L3

321 88 17
                                    

RAYYA keluar dari rumah. Toleh ke tepi, elok mata menangkap Subhi yang ikut sama keluar dari pagar rumah. Terus terhenti tangan Rayya yang mahu menarik pagar. Pandangan pun dah berkalih, tidak memandang lelaki itu.

"Minta-minta lah dia tak tegur aku!" Omel Rayya perlahan di bawah nafas. Mata dah juling ke atas tanda jengkel.

Sejak namanya jadi bahan ejekan lelaki itu dan adik-adik kecilnya, Rayya tak boleh nak bertemu empat mata dengan Subhi. Level menyakat Subhi sangat tinggi ya. Plus! Sangat menjengkelkan!

Rayya tak rasa dia boleh berlakon matang selalu. Silap hari bulan, umurnya pula akan jadi bahan sakatan lelaki itu. Rayya tak boleh nak percaya Subhi.

Nafas dihembus lembut. Telefon dibawa keluar dari beg. Mahu buka aplikasi Maxim Car. Subhi? Kita buat-buat tak nampak dia sahaja lah ya?

Alamat tempat kerjanya ditaip pada ruang carian. Namun jari yang lincah menekan papan kekunci terus terhenti bila suara Subhi menyapa telinganya.

Mata terpejam rapat. Kenapa lah kehadirannya mesti ditegur Subhi. Buat tak nampak sahaja tak boleh ke lelaki hitam manis?

"Eh, ada kakak..." Kata-kata Subhi terhenti. Nafas ditarik dalam-dalam. Sengaja sampai gadis bernama Rayya di sana menoleh pandang kepadanya. Dan itu berjaya!

Rayya menoleh pandang Subhi. Riak wajahnya jelas bosan. Tangan pun dah naik mencekak pinggang longgar. Mata pula bergerak atas bawah, atas bawah memandang Subhi.

Tidak kah lelaki ini tahu bahawa jam 8 pagi adalah jam yang terlalu awal untuk mulakan pergaduhan?

"Raya, raya, raya! Selamat hari raya! Kami ucapkan pada semua! Hari yang menyatukan kita semua! Bermaaf-maafan lah sesama kita!" Subhi menyanyi selamba. Main taram sahaja. Tahu salah. Tengok wajah bingung Rayya pun dia tahu nyanyiannya salah.

Tangan Rayya jatuh ke sisi. Berkerut dahi pandang Subhi yang masih suka berdeham perlahan akan lagu raya. Badan pun bergerak sama menari kecil.

Tersangat morning person ya!

"Macam salah lirik je." Kata Rayya perlahan. Subhi dipandang serong.

Dengar kata-kata itu, Subhi lepaskan tawa kecil.

"Pandai pun Kak Aidul-Fitri kita ni." Ibu jari Subhi angkat tinggi.

Terpejam lagi sekali mata Rayya dengar nama baharu yang diberi Subhi untuknya. Cekak pinggang lagi dia menghadap ke arah Subhi.

"Hello! Sebut baik sikit. Saya bukan Aidul-Fitri. Saya Rayya Riyana! R! A! Y! Y! A! Rayya!" Buat pertama kali setelah sekian lama, Rayya terpaksa pertahankan namanya.

Macam dia kata. Level menyakat Subhi sangat tinggi. Menyakat dia macam mereka member lama. Walhal baru 3 hari duduk berjiran. Huh!

Subhi senyum senget. Tangan naik mencekak pinggang sama seperti Rayya.

"Baik lah. Saya pula Subhi Taha. S! U! B! H! I! Behi!"

Atas bawah, atas bawah Rayya pandang Subhi. Lelaki ini... mengeja pandai! Nak sebut tak pandai. Nak menyakat, tapi nampak seperti bengong. Hahaha!

"Tak kesah lah. Tapi, boleh tak awak berhenti sakat nama saya? Macam budak-budak tahu tak? Adik awak masa kita jumpa kali pertama pun tak macam awak tau!"

Subhi hanya mengangguk sahaja sepanjang Rayya berkata-kata. Bukan buat Rayya senang, malah tambah sakit hati. Sebal sungguh lah menghadap lelaki ini.

"Boleh. Small matter je apa yang awak minta tu. Jangan risau. Saya boleh je tak sakat awak." Senang Subhi menerima kata-kata Rayya. Bukan susah mana pun tak menyakat orang tu.

LUCKY Where stories live. Discover now