BAB 25

400 34 0
                                    

"Nat, saya nak soal siasat awak sikit boleh tak? Kalau awak rasa terganggu, boleh...ermm saya boleh tanya hari lain" Qays memandang Natashya yang duduk di sebelah Aina itu.

Mereka berlima sedang menjamu sarapan pagi, Natashya turut ingin menyertai mereka di sofa kerana katanya tiada apa kecederaan yang serius pada tubuh badan untuk kekal berada di atas katil.

"Boleh je Qays.." Natashya tersenyum kecil.

"Apa sebenarnya yang jadi? Yang saya tahu daripada Aina, awak berlari keluar rumah" dengan berhati-hati Qays bertanya.

"Malam semalam, sebelum saya masuk tidur saya dah rasa tak sedap hati sebenarnya. Usually when I was alone in the house, saya tidur tak tutup lampu. Itu yang masa saya masih terjaga, tiba-tiba rumah bergelap. Totally blackout"

Qays memandang Natashya sepenuh perhatiannya.

"Lepas tu, saya dengar tingkap rumah pecah berderai. Bunyi tu terlalu kuat untuk dianggap bunyi yang datang daripada rumah jiran. Jadi, saya keluar bilik. Memang betul ada seorang lelaki, full black from head to toe tengah selongkar rumah. Dia masuk bilik Aina dulu, tapi keluar bila saya terlanggar pasu dekat ruang tamu"

Natashya memeluk erat lengan Aina, cuba mengumpul semangat yang ada.

"What he did to you?" Soal Eijaz yang sedari tadi hanya menjadi pendengar.
"Dia.... dia cuba..dia cuba perkosa saya" perlahan sahaja Natashya menuturkan kata-kata itu.
"Astaghfirullahalazim" Aina beristighfar perlahan.

Farel pula mengetap rahangnya, cuba menahan amarah dalam dirinya.

"Tapi, berdasarkan rakaman daripada Farel, lelaki tu macam kenal awak" soal Qays lagi.
"Saya tak tahu. Sumpah saya tak pernah kenal dan tak pernah dengar suara tu" Natashya segera menegah Qays.

"Awak tak ada terfikir sesiapa yang berkemungkinan nak buat jahat pada awak? Tak pun, Aina? Mungkin ada bermusuhan dengan sesiapa?"

"Aku tak rasa dia berdua ni ada musuh. Nat cikgu tadika je. Nak bermusuhan dengan siapa? Bapak budak? Aina pula, kerja dia dalam butik je. Tunggu customer datang, tak pun pergi rumah customer untuk setup pelamin" kata Eijaz pula.

"Hati orang, siapa tahu" Qays memandang Farel pula.

"I think, you've missed an important point, sir" Farel menjungkitkan kening sebelah kanannya. Qays memeluk tubuhnya.

"Kau lupa nak tanya dia, siapa Karl?" Farel memandang terus kepada Natashya.
"Kenapa, Karl?" Soal Eijaz pula.

"Karl tu sepupu Luthfi yang duduk area berdekatan rumah. Luthfi pesan kalau ada apa-apa jadi, telefon Karl. Tapi, saya tersilap call Encik Farel. Maaf kalau saya dah menyusahkan Encik Farel" Natashya menunduk ke lantai.

"Luthfi pergi mana sampai dia pesan macam tu pada awak?" Qays mencatit maklumat-maklumat yang dia dapat.
"Paris. Dua minggu ke sana atas urusan keluarga"

"Sayan....Aina..bukan ke rumah kau ada cctv? Yang sebelum ni kita tengok tu?" Eijaz menepuk perlahan tangannya ketika mengingati cctv tersebut.

"Eijaz oi, nama pun blackout, cctv pun tak function lah" Aina memutarkan bebola matanya.
"Zaman pak kaduk mana cctv rumah korang tu? Sekarang semua pakai bateri, tak ada sambung wayar lagi" Eijaz memegang kepalanya, buntu. Mana lagi mahu mencari bukti.

"Tanyalah Luthfi, dia yang panggil orang pasang" ujar Aina.

"Pahal pula aku nak tanya, bukan kawan aku" jawab Eijaz pula.
"Hah, bergaduhlah korang berdua. Jangan sampai aku hantukkan kepala sesama sendiri" Qays mengambil air mineral di tangan Natashya yang daripada tadi tidak dapat dibuka.

Dr. Crush: Her Savior (OG)Where stories live. Discover now