BAB 4

447 28 0
                                    

"KAU buat apa dekat sini?! Patutlah aku call, tak berjawab. Rupanya kau buat onar belakang aku kan!" Tengkingan daripada Luthfi menggigilkan seluruh tubuh Natashya. Dia takut.

"Apahal kau nak marah-marah kawan aku ni?" Tegur Aina. Selama hubungan Natashya dan Luthfi tidak pernah sekali pun dia nampak perlakuan Luthfi yang bagaikan dirasuk syaitan ini.

"Kau diam eh, kau pun sama backup kawan baik kau kan?" Luthfi laju menerpa ke arah Aina dengan muka bengisnya. Tiada lagi Luthfi dengan senyuman manisnya itu. Lesung pipit di belah kiri yang dulunya ada apabila senyum, terus hilang bersama senyumannya.

"Hold up" pelanggan lelaki itu menarik lengan baju Aina untuk menjauhi Luthfi apabila sedikit pun Aina tidak berganjak menjauhi lelaki itu.

"Tak manis marah-marah perempuan macam ni, I don't know what the problem is but boleh bincang cara baik kan?" Tegur lelaki itu lagi. Macamlah lelaki itu berbincang secara baik mengenai ayam gepuk yang terbang tadi.

Kali ini, Luthfi pula mendekati lelaki itu.

"Kau ada affair dengan girlfriend aku, kan? Baik mulut kau diam sebelum aku patahkan hidung kau"

"Kau siapa nak suruh aku diam? Ada bukti ke aku ada hubungan dengan girlfriend kau?"

"Ni apa? Kau keluar dengan dia kan? Baju sama putih, sedondon lah tu?" Luthfi tersenyum sinis.

"Awak salah faham je ni. Saya keluar dengan Aina bukan dengan dia" Natashya cuba menerangkan situasi yang sebenar.

"Kau jangan nak tipu akulah, Nat. Aku dapat tangkap kau kali ni"

"Ya Allah, Luth...demi Allah saya tak curang belakang awak. Tolonglah percaya" Natashya merayu dan memegang lengan Luthfi, cuba menenangkan teman lelakinya itu.

"Depan aku pun kau masih nak nafi lagi? Apa punya perempuan kau ni kan"

"Luthfi, kau bawa bertenang boleh tak? Macam dah kena rasuk dengan setan" Aina menarik lengan Natashya untuk mendekatinya. Terus sahaja Natashya ditarik kuat oleh Luthfi.

"Aku nak bawa balik Nat. Kau dengan kau!" Jarinya ditunjukkan pada Aina dan pelanggan lelaki yang tiada kena mengena dengannya itu.

"Jangan nak menyibuk dengan hubungan aku" sambung Luthfi.

"Aku datang dengan dia lah. Kau tak payahlah hantar balik" Aina cuba menarik Natashya kembali padanya.

Natashya terus menggelengkan kepalanya laju kepada Aina. Riak muka yang ketakutan itu tidak dapat disembunyikan pada pandangan Aina. Luthfi mengheret Natashya keluar daripada restoran itu bersamanya.

Aina bergegas kembali pada mejanya, duit kertas dikeluarkan daripada dompet dan dihempapkan duit not RM70 di bawah pinggan makannya. Setelah itu, Aina berlari keluar restoran dan menuju ke keretanya. Nasib sahaja keretanya berhadapan restoran, dekat.

Ketika enjin kereta dihidupkan, Aina dapat melihat kereta milik Luthfi melintas di hadapannya.

"Aduh....cepatlah enjin ni panas" Aina mula keresahan, inilah masalah kereta baru. Kena tunggu buat sementara sebelum memulakan perjalanan.

Pada masa yang sama, Aina terjengah-jengah arah tuju kereta Luthfi sama ada betul teman lelaki kawan baiknya itu menghantar Natashya pulang ke rumah sewa mereka.

Tiba-tiba sahaja pintu kereta di sebelah pemandu dibuka daripada luar. Terpancul pelanggan lelaki yang bergaduh mulut dengannya tadi.
"Asal tak gerak?" Lelaki itu sudah pun memakai tali pinggang keledar.

"Asal kau masuk kereta aku ni?" Berkerut dahi Aina melihatkan lelaki itu duduk di dalam keretanya tanpa rasa bersalah. Tiada lagi bahasa 'sopan' digunakan ketika lelaki itu main terjah sahaja.

Dr. Crush: Her Savior (OG)Where stories live. Discover now