝒍𝒂 𝒅𝒐𝒏𝒏𝒂 𝒔𝒐𝒏𝒐 𝒒𝒖𝒊! 𝑯𝒂𝒛 𝒂𝒎𝒐𝒓𝒆 𝒑𝒆𝒓 𝒗𝒆𝒅𝒆𝒓𝒕𝒊! 𝑪𝒊𝒂𝒐!! (𝑫𝒂𝒎𝒏, 𝒃𝒆𝒂𝒖𝒕𝒊𝒇𝒖𝒍 𝒘𝒐𝒎𝒂𝒏 𝒂𝒓𝒆 𝒉𝒆𝒓𝒆! 𝑯𝒂𝒛 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒕𝒐 𝒔𝒆𝒆 𝒚𝒐𝒖! 𝑯𝒆𝒍𝒍𝒐!)"

***
Hazriel Asytar pov:

Pandanganku kabur, kerana air mata yang tidak henti-henti mengalir keluar. Jenazah mama yang dibawa oleh orang Masjid serta Rieff aku renungi dari jauh. Hati aku luluh, lutut lemah untuk melangkah.

Aku hilang wanita yang aku sayangi setulus hati buat kali kedua. Air mata yang mengalir aku seka lembut. Kaki melangkah dengan lemah ke arah perkuburan mama.

Duduk aku labuhkan ke atas tukar, bersebelahan dengan Aiden dan Hadrieff. Yaasin aku capai, dengan sedu yang ada, aku mengikuti bacaan yaasin itu.

'Mama...Haz rindu'

Itu sahaja yang mampu aku luahkan dalam hati. Kubur mama aku renung bersama air mata yang bertakung ditubir mata.

"Haz...siram air bunga tu..."

Pandanganku dihalakan kearah Hadrieff. Air mataku seka dengan belakang tanganku. Bekas air yang berisi air mawar aku capai lalu dituangkan ke atas tanah perkuburan mama.

"Haz..."

"H-hm?"

Wajah Hadrieff aku renung dengan mata yang sembab. Hatiku masih lagi berkecai.

"Daddy pergi ke Itali harini."

Hatiku seakan dirobek kasar menggunakan pisau belati. Daddy pergi ke Itali? Hari ini? Wajah Hadrieff aku renung dengan air mata yang semakin galak keluar.

"Kau...tipu ke?"

"No Haz, aku tak tipu. Daddy dah bertolak dari pukul 6 tadi."

Sekali lagi, hatiku bagai direntap kasar. Aku terdiam, daddy langsung tidak kisah dengan pemergian mama. Apa erti kisah cinta mereka selama ini? Hanya permainan buatnya?

"Daddy ada tinggalkan pesanan"

"A-apa?"

"Daddy kata, kau...."

Keningku bertaut. Wajah Hadrieff aku renung dengan dalam sebelum lengan sasanya aku raih.

"Aku apa?"

"Kau...tataplah wajah arwah mama sampai mampus. Dan kau bukan lagi anak dia...dia padam nama kau dari segala harta yang dia ada..."

"H-Hazel, Rieff?"

"Maafkan aku, tapi daddy bawa Hazel..."

"Kenapa kau tak bagitahu aku Rieff? Kenapa sekarang baru kau bagitahu aku?"

Air mata aku semakin galak menuruni pipi. Baju Hadrieff Aku genggam erat, menangis dihadapan semua.

"Maafkan aku Haz..."

"Satu-satunya anugerah mama untuk aku Rieff..."

"Aku minta maaf..."

Pemergian semua aku abaikan. Lengan sasa Hadrieff aku pukul dengan kuat. Wajahku semakin merah kerana tangisan yang tanpa henti.

"Sabar Haz sabar..."

"Kenapa..." Semakin galak aku menangis. Hadrieff merenungku dengan tatapan sayu.

"Haz..."

Pandanganku beralih kepada Nayla. Wajah mulus dan cantik miliknya aku renung dengan tubir mata yang menahan air mata dari jatuh mengalir.

C | ASYTAR'S PRIORITY: HAZRIEL ASYTAR Where stories live. Discover now