BAB 20

459 33 4
                                    

"Sorry, saya tak perasan pula salah troli" Natashya tersenyum untuk menutup malu. Mukanya memerah apabila Farel masih memandang ke arahnya.

Bungkusan tisu tadi dialihkan pada troli dia yang sebenar.

"Tak ada apa sangatlah. Kan, angah?" Faqihah menyenggol pinggang Farel yang masih tidak lepas memandang Natashya ketika itu

"Cikgu...tak pergi klinik ke? Badan belakang tu, macam sakit lagi" Farel mula bersuara.

"Kadang-kadang je sakit. Tapi, saya okay" Natashya mengangguk perlahan. Farel menggigit bibir bawahnya apabila melihat Natashya yang berlalu pergi itu.

Satu tamparan kuat hinggap pada belakang badan Farel ketika Natashya hilang daripada pandangannya.

"Sakitlah, gila" Farel berdesis kesakitan.
"Adik gila ke, angah yang gila? Angah nak buat apa tadi huh? Patutlah adik pergi dekat mummy, mummy cakap angah tinggalkan dia. Rupanya, ulat bulu dah naik daun" Faqihah sudah bercekak pinggang.

"Tak sengajalah" Farel meraup wajahnya. Kesal.

"Angah kenal ke?" Soal Faqihah lagi.
"Cikgu Falique dengan Isha, memanglah kenal"

"Cikgu yang diaorang selalu sebut-sebut tu ke?"
Farel mengangguk perlahan.
"Angah suka cikgu tu ke? Bukan main lagi adik tengok tadi" Faqihah tersenyum mengejek, sengaja ingin mengusik si abang yang 'bujang' itu.

"Mana ada"

"Lah, habis tu dekat-dekat tadi buat apa? Takkan ambil tisu je. Adik tengok angah yang melebih-lebih" Faqihah mencucuk-cucuk pipi abangnya, kerana kebiasaannya Farel akan tersenyum jika diperlakukan begitu.

"Buatlah spekulasi sendiri, aku tolong ambil tisu je" Farel memeluk tubuhnya dan berlalu pergi daripada tempat Faqihah berdiri.
"Kalau adik tak ada dekat situ, angah mungkin dah kiss dia tau" ujar Faqihah bersahaja. Terus mulut Faqihah ditutup dengan tangannya apabila kelibat Puan Sri Raissa mendekati mereka berdua.

"Kenapa ditutup mulut adik kamu ni, angah?"

"Mummy, angah kan...tadi..." Mulut Faqihah ditekup kuat oleh Farel semula. Tangan Faqihah pula bergerak menunjukkan situasi yang berlaku tadi dan kebetulan Natashya berjalan melintasi belakang Puan Sri Raissa, laju sahaja tangan Faqihah menunding ke arahnya.

Tetapi, tangan Farel lebih pantas dan menarik tangan Faqihah kepadanya.

"Baik kau diam, sebelum aku tarik duit belanja yang aku bagi" Farel berbisik di telinga adiknya dan Faqihah menunjukkan isyarat 'OK' menggunakan jari, tanda bersetuju.

Dengan perlahan, Farel melepaskan Faqihah.

"Pelik-pelik jelah perangai kamu berdua ni. Dah, cepat sikit. Semua barang dah dapat" Puan Sri Raissa menggelengkan kepalanya. Ingatkan anak-anak dah besar kurang sakit kepala melayan karenah mereka, rupanya sama sahaja.

     Farel duduk bersendirian di bangku yang menghadap kolam ikan Tan Sri Faahad. Kepala ligat memikirkan tindakannya di pusat beli belah tadi. Kusut kepalanya saat itu.

"Ada apa-apa jadi ke tadi?" Soal Fathi dan punggungnya dilabuhkan di sebelah Farel.

"Nilah sebab aku berharap kau bukan kembar aku" kata Farel pula.
"Instinct aku kuat mengatakan kau tengah serabut sekarang ni" Fathi memalingkan badannya menghadap Farel.

"Aku rasa aku dah gila lah, Fathi" Farel mengusap wajahnya.
"Cuba bagitahu macam mana boleh jadi gila ni?" Fathi tertawa kecil.

"After two years...two years, Fathi..I attracted to another woman. That's the biggest mistake I've ever made. Eshal must be disappointed" Farel mengeluh perlahan. Jarinya bermain dengan cincin perkahwinannya bersama Eshal yang baru dipakai semula setelah berbulan-bulan Farel menyimpannya di dalam kotak.

Dr. Crush: Her Savior (OG)Where stories live. Discover now