BAB 39

486 37 3
                                    

     "BUAT apa ni?" Farel berdiri di belakang Natashya yang sedang menyusun bagasi ke dalam but belakang kereta Axia miliknya.

"Masukkan baranglah." Natashya memandang ke arah Farel.

"Habis tu, kau nak drive sendiri balik KL?"

"Saya dah biasa drive sorang-sorang lah."

"Aku tak benarkan. Kau kena balik dengan aku. Naik kereta aku." ujar Farel.
"Saya nak pergi kerja nanti susahlah kalau tak ada transport." Natashya berdiri di sebelah Farel, tetapi matanya tetap memandang bagasi yang sudah tersusun kemas di dalam but belakang kereta Axia itu.

"Natashya Ammara." suara Farel sedikit tegas kerana kedegilan isterinya yang masih berkeras mahu pulang ke Kuala Lumpur bersendirian.

"Yelah." pantas sahaja Natashya menjawab sambil menyeka air matanya. Farel mengeluh.

"Apa lagi ni, Nat? Dulu Luthfi pun tak bagi kau drive juga ke?" Farel meraup wajahnya dengan kasar. Tak habis-habis Luthfi. Teringat Luthfi, menangis. Itu sahajalah

"Awak marahkan saya lagi ke?" Natashya mencebik kesedihan.
"Bila masa pula aku marahkan kau ni?"

"Habis tuuuu, awak tak cakap dengan saya pun waktu sarapan tadi....saya tahulah saya ada buat salah...saya minta maaf." Natashya memandang Farel dengan air mata yang deras mengalir di pipinya.

"Kalau nak marah, tengking je saya macam awak buat dulu. Ini tak, awak diam je. Lepas tu cakap sepatah - sepatah." bebel Natashya. Air matanya dikesat berkali-kali.

Farel menggaru kepalanya yang tidak gatal.  'Takkan sebab aku tak bercakap, dia boleh nak menangis beria macam ni.' detik hati Farel.

"Tak apalah, saya balik dengan kereta saya je." Natashya seakan-akan berjauh hati ketika Farel hanya membisu seribu bahasa. But belakang ingin ditutup rapat.

Belum sempat but belakang itu tertutup rapat, Farel menahan menggunakan tangan kirinya. Bagasi milik Natashya segera diangkat dan dibawa masuk ke dalam but belakang kereta Audi RS7 miliknya.

Natashya setia berdiri dan hanya memandang langkah Farel bersama bagasinya.

"Farel...awak dengar tak saya cakap apa?" Natashya mengeluh.
"Dengar." jawab Farel sepatah.

"Habis tu? Marahlah saya. Tengking saya, bagi puas hati awak tu."

"Kalau dengan marah kau, dapat puaskan hati aku, tak perlu disuruh. Memang aku sendiri akan buat." Farel memandang tepat ke arah isterinya. Kini, Natashya pula yang menunduk.

Farel melangkah semula mendekati Natashya. Tubuh kecil Natashya didakap erat ke dalam pelukannya.

"Aku tak marahkan kau pun." Farel mengusap perlahan belakang badan Natashya.

Natashya merehatkan kepalanya pada dada bidang milik Farel.

"Awak tak boleh ubah ke panggilan 'kau' 'aku' tu? Kasar sangat." Natashya mendongak memandang ke arah Farel.

Farel menjungkitkan kening sebelah kanan tinggi persis Ziana Zain.

"Hmm kalau tak boleh tak apa." Natashya kembali menunduk.

"Ada aku..." Farel berdehem.

"Ada saya cakap tak boleh ke? Tunggulah jawapan yang saya nak bagi. Mulut tu, main cakap je kan." Farel mencubit kasar pipi Natashya.

Natashya tersenyum lebar. 'Kali kedua minta ubah panggilan, baru diluluskan. Kena menangis dulu agaknya, baru senang lulus.'

"Nak nangis lagi tak? Saya ni tak pandai nak memujuk." Farel mengusap belakang kepala Natashya.

Dr. Crush: Her Savior (OG)Where stories live. Discover now