L13

243 69 22
                                    

TURUN dari bas, kaki Rayya terpasung seketika di jalan bila nampak Subhi elok sedang duduk atas bangku di bus stop. Elok lelaki itu angkat pandangan daripada telefon di tangan lalu lurus memandang ke arahnya. Seketika wajah itu kosong tanpa riak sebelum Rayya dipamerkan dengan senyum manis lelaki itu. Tika itu, Rayya hanya julingkan mata dan mula orak langkah.

Nak menapak ke blok rumah. Jika lambat, tambah penat sahaja. Tapi tengok Subhi aje tadi, Rayya dah mula rasa penat. Sangat!

Nampak Rayya yang dah mula menapak laju, Subhi terus angkat punggung dan langkah Rayya dikejar sama. Bila dah dapat tangkap rentak langkah Rayya, saing dia jalan bersama Rayya.

Sedar Subhi di sisinya, Rayya terus pandang Subhi atas bawah. Dahi memang dah berkerut habis tanda dia hairan sendiri.

Subhi toleh pandang Rayya. Tangan di balakang badan dan senyum diukir. Manih leting!

"Nak apa ni?" Soal Rayya. Nada sedikit jengkel. Tadi siang dah jumpa. Kenapa balik kerja penat-penat pun kena jumpa Subhi? Tak suka!

Subhi hanya geleng. "Takde apa."

Rayya mencebik. "Kalau takde apa, awak jalan saing dengan saya kenapa?" Soal Rayya.

"Eh, kaki aku. Suka hati lah." Jawapan Subhi buat mata Rayya menjuling ke atas. Menyesal pula buka mulut.

Subhi diam bila Rayya diam sama. Mata pandang bawah dan sengaja dia samakan gerak kaki mereka.

Rayya ambil langkah kanan, dia juga sama ambil langkah kanan. Langkah Rayya tukar kiri, Subhi juga tukar langkah kiri. Berulang kali sampai kaki Rayya terhenti dan dia termaju satu langkah dahulu daripada gadis itu. Terus Subhi angkat wajah.

Nampak dahi berkerut Rayya, Subhi senyum senget.

"Awak nak apa ni?" Rayya menyoal. Bukannya dia tak perasan dengan kelakuan Subhi tadi. Sengaja mahu cari fasal ke macam mana?

Subhi peluk tubuh. Dahi Rayya yang masih berkerut hebat dipandang. Eee! Rasa nak jentik sahaja dahi putih licin itu.

"Dahi kau berkerut sangat bila dengan aku kenapa eh?" Subhi terus bertanya lurus.

Terkejut, terus tangan Rayya naik tutup dahi sendiri. Masih berkerut. Tak berubah pun.

"Tutup buat apa? Kerut lagi kan tu?" Subhi mencebik di akhir kata. Siap julingkan mata ke atas lagi, bagi bayang kepada Rayya bahawa lelaki itu sedang berasa jengkel sekarang.

"Dah kenapa?" Tak faham Rayya dibuatnya.

Subhi tak membalas bahkan dia mencebik lagi.

"Dengan kawan kau tadi tu, takde pula kau berkerut sungguh-sungguh macam ni. Panas terik pun, takde pun dahi licin kau berkerut." Kata Subhi, tarik nada jengkel lagi.

Rayya dah menganga kecil. Apa masalah lelaki ini? Takde angin, takde ribut, tiba-tiba tak puas hati dengan dahinya. Apakah?

"Awak okey tak ni?" Tanya Rayya. Tangan dah jatuh ke sisi. Terkelip-kelip mata memandang Subhi. Jelas bingung.

Melihatkan wajah Rayya yang itu, Subhi langsung jatuhkan tangan sekali. Senyum tiba-tiba ditarik manis. Sekelip mata, moodnya jadi baik. Tiba-tiba!

"Okey je." Subhi senyum.

Dahi Rayya berkerut. Terkelip-kelip lagi matanya. Hairan sungguh bila lihat Subhi yang dah hilang rasa jengkelnya.

"Apa nama kawan kau tadi? Yassin?" Subhi menyoal.

"Yassin mana? Riyaz lah!" Jawab Rayya. Peluk tubuh, langkah maju lagi.

"Amboi marahnya bila sebut nama dia salah. Kenapa marah?" Subhi kejar langkah Rayya.

LUCKY Where stories live. Discover now