L15

315 75 30
                                    

TARIK kerusi, Subhi menoleh kepada Rayya yang tegak berdiri di sisinya. Senyum menjadi sedikit senget sambil kening terjungkit dua tiga kali. Kerusi dipandang berharap agar isyaratnya yang menyuruh Rayya untuk duduk diterima pasti. 

Kerutkan dahi, atas bawah mata Rayya memandang Subhi. Perlahan dia tarik kerusi di hadapan Subhi. Tak ingin untuk duduk di kerusi yag ditarik Subhi. Buang tebiat apa lelaki ini main tarik-tarikkan kerusi pula?

Penolakan Rayya itu buat Subhi jongketkan bahu. Tak peduli langsung seraya duduk dilabuhkan di kerusi itu. Betul-betul berhadapan dengan Rayya. Namun, spontan dia tukar duduk di kerusi kosong sebelahnya apabila nampak riak kurang selesa di wajah Rayya.

Terkebil-kebil Rayya pandang Subhi yang sudah berubah tempat duduk. Lelaki itu hanya tenang sahaja memandang papan menu. Bila nampak Subhi menoleh, terus Rayya larikan pandangan Memandang papan menu sama.

Sumpah! Dada Rayya berdebar hebat. Liur ditelan penuh payah.

Menjadi tanda tanya sendiri mengapa laju sahaja dia memalingkan wajah tadi. Tidak ke nampak seperti dia mengelak dariada tertangkap melihat lelaki itu? Haaa! Malunya!

"Nak makan apa?" Soalan Subhi didengar bagai angin lalu sahaja. Pandangan masih dipakukan di papan menu. Terfikir juga bagaimana bisa dia berada satu meja dengan Subhi.

Pagi tadi, dari mahu berjogging, Rayya hanya beriadah ringan di taman sahaja. Gara-gara Subhi yang mengganggu. Mujur juga lelaki itu bertindak seperti apa yang dikatakan, hanya duduk di buaian.

Bagus!

Sudah itu bila mahu pulang, elok Subhi paksa dia untuk bersarapan di Restoran Mamak bawah flat ini.

Bila kena paksa faham-faham lah. Hampir sahaja penumbuk Rayya naik namun sudahnya Rayya mengalah sahaja.

"Hei," meja diketuk perlahan oleh Subhi, buat Rayya tersedar semula.

Tegak badannya dengan mata terkelip-kelip laju. Bingung tentang apa mahu Subhi. Dia bukan dengar pun apa yang lelaki itu cakap tadi.

"Huh?"

Subhi senyum lembut. Seorang pelayan mamak yang elok berdiri di sisi meja, Subhi juih buat isyarat.

"Kau berangan apa? Ambil order. Kau nak makan apa?"

Bentuk O mulut Rayya. Faham dah. Terus pesanannya diberikan. Cukup Roti Bom sekeping dan secawan air putih suam.

Berlalu sahaja pelayan, Rayya pandang Subhi. Bercantum kening lihat mulut Subhi yang menganga. Riak hairan tertempel di wajah lelaki itu.

"Kenapa?" Jelek nada Rayya.

Dengan Subhi, jarang-jarang lah Rayya puas hati. Walau baru kenal seminggu, entah kenapa Rayya punya tak suka dengan Subhi seperti dah bertahun lama mereka kenal.

"Kau makan tu je? Diet eh?" Jari telunjuk Subhi bergoyang laju. Sengih dah gaya menyakat.

Rayya geleng kepala. Peluk tubuh, pandangan ditebarkan ke seluruh restoran. Nama pun mamak, sah-sah lah ramai pengunjungnya. Tak kira masa!

Pasif reaksi Rayya buat Subhi mencebik kecil. Jika Rayya mahu diam, dia juga boleh diam. Tapi, rasanya diamnya sedikit berbeza daripada diam Rayya.

Jika Rayya lebih suka buang pandang ke sekeliling kedai, Subhi lebih suka buang pandang ke arah Rayya.

Tanpa sedar, tegak tubuh Subhi dah berubah. Elok dia merapat ke meja sambil dua tangan elok di atas meja.

Sisi wajah Rayya ditilik. Baru Subhi perasan. Hidung gadis itu sedikit mancung. Punya darah kacukan ke si Rayya Riyana ni?

LUCKY Where stories live. Discover now