L11

307 76 15
                                    

SEPAKAN lembut di hujung kaki buat Subhi jengukkan kepala sedikit dari bawah kereta. Nampak muka Johari, Subhi teris menyengih sebelum perlahan-lahan dia keluar dari bawah kereta.

"Joe!" Ceria nada Subhi menyapa Johari yang dah menyengih sama.

"Behi!" Sambut Johari sama sambil tangan tunjuk beberapa plastik makanan yang penuh dipegang tangannya.

Lihatkan itu, senyum Subhi makin melebar. Aiseh! Kawan datang kongsi rezeki!

"Ni aku sayang kau lebih ni!" Subhi dah bergerak nak peluk Johari tapi kawan itu lebih pantas mengundur dan menjauh dahulu. Muka dah berkerut seiring dengan kepala menggeleng laju.

"Eh! Sedar sikit kau tu hitam!" Jerit Johari sebelum laju dia berlari masuk ke dalam bengkel Car Studio. Tinggal Subhi terkaku sendirian.

Tunduk, Subhi pandang badan dan pakaiannya. Memang hitam! Bukan hitam kulit tu ya...! Hitam lain! Hitam minyak kereta! Jangan nak racist sangat!

Angkat bahu, Subhi terus masuk ke dalam bengkel sama. Sinki menjadi tempat tuju untuk bersihkan tangannya dahulu.

Dari sinki, Subhi nampak Johari sedang seronok membahagikan makanan tengah hari kepada rakan-rakan sekerjanya yang lain. Tersenyum Subhi melihatkan itu.

Member dah jadi toke kedai makan. Jual Nasi Ayam. Ada rezeki lebih, memang rajin Johari datang ke mari berkongsi rezeki.

Siapa sangka, mereka yang dahulunya nakal sekarang masing-masing dah punya kerjaya stabil sendiri. Irfan dengan dunia kopratnya. Johari dengan dunia perniagaan makanan. Manakala Heng dengan dunia perniagaan runcitnya. Dia, semestinya di sini. Di bengkel kereta arwah pak ciknya.

"Woi, Behi! Apa yang kau sengih-sengih tu? Cepat lah sini!" Laungan Johari buat memori dalam kepala terbang pergi.

Senyum dan mengangguk, Subhi segera bersihkan tangannya yang dah digosok sabun. Kemudian, laju dia mara menghampiri Johari yang sudah menunggu di meja.

Tarik kerusi, Subhi labuhkan duduk di hadapan Johari.

"Ha, makan!" Sebungkus Nasi Ayam, Johari letak di hadapan Subhi. Nak buka, tiba-tiba Dafee datang membawa dua kotak air laici kepada mereka.

Subhi senyum dan ucapkan terima kasih.

"Mana datang air laici pula ni?" Johari bertanya. Bukan apa. Biasanya jika dia ke mari, air yang dihidangkan kepadanya hanya segelas air coway sejuk sahaja. Bukan tidak bersyukur, tapi jika dah kebiasaannya begitu, pasti sahaja dia hairan daripada mana datangnya air manis ini.

Dafee sengih. "Air dalam peti. Buat stok raso-raso." Jawab Dafee dan Johari hanya mengangguk sahaja.

Pergi sahaja Dafee, tumpuan Johari penuh kepada Subhi yang dah mula menuangkan sup di atas nasi.

"Bahagia semacam aje kau ni?" Soalan dilempar Johari, buat Subhi berkerut pelik.

"Bahagia apa kau ni?" Tak faham Subhi dibuatnya. Kepala menggeleng sebelum tangan menyuap masuk nasi ke dalam mulut.

Pergh! Padu betul lah Nasi Ayam kedai Johari ni. The Best Nasi Ayam!

Johari mencebik kecil sebelum dia jamah makanannya juga. Namun, mata sekali-sekala memandang Subhi.

Bukan apa. Subhi nampak lain pula hari ini. Bukan dari segi rupa mahupun penampilan kawannya itu. Tapi dari segi aura Subhi.

Tadi, hampir sepuluh minit juga dia berdiri di hujung kaki Subhi. Selalunya, dari jauh lagi Subhi dah kenal bunyi enjin keretanya. Tapi, kali ini tidak. Bukan setakat tidak sedar, bahkan telinganya menangkap sama nyanyian Subhi.

LUCKY Where stories live. Discover now