L8

292 74 31
                                    

SEGELAS susu diteguk perlahan oleh Rayya. Tiba-tiba Nek Nani muncul dari pintu rumah bersama sebungkus makanan di tangan. Terus berkerut dahi Rayya melihatnya.

"Nek pergi beli sarapan ke?" Soal Rayya. Hairan lah dia kerana seingatnya, seawal selepas Subuh lagi dia sudah masakkan sarapan buat mereka berdua. Nasi Goreng Kampung dan Telur Mata. Nek Nani pun tahu.

Nek Nani diam sahaja. Bungkusan makanan diletakkan di hadapan Rayya. Rayya sentuh dan masih terasa panas lagi.

"Kan Aya dah masak?" Tanya Rayya lagi. Nek Nani dipandang meminta jawapan.

Tarik kerusi, Nek Nani labuhkan duduknya. Sebuah pinggan diambil dan sesenduk Nasi Goreng disenduk masuk ke pinggan.

"Bukan nek beli. Ada yang bagi. Untuk Aya katanya." Jawab Nek Nani mudah sebelum disuap makanan masuk ke dalam mulut.

Mata jatuh pada wajah Rayya yang dah beriak hairan. Diam lagi Nek Nani sambil isyaratkan Rayya untuk buka bungkusan makanan itu.

Rayya tak berlengah. Penuh cermat dia buka bungkusan itu dan menganga kecil dia apabila melihat isinya.

Kerang Bakar! Dan masih hangat!

Tak terfikir yang lain, nama Subhi terus melintas dalam kepala. Yalah. Baru semalam tentang Kerang Bakar ini bangkit.

"Eh?"

Nek Nani senyum. "Dia nak pulangkan barang kamu. Ada dalam plastik tu." Pesanan Subhi disampaikan kepada Rayya. Sambil itu tangan menguis perlahan nasi di pinggan.

Alahai. Indah ya zaman muda?

Rayya pandang Nek Nani sambil tangan meraba plastik. Bila tangan tersentuh sesuatu yang keras, pandangannya jatuh ke dalam plastik.

Keluarkan benda keras itu, Rayya ah perlahan dan tanpa nada. Pensel mekanikalnya.

Ya tak ya juga. Semalam Subhi ambil pensil ini daripadanya. Terus Rayya bawa masuk ke dalam pencil case kecilnya.

"Kalau Aya nak berkawan dengan Behi, nek setuju. Budaknya nakal tapi dia baik." Tiba-tiba Nek Nani lontar kata. Berkerut terus dahi Rayya.

"Tiba-tiba aje nek ni. Tak nak lah Aya berkawan dengan dia. Makan hati hari-hari kena ejek raya raya raya nanti." Rayya menggeleng.

Nek Nani tertawa kecil.

"Dia nakal, tapi hatinya baik." Ayat yang sama diulang lagi oleh Nek Nani sebelum dia bangun dari duduk. Makanannya sudah habis.

Rayya mencebik. Kurang bersetuju. "Mana boleh berkumpul sifat baik dan buruk dalam satu masa, nek." Bidas Rayya perlahan.

Susu yang masih berbaki dihabiskan. Mata sambil itu pandang Kerang Bakar. Nampak mengiurkan, buat dia telan liur sendiri.

Jam dipandang. Masih punya banyak waktu lagi ni. Tak salah kan kalau dia makan sebiji dua kerang ini?

Perlahan Bismillah dibaca sebelum tangan menarik keluar isi kerang dari cengkerangnya. Cicah bersama sos merah yang disediakan dan ngap...! Senyum penuh terus Rayya jadinya.

"Ya Allah, sedapnya!" Kaki dah menghentak laju lantai. Tanda suka.

Tangan makin laju menarik keluar isi-isi kerang. Setiap kali isi kerang masuk ke dalam mulut, bibir lorek senyum dan pasti kaki menghayun laju. Tahu-tahu habis dah sebungkus Kerang Bakar.

Tisu yang ada dalam plastik ditarik keluar. Baru nak lap mulut, baru Rayya perasan ada tulisan di tisu itu.

"Hmm?"

Tulisan itu dibaca. Tak tipu lah. Agak tak cantik sikit tulisan itu.

Habis dah Kerang Bakar? Sedap kan? Tak payah cakap terima kasih. Mesej je thank you kat nombor ni! 😜

LUCKY Where stories live. Discover now