CODE || BAB 11:

2.2K 135 6
                                    

"𝑵𝒐𝒏 𝒍𝒊 𝒔𝒂𝒑𝒆𝒗𝒂𝒕𝒆 𝒄𝒉𝒆 𝒒𝒖𝒂𝒏𝒅𝒐 𝒍𝒆𝒈𝒈𝒆𝒕𝒆 𝒒𝒖𝒆𝒔𝒕𝒐, 𝒊𝒐 𝒖𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍𝒎𝒆𝒏𝒕𝒆 𝒗𝒐𝒔𝒕𝒓𝒐( 𝑫𝒊𝒅𝒏'𝒕 𝒚𝒐𝒖 𝒌𝒏𝒐𝒘,𝒕𝒉𝒂𝒕 𝒘𝒉𝒆𝒏 𝒚𝒐𝒖 𝒓𝒆𝒂𝒅 𝒕𝒉𝒊𝒔, 𝑰 𝒐𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍𝒍𝒚 𝒚𝒐𝒖𝒓𝒔)?"

                                 ***

Mansion Black Wolves

"Mana yang lain? Tak sampai lagi?" Jam dinding ditilik dengan jelingan tajam. Wajah pembantunya direnung lama.

"Belum lagi, tapi saya dah call..." Ujar pembantunya dengan senyuman kecil sebelum senyuman itu kembali mati.  Deruman bunyi enjin motor BMW S 1000 rr memenuhi halaman mansion tersebut.

Seorang jejaka yang memakai jacket kulit berwarna hitam berserta dengan baju t-shirt yang berwarna putih menjadi pusat perhatian buat seketika. Helmetnya diletakkan ketepi lalu langkah terus diaturkan untuk masuk ke dalam rumah agam tersebut.

Belum sempat dia melangkah, bunyi deruman enjin kereta Bugatti Chiron Sport pula memenuhi ruangan parking halaman rumah tersebut. Senyuman lebar terus terukir. Rambutnya diselak ke belakang sebelum mata fokus menatap seorang jejaka yang masih lagi berada di dalam kereta.

"Long time no see Aiden..." Leher Aiden terus dirangkul dengan lengan sasanya. Senyuman lebar terukir buat jejaka tersebut.

"You too bro. So how Aashraf, lepas jadi paskal ni?" Soal Aiden dengan suara garaunya. Aashraf tersenyum, leher belakang diusap lembut. "Yea, maybe stress sikit..." Adu Aashraf dengan bibir yang dijuirkan ke hadapan.

"Meeting dah start ke?" Cermin mata hitamnya dibuka. Wajah Aashraf direnung sebelum mata fokus memandang jalan yang dilalui.

"Entah, aku pun baru je sampai..."

"Oh, maksudnya tak start lag-"

Kata-kata Aiden terhenti disaat telinga mereka menangkap deruman enjin Lamborghini Aventador memasuki ke perkarangan rumah. Tubuh badan dipusingkan menghadap ke arah pintu utama rumah agam tersebut.

Pintu kereta dibuka, cermin matanya hitamnya dibuka dengan penuh gaya. Kunci diberikan kepada pengawal yang bertugas. Langkah terus diaturkan ke kawasan rumah agam tersebut.

"Lambat datang dude?" Soal Aiden dengan senyuman kecil. Rambutnya diselakkan ke belakang. "Baru balik bro. Tadi ada meeting dengan atasan. Kau lama sampai?" Soal jejaka itu bersama senyuman tipis. Aiden tersenyum manakan Aashraf masih terdiam melihat kereta yang dipandu oleh jejaka itu.

"Serious lah?! Kereta yang baru keluar ni Haz!" Sergah Aashraf dengan nada yang tidak percaya. Matanya digosok beberapa kali. Hazriel tergelak kecil. Kepalanya digeleng perlahan. Drama sungguh jejaka itu setelah melihat kereta miliknya.

"Tinggal yang lain je, diorang tak sampai lagi aku ras-"

Dua buah motor Kawasaki Ninja H2 memasuki ke perkarangan rumah. Helmet dibuka, sarung tangan hitam juga diletakkan ke atas bahagian motornya. Jaket hitamnya dibuka lalu diikat dipinggang. Kaki kedua jejaka itu terus melangkah masuk dengan senyuman beku yang terukir.

"Aku ingat aku paling lambat. Kau pun lambat Sky?" Soal Hazriel dengan kerutan. Sky tersenyum sebelum rambutnya dibetulkan. "Kris lambat siap, entah siapa tah yang dia nak impresskan..." Jelingan tajam diberikan kepada Kris. Aiden hanya tersenyum.

"Ni, kenapa tiba-tiba ada mesyuarat?" Soal Sky dengan kerutan. Dia baru sahaja ingin bermalas-malasan diatas katil tetapi niatnya terbatal disaat dia menerima panggilan telefon dari pembantunya.

C | ASYTAR'S PRIORITY: HAZRIEL ASYTAR Where stories live. Discover now