L6

270 70 54
                                    

SUBHI yang tersenyum lebar, Rayya pandang sebelah mata. Dalam keterpaksaan, sebuah pinggan dihulurkan kepada Subhi. Itu pun bila lengannya dicuit Nek Nani. Kalau tidak, takde makna dia mahu melayan Subhi di meja makan.

Ya, kawan-kawan. Subhi Taha yang suka mengejek namanya, yang tadi selamba meminta itu ini di kedai runcit, sekarang tanpa rasa segan dan malu duduk sekali bersamanya dan Nek Nani di meja makan. Di rumah Nek Nani ya! Bukan di rumah lelaki itu.

Tak malu sungguh!

Nek Nani senyum sahaja. Subhi yang elok menghirup the panas dipandang sekilas sebelum Rayya yang tidak ada manis senyuman di wajahnya dipandang sama. Budak berdua ini. Nampak sangat aura tidak cocok itu. Jelas dan nyata!

"Aya," Nek Nani memanggil, gamit Rayya memandang Nek Nani. Namun, lewat ekor mata Rayya nampak jelas senyum kecil Subhi sebelum bibir cawan merapat ke mulut lelaki itu. Itu tak lain rasa lucu lagi lah tu dengan namanya.

Eee! Macam lah nama Subhi itu sedap dooh!

"Bawak keluar lah Mee Goreng Basah tu. Hidang sekali yang tiada udang dan kerang kepada Subhi." Arah Nek Nani.

Sekilas Rayya mengagguk kecil sebelum Subhi dijeling geram. Lelaki itu masih sama. Masih tersenyum cuma senyuman lelaki itu sedikit sinis. Pasti suka dalam diam kerana apa yang diingini sudah didapati dengan mudah.

Dapat Mee Goreng Basah tanpa seafood melalui 'kabel'. Nek Nani semestinya.

Ceritanya, sedang Rayya seronok masak makan malam buat dirinya dan Nek Nani, laungan salam dari muka pintu rumah buat Rayya berkerut dahi sendiri. Kerana tidak bertudung, melekap Rayya di sebalik dinding dapur untuk curi dengar perbualan Nek Nani dan pengunjung di muka pintu sana.

"Ha, Subhi! Ada apa ke mari?" Soal Nek Nani.

Dengar nama Subhi, hilang terus minat Rayya untuk curi-curi dengar. Sudahnya, dia kembali masak seperti biasa. Namun, apakan daya. Rumah pun kecil, pasti sahaja telinga dapat dengar bual bicara dua manusia itu.

"Nek, mak masak lauk udang pula hari ni." Suara Subhi jelas kedengaran mengadu.

Berkerut terus Rayya. "Tak malunya mengadu."

"Oh, dah tu macam biasa lah. Datang rumah nek makan sekali. Tu, Aya tengah masak Mee Goreng Basah di dapur." Nek Nani petik nama Rayya.

Mencebik Rayya jadinya. Cis! Tak Berjaya rupanya dia 'kalahkan' Subhi. Ada kabel besar Subhi dalam rumah ini rupanya.

"Boleh ke nek?"

Makin menyampah Rayya jadinya. Bibir tanpa sedar bergerak mengajuk sama. Versi menjengkelkan yang pasti.

"Apa pula tak boleh. Sebelum ni kan memang macam tu pun." Balas Nek Nani. Di hujung kata ada tawa halus.

"Sebelum ni kita dua, takpe lah. Sekarang dah bertiga. Tu... ada cucu saudara nek kat dapur tu."

Rayya julingkan mata. Sengaja dia lagakan kuat sudip dan kuali. Mood memasak itu sudah hilang. Tangan pun main campak-campak aje bahan ke dalam kuali separuh hati. Sebab Subhi lah! Entah kenapa sebal benar hatinya dengan lelaki itu. Mungkin kerana pertemuan pertama mereka begitu beri kesan jengkel yang dalam buatnya. Mungkin.

Nek Nani diam. Subhi juga diam. Tiada suara kedengaran, buat Rayya dihambat rasa ingin tahu sendiri. Perlahan dia bergerak merapat ke dinding semula. Dahi dah berkerut-kerut kehairanan sendiri. Namun, bila telinga menangkap bunyi pintu ditutup, laju Rayya berdiri di hadapan kuali semula.

"Ehem." Berdeham perlahan dia hilangkan debar. Macam baru buat benda salah ya.

"Aya," Panggilan Nek Nani buat Rayya menoleh. Wajah dipamer tenang. Macam takde tanda-tanda lepaskan rasa jengkel aje tadi ya.

LUCKY Where stories live. Discover now