BAB 22

406 37 1
                                    

"Tak apalah Encik Farel" Natashya menggelengkan kepalanya.

"Minum coffee?" Farel bertanya. Natashya mengangguk perlahan.

"Ice blended?"

Natashya mengangguk sekali lagi.

Farel menoleh pada pekerja yang bertugas. "I would like to have Mochaccino blended and an iced matcha latte"

"Mochaccino dan iced matcha latte. Semuanya 20 ringgit dan 30 sen, encik"

Farel mengeluarkan kad hitamnya tanpa teragak-agak.

'Bayar 20 hinggit je, guna black card? Takkan gaji lecturer banyak gila?' detik hati Natashya.

Farel memegang telefon pintarnya, senyuman dibibir melebar ketika Puan Sri Raissa menghantar gambar Falique dan Falisha yang sedang membantunya memasak di dapur. Falisha sedang sibuk menggaul lauk dengan berdiri di atas kerusi, manakala Falique pula menyusun buah tembikai yang sudah dipotong ke atas pinggan.

Pada masa itu juga, Natashya memandang pada lesung pipit yang muncul bersama senyuman Farel itu. Manis.

Sama seperti senyuman yang menghantui hidup Natashya ketika masih seorang pelajar dahulu. Farel yang dahulu, tidak sama dengan Farel yang sekarang.

"Thank you" kata Farel pada pekerja yang bertugas. Farel menggerakkan keretanya ke petak parkir berdekatan sambil memegang dua cawan yang dibelinya apabila tiada tanda-tanda untuk Natashya mengambil minuman itu daripada tangannya. Kereta diletakkan pada gear 'P'.

"Untuk kau" Mochaccino blended itu untuk dihulurkan kepada Natashya. Malah, dirinya ditenung tanpa kelip. Farel melihat wajahnya di cermin pandang belakang.

'Tak ada apa yang pelik pun, comot pun tak ada' getus hati Farel.

Farel merapatkan dirinya di hadapan wajah Natashya. Wajah wanita yang sedang mengelamun itu dipandang dengan teliti bersama senyuman nipisnya.

"Kuat berangan" Farel meletakkan secawan Mochaccino blended yang sudah tentu masih sejuk itu pada pipi Natashya. Berkelip sahaja matanya, terus Natashya menjarakkan wajah daripada Farel. Matanya terbuntang luas apabila memandang sekeliling yang bukan lagi di kawasan pandu lalu, malah di petak parkir.

'Berapa lama aku tenung muka dia ni?' Natashya terus memandang ke luar kereta. Kalau boleh, badannya mahu dicampak keluar dengan sendiri. Malu oii tenung anak orang macam tu.

"Aku dah biasa kena tenung macam tu. Tapi, jangan buat depan Isha dengan Falique. Habis disoal kau macam-macam nanti" Farel menghulurkan Mochaccino blended yang dipesan untuk Natashya.

Hakikatnya, mana pernah orang merenungnya sebegitu rupa. Farel cuma tak nak memalukan Natashya yang sudah terang-terangan wajahnya merona merah.

"Sorry...saya.."

"Taman Kasturi Biru, right? Aku hantar kau terus" Farel memotong kata-kata Natashya, tidak mahu perbuatannya itu membuatkan mereka berdua lebih kekok.

Natashya segera mengangguk dan menyedut minuman yang dibeli oleh Farel itu.

Sebelum Farel memulakan perjalanannya semula, Farel menyemak kunci tali pinggang keledar yang dipakai oleh Natashya dan apabila berpuas hati, barulah Farel menyambung pemanduannya ke Taman Kasturi Biru.

"Mana satu rumah kau?" Ujar Farel ketika memandu perlahan ketika masuk ke lorong rumah sewa itu.
"Tuuu kereta Swift tu" Natashya menunjuk pada Farel. Kereta diberhentikan betul-betul di hadapan rumah sewanya.

"Terima kasih, Encik Farel. Apa-apa pasal kereta tu bagitahu saya terus"

Farel hanya mengangguk perlahan. Natashya keluar daripada kereta Farel dan ketika itu Aina sudah menunggu di pagar kecil.

Dr. Crush: Her Savior (OG)Where stories live. Discover now