CODE||BAB 4:

2.2K 145 5
                                    

"𝑯𝒂𝒊 𝒑𝒓𝒊𝒏𝒄𝒊𝒑𝒆𝒔𝒔𝒂, 𝒔𝒆𝒊 𝒇𝒂𝒏𝒕𝒂𝒔𝒕𝒊𝒄𝒂 𝒕𝒆𝒔𝒐𝒓𝒐 𝒎𝒊𝒐(𝑯𝒂𝒊 𝒑𝒓𝒊𝒏𝒄𝒆𝒔𝒔, 𝒚𝒐𝒖 𝒂𝒓𝒆 𝒇𝒂𝒏𝒕𝒂𝒔𝒕𝒊𝒄 𝒎𝒚 𝒅𝒂𝒓𝒍𝒊𝒏𝒈)."

***
"Nayla.." Gadis yang bernama Nayla itu dipanggil lembut. Matanya merenung dalam anak mata si gadis.

"Yes?" Wanita itu direnung bersama segaris senyuman. Kaki terus melangkah perlahan ke arah wanita itu.

"Tolong aku boleh?" soalnya lembut. Senyuman diukirkan buat Nayla.

"Tolong apa tu?" soal Nayla lembut. Senyuman tidak lengkang dari bibirnya. Kawannya direnung lembut.

"Hantar ni dekat meja sana, lepastu tanya dia nak apa-apa lagi ke tak, boleh?"

Nayla tersenyum manis. Air yang berada diatas dulang diambil dan dibawa keluar.
Kaki melangkah kearah seseorang.

"Encik?" jejaka yang berada dihadapannya dipanggil lembut. Sempat dia mengukirkan senyuman buat jejaka itu tetapi yang dia dapat hanyalah wajah beku jejaka itu.

"Put there.." arah jejaka itu tidak bernada. Nayla memandang jejaka itu dalam. Wajah yang beku bersama kaca mata hitam menyerlahkan sisi menarik jejaka itu.

"Encik ada apa-apa nak pesan lagi? And cafe kami ada buat promosi, kalau encik beli donut ke roti croissant, and dibeli dengan coffe-"

"I'm not interested with those promotion, you can go.." matanya langsung tidak memandang gadis itu.

Nayla hanya menjeling. Agaknya kalau dia duduk berdiri disana lebih lama, dia mungkin akan hilang kesabaran.

"Sombong.." kaki terus melangkah pergi meninggalkan jejaka beku itu sendiri. Sempat dia menjeling jejaka itu.

"That why I'm not interested to know about girl.." bisiknya sendiri. Coffee yang ada dihadapannya diambil dan dihirup sedikit.

Jam dipandang sekilas. Nafas yang panjang dihembus perlahan. Skrin telefonnya dipandang lama, nombor seseorang didail.

"Lambat lagi ke Kris?" soalnya tidak bernada. Mendatar sahaja suaranya. Langsung tiada senyuman yang meniti dibibir.

"Sorry bro, tadi aku tunggu Sky siap. Kau tunggu sekejap je lagi, kitaorang dah otw.."

Panggilan terus dimatikan. Buku dibuka semula dan dibaca dengan aman. Orang disekeliling dibiarkan.

"Encik sabar encik, pekerja saya tak sengaja.."

Kekecohan itu dilihat oleh semua yang lalu dihadapan cafe tersebut. "Kau ingat baju ni murah ke? Aku tak kira, aku nak dia melutut minta maaf dekat aku sekarang juga!" jerit lelaki itu.

"Nayla, minta maaf cepat!!" arah wanita itu tegas. Nayla yang hanya mendiamkan diri memandang seakan tidak percaya.

"T-tapi puan, kenapa sampai kena melutut.."

"Buat apa yang dia suru-"

"Cepatlah, kau nak aku saman kedai kau ke?!" jerit lelaki itu lagi. Matanya memandang tajam Nayla yang berdiri dihadapannya.

"Nayl-"

"Taknak, saya masih ada maruah. Kenapa saya nak kena melutut?" soal Nayla geram. Lelaki yang berada dihadapannya direnung tajam.

"Kau ingat baju aku ni murah ke? Kalau nak bayar ganti rugi pun, gaji kau tiap bulan tak cukup la!" Pasu yang berada diatas meja dibaling ke bawah.

"Nayla, minta maaf. Melutut cepa-"

"Hold on, why she need to do that nonsense thing?" semua mata dihalakan kearah jejaka itu.

Nayla memandang jejaka beku itu tanpa kerdipan. Ya, itu adalah jejaka beku yang dia jeling sebentar tadi.

"Kau siapa? Ni bukan hal kau yang kau kena masuk campur!" marah lelaki itu.

