L9

249 71 30
                                    

PANGGILAN telefon yang maauk buat pergerakan tangan Rayya terhenti. Terbang melayang terus konsentrasinya terhadap lakaran yang sedang dilakukan dalam sketchbook.

Jatuhkan pensel, telefon dari dalam beg diambil. Langsung senyum dia bila nama Nek Nani terbit di skrin telefon. Tapi, agak menghairankan juga lah.

Kenapa Nek Nani telefon? Waktu tamat berkerja lambat lagi. Ke... ada apa-apa yang terjadi?

Bersama rasa cemas itu, laju ibu jari menggesek skrin. Telefon terus dilekap di telinga.

"Nek Nani?" Suara sedikit cemas itu berjaya tarik perhatian Intan dan Riyaz. Terus dia jadi tumpuan mereka berdua.

"Assalamualaikum, Aya!" Suara Nek Nanti terdengar biasa. Itu sahaja dah buat Rayya lepaskan nafas lega. Relaks kembali tubuhnya. Bibir pun dah kembali tersenyum.

Tepukan perlahan Intan pada bahunya buat Rayya memandang gadis itu.

"Kenapa?" Berbisik Rayya bertanya.

Tersengih Rayya hanya geleng sahaja. Buat Intan senyum kecil sebelum kerjanya disambung kembali.

"Aya?" Nada Nek Nani kedengaran hairan.

"Ya, nek. Aya kat sini. Kenapa nek telefon?" Rayya bertanya. Lurus pandang hadapan, Rayya tangkap Riyaz masih memandang ke arahnya.

Tatapan lelaki itu kosong sahaja. Tak berkelip langsung, jadikan Rayya sedikit tidak selesa. Namun, sedaya upaya Rayya buat seperti biasa.

"Nek nak bagitahu, nek kat hospital ni."

"Hah?!" Menjerit kecil terus Rayya di situ. Siap berdiri kerana terkejut, dan itu berjaya menarik pandangan semua yang ada di situ.

"Hospital?" Rayya masih terkejut.

Intan dah cemas sekali dengar perkataan itu. Laju dia tarik Rayya untuk duduk kembali. Bagi bertenang. Riyaz pula dah berlari ke pantri, mahu dapatkan Rayya segelas air.

Semua tertumpu kepada Rayya. Mesti lah tertanya-tanya apa yang telah terjadi bila perkataan hospital muncul di bibir.

"Ya, tapi nek takde apa-apa pun. Kamu jangan menjerit macam tu. Sakit telinga nek dibuatnya ni, Aya."

Terkebil-kebil terus Rayya. Riak bingung muncul di wajah, buat Intan yang cuba menenangkan Rayya turut sama kebingungan.

"Kenapa, Rayya?" Intan bertanya. Digoncang perlahan bahu Rayya, minta jawapan.

Riyaz dah kembali semula. Segelas air sejuk diletakkan di atas meja Rayya. Tegak dia berdiri di sisi tempat Rayya. Wajahnya juga berkias risau.

"Kalau takde apa-apa, kenapa ada kat hospital?" Dahi digaru perlahan. Masih lagi bingung.

"Aya ni. Bukan sebab sakit je kan kita pergi hospital. Nek pergi hospital sebab melawat kawan nek. Dia yang sakit." Balas Nek Nani bersahaja.

Akhirnya, nafas lega terhambur keluar laju. Dada yang sedari tadi berdebar halus diusap perlahan. Alhamdulillah, dapat bertenang.

"Nek ni... jangan lah buat mukaddimah begitu lain kali. Terkejut Aya." Tak puas hati Rayya jadinya.

Nek Nani hanya ketawa halus sahaja. "Maaf lah. Aya okey kan tu?"

Senyum, perlahan Rayya mengangguk. Macam Nek Nani nampak pula anggukannya tika itu.

"Okey. Nek pergi dengan siapa?" Soal Rayya. Dah tenang sepenuhnya.

Lihat Rayya begitu, Intan dan Riyaz juga dah tenang. Terus mereka beri signal 'okey' kepada orang sekeliling. Tanda baik-baik sahaja semuanya.

"Anak kawan nek yang ajak ni ha yang hantar." Jawab Nek Nani.

LUCKY Onde as histórias ganham vida. Descobre agora