CODE || BAB 18:

2.4K 153 17
                                    

"𝑳𝒂 𝒅𝒐𝒏𝒏𝒂 𝒊𝒏𝒅𝒊𝒑𝒆𝒏𝒅𝒆𝒏𝒕𝒆 𝒆̀ 𝒒𝒖𝒂𝒍𝒄𝒖𝒏𝒐 𝒄𝒉𝒆 𝒑𝒖𝒐̀ 𝒇𝒂𝒓𝒆 𝒕𝒖𝒕𝒕𝒊 𝒔𝒆𝒏𝒛𝒂 𝒑𝒆𝒏𝒔𝒂𝒓𝒆 𝒅𝒊 𝒆𝒔𝒔𝒆𝒓𝒆 𝒅𝒆𝒃𝒐𝒍𝒆. 𝑬̀ 𝒅𝒂𝒗𝒗𝒆𝒓𝒐 𝒇𝒐𝒓𝒕𝒆, 𝒎𝒂 𝒉𝒂 𝒔𝒆𝒎𝒑𝒓𝒆 𝒅𝒆𝒕𝒕𝒐 𝒂 𝒔𝒆 𝒔𝒕𝒆𝒔𝒔𝒂 𝒅𝒊 𝒊𝒔𝒔𝒆𝒓𝒆 𝒅𝒆𝒃𝒐𝒍𝒆( 𝑰𝒏𝒅𝒆𝒑𝒆𝒏𝒅𝒂𝒏𝒕 𝒘𝒐𝒎𝒂𝒏 𝒊𝒔 𝒔𝒐𝒎𝒆𝒐𝒏𝒆 𝒕𝒉𝒂𝒕 𝒄𝒂𝒏 𝒅𝒐 𝒆𝒗𝒆𝒓𝒚𝒕𝒉𝒊𝒏𝒈 𝒘𝒊𝒕𝒉𝒐𝒖𝒕 𝒕𝒉𝒊𝒏𝒌𝒊𝒏𝒈 𝒕𝒉𝒂𝒕 𝒔𝒉𝒆 𝒊𝒔 𝒘𝒆𝒂𝒌. 𝑺𝑯𝒆 𝒊𝒔 𝒔𝒕𝒓𝒊𝒏𝒈 𝒊𝒏𝒅𝒆𝒆𝒅 𝒃𝒖𝒕 𝒔𝒉𝒆 𝒂𝒍𝒘𝒂𝒚𝒔 𝒔𝒂𝒊𝒅 𝒕𝒐 𝒉𝒆𝒓𝒔𝒆𝒍𝒇 𝒔𝒉𝒆 𝒊𝒔 𝒘𝒆𝒂𝒌)."

***
Drama Korea yang berjudul, 'My Demon' itu ditonton dengan penuh tekun bersama Ammara. Kuih donut yang berada ditangan terus dimasukkan ke dalam mulut. So Kang yang menjadi pelakon utama membuatkan kedua gadis itu teruja.

"Suami aku handsome!!!" Jerit Ammara dengan tangan laju menepuk Nayla yang berada disebelahnya. Nayla hanya membalas dengan jelingan tajam.

"Suami kau, suami aku juga. Bukan setakat kita dua, suami kita dah duakan kita hampir satu dunia..." Senyuman redha diukirkan. Ammara yang tadi bahagia terus monyok. Beginilah hidup bermadu satu dunia.

"Kita ni...memang ditakdirkan untuk bermadu ke?"

"Otak you, aku tak boleh brain kalau kita madu!"

"Kau kata tadi?"

"Ni sebab So Kang!"

"Ooo..." bibirnya membuat bentuk 'o' tanda dia memahami apa yang Nayla katakan.

"Kita kenalah redh-" belum sempat dia menghabiskan ayatnya, loceng rumah mereka berbunyi. Nayla dan Ammara memandang antara satu sama lain.

"Kau order grab ke?"

"Takde lah, ke barang kau?"

"Kau lah kot..."

"Aku tahu aku boros tapi takdelah sepanjang minggu hantar barang rumah kita..." jelingan tajam diberikan kepada Ammara dan gadis itu hanya senyum menayangkan giginya.

"Pergilah tengok..."

"Kau lah..."

"Aku tak bertudung..."

"Aku berhoodie..."

"Tapi bertutup kan?" soal Ammara. Nayla hanya menjeling. Kepala hoodienya dipakai dan diikat kemas bagi menutup ke semua auratnya.

Ammara yang hanya melilitkan selimut memandang Nayla dengan senyuman kemenangan. Nayla hanya menjulingkan matanya ke atas.

Kaki terus melangkah ke arah pintu utama. Pintu dibuka, Nayla merenung jejaka yang berada dihadapannya ini.

"Sia-"

"Oh assalamualaikum Nayla..."

"Rieff?"

"Mana?!", Ammara yang tadi malas untuk bangun terus melangkah laju ke pintu. Tudung sarung dipakai, wajah Hadrieff direnung dengan senyuman manis.

C | ASYTAR'S PRIORITY: HAZRIEL ASYTAR Where stories live. Discover now