BAB 38

513 33 0
                                    

Lagu: Hati Lain Di Hatimu, Fabio Asher

Galau brutalllll, "Biar aku yang mengalah, aku saja yang terluka, ku tak ingin yg kedua, ku tak sekuat kau kira"

🌻🌻🌻

"Maafkan saya kerana dah terlanjur sayangkan awak. Maafkan saya yang kita tak mungkin bersatu kembali. Maafkan saya sebab telah mengingatkan awak semula pada masa silam yang buruk tu" Natashya mengesat air matanya.

"Saya bahagia di awal hubungan kita, tapi ia akan menjadi lebih manis lagi, kalau hubungan kita tidak pernah berakhir dengan cara yang buruk macam ni, Luth"

Farel yang mendengar setiap bait kata-kata Natashya itu terdiam sejenak. Kakinya kaku di muka pintu. Tubuh belakang Natashya yang menghadapnya diperhatikan tanpa lepas. Entah kenapa, hati Farel bagaikan dihiris halus

"Kenangan lalu, terlalu indah untuk dilupakan, Luth. I'm so grateful to have you through our years together. Tapi, setakat ini sahaja perjalanan kita bersama" Natashya memandang ke arah jari jemarinya yang masih merah berinai itu. Cincin perkahwinan turut dipandang.

"Saya mengharapkan awak ada untuk saya sampai bila-bila, sayang...tapi...saya perlu berdamai dengan takdir, kan? Saya tak layak untuk awak" esakan tangisan daripada Luthfi turut kedengaran jelas di telinga Natashya.

"Andai kata trauma masa lalu, saya boleh lupakan....mesti saya tak sesakit ini" Luthfi menyorokkan kesedihannya dengan tertawa kecil.

"Terima kasih kerana ada untuk saya selama ni. Untuk awak disana, saya akan sentiasa merindui hari-hari bersama awak. Jaga diri orang baik"

Luthfi segera mematikan panggilan telefonnya. Natashya memeluk rapat lututnya ke dada. Kesedihan yang dirasakan tidak dapat disembunyi lagi.

Farel yang sedari tadi hanya menjadi pendengar dengan perlahan-lahan mendekati si isteri di birai katil.

"Kenapa ni?" Soal Farel, berpura-pura tidak tahu tentang apa yang dibualkan oleh Natashya tadi. Farel menarik bahu si isteri ke bidang sasanya. Pelukan erat diberikan pada Natashya.

Natashya turut memeluk Farel dan menangis sepuas-puasnya. Melepaskan kesedihan yang terbuku di hatinya. Farel tahu, Natashya masih mencintai Luthfi dan susah untuk dia melupakan kekasih pertamanya.

"Tadi...Karl call tapi, Luthfi yang bercakap dengan saya" Natashya meleraikan pelukannya pada tubuh Farel dan mengesat air mata yang semakin deras mengalir. Lebih-lebih lagi, dihadapannya kini adalah suami Natashya yang sah.

"Dia cakap apa?" Farel menyelit rambut Natashya di belakang telinganya.

"Tak ada apa...cuma...kata-kata perpisahan yang sebenar. Luthfi tahu saya dah kahwin dengan awak, mungkin Karl yang bagitahu" Natashya menunduk memandang tilamnya.

"Maafkan saya, Farel" Natashya berkata dengan perlahan.
"Untuk apa?" Farel sengaja bertanya.

Mulut Natashya diam membisu. Lama dia begitu. Farel mengeluh perlahan.

"Kau tidurlah dulu. Kau mesti penat berhari-hari siapkan majlis. Nanti aku cakap dengan baba yang kau penat, nak rehat" Farel merebahkan tubuh Natashya dengan perlahan ke atas katil. Selimut ditarik untuk menutupi tubuh isterinya. Telefon pintar di tangan Natashya turut diambil dan diletakkan bersebelahan Natashya.

"Awak...."

"Tidur" kata Farel dengan lembut. Natashya memejamkan matanya rapat. Farel meraup wajahnya, cuba menyembunyikan kesedihan di hati sebelum keluar bertemu keluarga si isteri.

'You made the decision to marry her, Farel....kau kena terima sebarang kemungkinan dalam perkahwinan kau. Kemungkinan tak dicintai dan tak disayangi' detik hati Farel.

Dr. Crush: Her Savior (OG)Where stories live. Discover now