CODE || BAB 29:

816 64 8
                                    

"Percaya pada takdir yang membawa kita sehingga kita bahagia, ya sayang?" - Hazriel Asytar

                                                                                                                        ***
Begitulah kisah antara aku dan dia. Kisah yang tergantung tanpa pengakhiran yang bahagia. Pengakhiran yang perit dan sakit, dimana aku rindu akan suamiku yang jasadnya masih tidak lagi dijumpai. Kini merupakan satu syawal, sudah sebulan jasad suamiku masih lagi tidak dijumpai. Kuih muih yang berada dihadapanku aku renung dengan perasaan rindu yang menggunung.

"Abang, bila nak balik?"

Air mataku mula bergenang ditubir mata disaat aku menggunakan gelaran 'abang' itu. Hati ini semakin berat dengan perasaan rindu yang tidak dapat dibendung lagi. Gambar perkahwinan kami aku renung dengan dalam, fikiranku hanya ingin melihat dan memutarkan kembali kenangan kami bersama namun kenangan yang dibina hanya sampai disitu sahaja.

"Andai abang tahu, Nayla rindu sangat dengan abang. Nayla sentiasa doakan abang untuk balik ke dalam dakapan Nayla. Nayla selalu membayangkan yang abang ada bersama Nayla dan mengusap perut Nayla yang semakin memboyot ni abang."

Perutku yang sudah terlihat sedikit aku usap dengan perlahan. Senyuman kecil terukir dibibirku, seakan aku bersama Hazriel sekarang. Namun, senyuman itu tidak kekal setelah aku sedar bahawa suamiku masih lagi tidak dijumpai.

"Abang tau tak, Nayla ingat....kita akan beraya bersama tapi Nayla silap. Manakan raya dan juga puasa, Nayla hanya sendiri. Nayla hanya sendiri tanpa salam raya bersama abang. Tapi abang, Nayla ada beli baju melayu untuk abang!"

Kotak baju melayu yang aku beli di bulanbintang aku keluarkan dengan perlahan sebelum senyuman mula terukir dengan perlahan sedikit demi sedikit. Baju melayu yang berwarna putih itu aku renung dan aku usap perlahan. Tubir mataku mula digelimpangi air mata yang hampir sahaja mengalir.

"Selamat  hari raya suami Nayla...Nayla rindu abang sangat, rindu sangat sanga-"

Tidak sempat aku mengungkap kata-kata rindu milikku, pintu utama rumahku diketuk oleh seseorang. Dengan daya yang tidak seberapa kuat, aku berdiri sambil mengulus lembut perutku. Kaki terus melangkah ke arah pintu sebelum abah mengikuti langkahku. Pintu dikuak luas bagi kami berdua muat untuk menjengah siapa yang berada dihadapan rumah.

"Komander Ishan..."

Aku merenung ke arah abah dan juga lelaki yang digelar komander itu. Keningku bertaut seketika, pusing melihat keadaan ini. Perutku dielus lembut sambil mata masih lagi fokus memandang ke arah mereka berdua. Aku melihat wajah abah yang agak runsing, kemudian mataku terarah pada komander Ishan yang berada dihadapanku kini.

"Assalamualaikum Tuan Affendy..."

"Waalaikummussalam Komander Ishan. Kenapa tuan datang pagi raya ni?"

Aku memandang abah yang masih galak berbual sebelum Abah merenung ke arah aku kembali. Aku hanya mampu mengukirkan senyuman sebelum kaki melangkah pergi dengan perlahan.

"Saya wakil yang dihantar oleh unit forensik, ingin memaklumkan bahawa jasad Leftenan Hazriel Asytar telah kami temui."

Langkahku terusu terhenti. Kepalaku terus dipusingkan untuk memandang ke arah Ishan. Laju kakiku melangkah mendekati abah dan juga Komander Ishan.

"Abah..."

Wajah abah aku renung dengan harapan, Ishan membawa berita gembira untukku namun aku silap.

"Macam mana keadaan menantu saya, Komander?"

"Kami ingin mengucapkan takziah, namun jasad yang dijumpai sudah tidak lagi bernyawa."

C | ASYTAR'S PRIORITY: HAZRIEL ASYTAR Where stories live. Discover now