"No one, but your request is ridiculous.." katanya mendatar. Wajah lelaki itu direnung tajam.

"Cey, berlagak hero lah ni? Kau ingat baju aku ni murah ke? Macam aku kata tadi, gaji kau pun belum tentu dapat bayar gaji ak-"

"Berapa?" soalnya polos.

Lelaki yang berada dihadapannya memandang jejaka itu dengan riak wajah terkejut.

"Tiga ribu.."

"Mahalnya, encik tak payah la.." Nayla yang terkejut mendengar harga baju lelaki itu hampir gugur jantungnya.

"Nah.." cek dihulurkan kepada lelaki itu. Langsung tiada senyuman yang diukirkan. Cek yang berada ditangan lelaki itu ditenung oleh orang ramai.

"Haz!!" badan dipusingkan menghadap ke belakang. Kedua kawannya direnung, ya renungan kosong.

Kaki terus melangkah pergi meninggalkan mereka yang masih terpinga-pinga. Nayla memandang jejaka itu dengan pandangan yang sukar ditafsir.

Sebelum Hazriel melangkah keluar, sempat dia menoleh ke belakang semula.

"Kalau baju mahal tapi pahala kurang nak buat apa, bro? Baju tu bukan boleh bawa masuk kubur.." kaki terus diatur meneruskan langkah.

Nayla yang sedar akan pemergian jejaka itu terus mengejar dengan berlari anak. "Encik Haz!!" jeritnya sambil tangan melabai ke arah jejaka itu.

Hazriel memusingkan badannya menghadap si gadis. Seperti biasa, tiada langsung senyuman yang meniti diwajah jejaka itu.

"𝑺𝒊, 𝒔𝒊𝒈𝒏𝒐𝒓𝒂(𝒀𝒆𝒔, 𝒎𝒊𝒔𝒔)?" pandangan kosong dilemparkan buat gadis itu. Kris dan Sky hanya tersenyum. Wajahnya memamparkan yang dia langsung tidak faham apa yang dikatakan oleh jejaka itu.

"Dia maksudkan, kenapa cik?" terang Sky lembut. Senyuman tidak lengkang dari bibir jejaka itu.

"Oh, saya nak cakap terima kasih sebab tolong saya tadi.." Wajah Hazriel direnung lembut. Kaca mata dibuka perlahan, anak mata jejaka itu menarik minatnya.

Wajah beku bersama mata yang mampu menarik perhatian Nayla. "Aku tak perlu terima kasih kau. Anything else, miss?" soalnya mendatar.

Nayla mengukirkan senyuman. Langkah terus diatur pergi. "Cik Nayla.." panggilnya perlahan.

"Sekejap.." kaki diaturkan perlahan ke arah gadis itu. Sky dan Kris hanya memandang setiap gerak-geri
jejaka itu.

Kaki diturunkan sebelah. Kepala didonggakkan sedikit bagi melihat wajah si gadis.

"Can you open your heels for a while?" Nayla memandang Hazriel dengan keliru. Kasut tingginya dibuka dengan perlahan.

"K-kenapa?" soalnya lembut. Hazriel memandang gadis itu dengan pandangan kosong.

"Heel kau tercabut, nanti kalau patah, kau cedera. Dari kau cedera, baik aku bagitahu.." kaki terus melangkah pergi.

Nayla yang sedari wajahnya mula bertukar merah terus berlari anak pergi meninggalkan mereka.

Sky tersenyum. "Cantik perempuan tu, kau tak minat ke?" soalnya secara tiba-tiba.

Hazriel memandang jejaka itu dengan pandangan dingin. "Not interested...."

Sky mengeluh, begitu juga Kris. Kaki terus diatur pergi meninggalkan mereka berdua yang masih berdiri bagai tugu negara.

"Susah dapat member keras hati ni.."

Sky tersenyum. "Aku dah kata dia gay.." bisiknya perlahan. Kris meletuskan tawanya. "Dia dengar, mampus kau.."

Pejabat dituju, dengar cerita yang mereka mempunyai rekrut baharu, dan mereka semua dibawah tanggungjawab Hazriel.

"Dia memang lelaki idaman.." bisik Sky sewaktu mereka berjalan ke arah pusat latihan. Kris hanya tersenyum, dia setuju yang Hazriel merupakan lelaki idaman setiap wanita.

Siapa sahaja yang boleh bertahan apabila jejaka dingin itu merenung kembali mata mereka dan bercakap menggunakan bahasa Itali? Tiada sesiapa.

.
.
.
.
to be continued

C | ASYTAR'S PRIORITY: HAZRIEL ASYTAR Where stories live. Discover now