CODE || BAB 19:

2.4K 139 16
                                    

"𝑫𝒐𝒏𝒏𝒂 𝒂𝒃𝒃𝒂𝒔𝒕𝒂𝒏𝒛𝒂 𝒑𝒆𝒓𝒇𝒆𝒕𝒕𝒂 𝒄𝒉𝒆 𝒂𝒃𝒃𝒊𝒂 𝒎𝒂𝒊 𝒗𝒊𝒔𝒕𝒐. 𝑺𝒐𝒓𝒓𝒊𝒅𝒊 𝒑𝒊𝒄𝒄𝒐𝒍𝒂 𝒅𝒐𝒏𝒏𝒂, 𝑯𝒂𝒛 𝒂𝒎𝒐𝒓𝒆 𝒑𝒆𝒓 𝒗𝒆𝒏𝒅𝒆𝒓𝒆 𝒊𝒍 𝒕𝒖𝒐 𝒔𝒐𝒓𝒓𝒊𝒔𝒐( 𝑷𝒓𝒆𝒕𝒕𝒚 𝒑𝒆𝒓𝒇𝒆𝒄𝒕 𝒘𝒐𝒎𝒂𝒏 𝒊 𝒆𝒗𝒆𝒓 𝒔𝒆𝒆𝒏. 𝑺𝒎𝒊𝒍𝒆 𝒍𝒊𝒕𝒕𝒍𝒆 𝒘𝒐𝒎𝒂𝒏, 𝑯𝒂𝒛 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒕𝒐 𝒔𝒆𝒆 𝒚𝒐𝒖𝒓 𝒔𝒎𝒊𝒍𝒆)."
• ────── ✾ ────── •

Mikayla POV: online

Derapan tapak kaki yang semakin mendekat membuatkanku semakin gelisah. Entah mengapa, jantung masih berdetak laju seakan-akan ada perkara buruk yang bakal terjadi. Pandanganku dihalakan ke arah anak lelaki ku bersama senyuman yang aku ukirkan.

Hati semakin gelisah disaat derapan tapak kaki itu telah sampai dihadapan pintu ruangan makan. Aku cuba untuk bertenang namun hati ini seakan tidak mahu bertenang.

"Mikayla...." jantung sudah mengepam darah dengan laju. Namaku disebut oleh si gerangan. Aku hanya melemparkan pandanganku ke lantai. Tidak berani untuk menatap wajah lelaki itu.

"I call you, Mikayla..."

Aku masih terdiam kaku. Tidak tahu bagaimana untuk berhadapan dengan lelaki ini. Jantungku sudah berdegup laju seakan baru habis berlari 4 pusingan.

"In this 22 years of your deadth, which is the day after you birth our daughter, Hazel Nurissa. You come back and...what I see is a lie. A lie from my own wife about her deadth. What a nice game, Mrs Mikayla...."

Aku masih mendiamkan diri. Tidak berani untuk mengangkat muka. Suara garau miliknya menerpa ke gegendang telingaku dengan pantas dan kuat.

"Aku panggil kau, Mikayla..."

Diam. Aku masih memutuskan untuk berdiam diri. Tidak tahu untuk membalas apa yang diperkatakan oleh lelaki dihadapanku ini.

"Apa yang membuatkan kau untuk tipu tentang kematian kau pada aku, Mikayla? Kenapa kau memilih jalan dengan cara menipu? Apa kurangnya didikan aku sebagai seorang suami pada kau? Aku kecewa...sangat kecewa dengan penipuan yang kau buat, Puan Mikayla."

Aku masih mendiamkan diri. Hujung baju kurungku digenggam erat. Masih mengumpul kekuatan untuk melawan kata-katanya.

"JAWAB AKU!!!"

Jerkahan itu membuatkan bahuku terhinjut. Terkedu dengan jerkahan darinya. Kepalaku diangkat sedikit untuk merenung wajahnya. Air mataku mula memenuhu tubir mataku.

"JAWAB AKU MIKAYLA!!"

Sekali lagi, jerkahan yang dibuat membuatkan aku tersentak. Ingin sahaja air mataku ini jatuh, tetapi ditahan.

"KAU TAHU, AKU MANUSIA PALING MENYESAL SEBAB KELUARKAN AIR MATA AKU UNTUK PEREMPUAN TAK GUNA MACAM KAU! KAU TIPU AKU!"

Kata-kata yang dilemparkan oleh Rizqy membuatkan aku terdiam. Perempuan tidak berguna? Adakah itu yang Rizqy anggap selama kami bersama?

Mulutku masih lagi terkunci rapat. Disaat Rizqy masih terus menerus mencaciku, aku menghalakan pandanganku kepada Hazriel, wajahnya sedih, sedih melihat pertelingkahan antara aku dan Rizqy.

Pandanganku dihalakan kepada Hazel pula. Wajah sengul yang menahan tangisan itu membuatkan hatiku terjentik. Pandanganku dihalakan kepada Rizqy semula. Wajah bengangnya membuatkan aku diam.

"R-Rizqy..." Aku cuba memanggilnya dengan antonasi suara yang lembut tetapi apa yang dibalas hanyalah renungan tajam darinya.

"Kau tak malu, Mikayla?" soalan yang diajukan padaku membuatkan aku terdiam seketika.

C | ASYTAR'S PRIORITY: HAZRIEL ASYTAR Where stories live. Discover now