BAB 32

523 30 0
                                    

Lagu: Bila Aku Jatuh Cinta by Awi Rafael

🌻🌻🌻

"Bila masa pula Encik Farel cintakan saya?" Dahi Natashya sudah berkerut seribu.
"Entah. Nah, ada orang jual. Aku beli je" Farel meletakkan bunga matahari crochet itu di atas peha Natashya.

"Encik Farel kesian dekat saya ke? Sebab tu Encik Farel datang Melaka, cari saya?"

Farel menggelengkan kepalanya. "Aku ikhlas nak jadikan kau isteri aku"

"Tapi, kenapa? Benda ni, bagi saya terlalu tiba-tiba. Kahwin bukan sehari dua tau. Encik Farel pun tak kenal saya sangat. Setakat jadi cikgu untuk Falique dengan Isha je"

"I'm Farel Gibran, I have two kids, a boy and a girl as you know. My wife, Eshal Dhamirah passed away 2 years ago. We got into an accident right on the night of our 4th anniversary. I have my own business too. I have a twin, Fathi ..the one that you met before and also a younger sister, Faqihah. I do love cooking, also baking...like the biscuits you have in your house"

"What else do you want to know about me?"

Natashya menggelengkan kepalanya perlahan. Tidak disangka lelaki dihadapan ini adalah lelaki beku yang kerap memarahi Natashya di tadika.

Macam sudah disampuk hantu gayanya.

"Encik Farel...apa niat sebenar encik untuk berkahwin dengan saya? Rasanya kes yang itu, tak ada kena mengena dengan perkahwinan. Cumanya saya pernah terjebak dengan toxic relationship je" soal Natashya.

"Falique dengan Isha perlukan seorang ibu yang boleh bimbing diaorang. Lagi-lagi Isha, yang memang manja dengan kau"

"Kalau macam tu, saya jadi cikgu je pun boleh bimbing dan ajar. Tak perlu pun Encik Farel sampai nak berkahwin dengan saya"

"Aku nak kau untuk aku, Falique dan Isha sepenuhnya. Bukan sekadar 9 to 5 working hours, besides I can protect you. It's a win win situation" Farel memandang tepat ke anak mata Natashya, memaksudkan setiap bait kata-katanya itu.

"Baba saya pun masih mampu nak lindungi saya dan boleh ke Encik Farel terima saya yang datang daripada keluarga seorang pembunuh?"

Soalan Natashya itu mendatangkan tanda tanya pada pemikiran Farel. "Maksud kau?"

"Paklong saya seorang pembunuh, kaki dera. Dia pukul ibu Luthfi sampai hilang nyawa. Sanggup ke Encik Farel terima latar belakang keluarga saya yang macam tu?"

"Luthfi sendiri tak sanggup terima saya, inikan pula Encik Farel" Natashya mengesat kembali air mata yang mengalir sekali lagi.

"Iman tak dapat diwarisi, macam tulah juga sikap seseorang manusia. Kenapa pula aku tak sanggup untuk terima baik buruk kau mahupun keluarga kau, kalau aku dah betul-betul ikhlas untuk Cik Natashya Ammara?" Farel pula yang menyoal Natashya.
"Mana tahu, Encik Farel beranggapan saya mungkin akan dera Falique dengan Isha macam mana arwah paklong saya dera Luthfi dulu"

"Pfftt nonsense. Kau nak dera anak-anak aku? Isha tak sihat sikit terus kau bawa pergi klinik. Aku tak rasa pendera akan ada sikap risau tu" Farel menggelengkan kepalanya.

"Macam mana kalau orang lain tahu pasal kes arwah paklong dulu? Lagi-lagi kenalan keluarga Encik Farel yang bukan calang-calang orang. Nanti Encik Farel sendiri yang malu bila ada isteri yang datang daripada keluarga tak baik"

"Sebab tu aku nak kau kahwin dengan aku. Supaya, aku boleh lindung kau daripada mulut-mulut busuk orang yang cuba sakitkan kau" Farel mengalihkan topi hitam dikepalanya kepada Natashya. Kasihan melihatkan Natashya mengecilkan mata disebabkan oleh cahaya matahari itu.

Dr. Crush: Her Savior (OG)Where stories live. Discover now