BAB 55

500 42 5
                                    

BEG sekolah Falique dan Falisha dibawa masuk ke dalam kereta sebelum si kembar itu tertinggal lagi barang sekolah mereka. Di awal kehamilan Natashya, Farel bercadang untuk memandu dan mengambil mereka pulang daripada tadika.

"Hurry up Falique, Isha. Jangan leka sangat, nanti bukan dengan korang je lambat. Umi pun lambat juga." Farel sudah bercekak pinggang apabila si kembar berjalan santai sahaja.
"Umi tak cakap apa pun." Falisha memuncung. Farel menggelengkan kepalanya ketika si kembar masuk ke dalam kereta.

"Bintang hati, dekat tadika nanti jangan buat kerja berat. Jaga diri bila saya tak ada." Farel memulakan pemanduannya. Natashya mengangguk sambil memeluk lengan Farel. Natashya mengucup bahu Farel beberapa kali. Biar wangian suaminya melekat pada diri dia sehingga di tempat kerja.

"Awak dengar tak apa saya pesan?" Farel tersenyum kecil.
"Dengar, abang." Natashya mengangguk kecil. Farel mengusap perlahan lengan Natashya yang memeluknya.

Sejak dua menjak ini, memang Natashya hanya boleh bau wangian Farel sahaja. Kalau tidak, mulalah datang 'mabuk' itu.

     Natashya melambai ke arah Farel yang berlalu pergi dengan keretanya.
"Umi, papa dah pesan dekat Falique suruh jaga umi tauuu. Kalau umi buat kerja berat, balik school nanti Falique mengadu dekat papa." Falique memegang tangan Natashya ketika memasuki pintu utama tadika.

"Kerja umi mana berat." Natashya tersenyum manis dan menanggalkan kasut yang dipakai oleh si kembar.
"Tapi, Falique dengan Isha tetap akan perhatikan umi dekat sini."

"Baiklah, polis kecil." Natashya mengusap kepala Falique dan Falisha. Mereka tertawa kecil dan segera mendapatkan kawan-kawan terlebih dahulu.

- - -

Natashya duduk bersendirian di dapur setelah menghantar seorang pelajar kepada bapanya di kereta. Wangian daripada bapa pelajarnya membuatkan kepala Natashya sedikit berpusing.

"Cikgu Nat, buat apa dekat sini?" tegur Cikgu Daiyan.
"Saya nak rehat sekejap. Kepala ni tiba-tiba berpusing." Natashya mengurut kepalanya perlahan.
"Kenapa? Cikgu tak sihat ke?" Cikgu Daiyan menyentuh perlahan bahu Natashya.

"Sekejap lagi, hilanglah kot pening kepala ni." Natashya cuba memaniskan wajahnya.
"Apa kata Cikgu Nat berehat dulu dekat dalam bilik sakit sementara budak-budak ni tengah makan tengahari."

"Saya dengan Cikgu Wawa boleh handle lagi diaorang semua." sambung Cikgu Daiyan.
"Tak menyusahkan ke?"
Cikgu Daiyan menggelengkan kepalanya bersama senyuman. Natashya bangkit daripada duduk dan ternampak kelibat polis upahan suaminya datang menghampiri.

"Umi tak sihat ke?" Falique bertanya.
"Adik-adik buat umi tak sihat ke?" Falisha mengusap perlahan perut Natashya.
"Tak lah, umi pening kepala je." Natashya menggelengkan kepalanya. Cuba untuk menafikan tahap kesihatan diri waktu itu.
"Isha dengan Falique dah habis makan ke belum?"

"Belum, umi."

"Pergi sambung makan tengahari. Nanti Falique dengan Isha lapar, lepas tu tak boleh fokus untuk belajar pula. Umi nak rehat dalam bilik tu, kalau ada apa-apa boleh jumpa umi dekat sana." Natashya menunjukkan bilik sakit di hujung sudut kepada si kembar itu.
"Okay umi. Umi rehat cukup-cukup tau." Falique mengangguk kerana memahami arahan Natashya itu.

"Berbadan dua ke? Alhamdulillah, tahniah ye Cikgu Nat." Cikgu Daiyan tersenyum mesra ketika si kembar berlalu pergi ke meja makan mereka semula.
"Itu yang kepala pening tiba-tiba. Tadi, saya okay je."

"Baik sangatlah Cikgu Nat pergi berehat dalam bilik tu. Nanti Cikgu Salma datang, saya akan maklumkan pasal kesihatan cikgu dekat Cikgu Salma." ujar Cikgu Daiyan yang sangat membantu.
"Terima kasih Cikgu Daiyan." Natashya mengangguk perlahan dan meminta diri untuk masuk ke dalam bilik sakit. Berehat buat seketika.

Dr. Crush: Her Savior (OG)Where stories live. Discover now