BAB 45

467 43 0
                                    

     HUJUNG minggu mereka hanyalah dihabiskan di rumah sahaja. Ini kerana Farel perlu menyelesaikan pembuatan kertas soalan untuk ujian bagi para pelajarnya. Bagi para pelajar, minggu ujian adalah hectic week.

Tetapi, untuk seorang yang bergelar pensyarah, minggu sebelum peperiksaan adalah hectic week. Masanya memang habis di dalam bilik kerja sahaja.

Setelah menyiapkan hampir separuh kertas soalan yang bakal dijawab, Farel membuat keputusan untuk menggunakan anggota badan sepenuhnya dengan memasuki gim persendirian yang ada di dalam rumah agamnya. Pengeluaran peluh dapat melegakan fikirannya daripada memikirkan hal kerja buat sementara waktu.

Hampir dua jam Farel menghabiskan hari cuti di dalam gim tersebut. Tekaknya terasa kering, kaki mengatur langkah menuruni anak tangga menuju ke ruang dapur. Ketika melepasi ruang tamu yang diduduki oleh isteri serta anak kembarnya, kedengaran suara mereka galak berbual. Seakan-akan sedang memuji dan juga seperti berbalah mengenai seseorang.

Farel tidak ambil peduli akan hal itu kerana tujuan utamanya hanya segelas air sejuk untuk tekak yang kehausan.

"Umi mana boleh ambil hero tu! Umi dah ada papa kan. Janganlah tamak." adu Falisha kedengaran sehingga ke dapur.

"Tak nak. Umi yang kenalkan Isha dengan Song Kang ni, jadi Song Kang tu umi punya." giliran suara Natashya pula menegaskan haknya.

"Alahhh umiiii, tak adil lah kalau macam tu."

"Adil lah." balah Natashya lagi. Langkah Farel diatur menuju ke ruang tamu. Memang jelas terpampang drama Korea ditayangkan pada skrin besar televisyen itu.

Setahu Farel, dia tiada melanggan mana-mana aplikasi Korea tetapi, ini pasti daripada Netflix.

"Apalah rebut-rebut. Papa lagi handsome lah." kata Falique sambil menggelengkan kepalanya.
"Song Kang pun elok juga rupanya, sayang." Natashya tertawa kecil. Tidak menafikan kekacakan yang dimiliki oleh Farel.

"Lupakan jelah hero umi ni, umi kan dah ada papa sebagai hero." Falisha memujuk Natashya dan memeluknya erat. Berbaik ada makna.
"Ehh mana boleh macam tu. Song Kang ni one and only tauuu." Natashya menggelengkan kepalanya.

"Papa pun one and only." Falisha membalas bersama senyuman yang melebar. Natashya tergelak besar dengan balasan daripada Falisha itu.

Farel memutarkan bebola matanya. Kini, dia berpeluk tubuh, berjalan menghampiri mereka bertiga.

'Ada hati nak sukakan orang lain.' detik hati Farel. Alat kawalan jauh segera dicapai di atas meja kopi bersebelahan balang biskut coklat. Punat on/off ditekan.

"Papa!!"

"Awak!!"

Serentak mereka bertiga menjerit.

"Papa....cerita tengah best tu, Falique nak tengok." kata Falique.
"Ha'ah papa. Bukalah balik tv tuuu." rayu Falisha.

Pandangan Farel beralih pula pada isterinya yang sudah memuncung sedepa. Pasti tidak berpuas hati dengannya.

"Papa nak bawa jalan-jalan, nak ikut ke nak tengok 'Song Kang' tu?" Farel menekankan nama pelakon Korea yang digilai oleh Natashya dan Falisha itu.

"Jalan-jalan!" serentak si kembar berkata.
"Pergi bersiap. Sekejap lagi kita keluar." Farel meletakkan semula alat kawalan jauh ditempat yang diambil tadi.

Tanpa membantah, laju sahaja Falique dan Falisha berlari menuju ke bilik tidur mereka. Hanya Natashya yang setia berada di ruang tamu. Perlahan-lahan, Natashya cuba mencapai semula alat kawalan jauh berdekatan Farel itu.

Dr. Crush: Her Savior (OG)Where stories live. Discover now