BAB 21

405 32 0
                                    

"Balik nanti, hati-hati. If anything happens, you can immediately call Karl for help" Luthfi  menatap wajah Natashya tanpa lepas. Wajah yang akan dirinduinya.

"Mengganggu Karl je nanti"

"Taklah, saya dah pesan dekat dia"Luthfi mengusap perlahan bahu Natashya.

Natashya mengangguk perlahan.
"I'm gonna miss you, Luthfi. Don't forget to text me when you arrive there. Make sure awak pergi dalam keadaan sihat, balik pun dalam keadaan sihat juga"

"InsyaAllah, sayang" Luthfi mengangguk.
"Bye, jumpa lagi dua minggu" sambung Luthfi.

Natashya menbetulkan topi dan jaket yang dipakai oleh Luthfi.
"Saya sayang awak tau"

"Love you more, sayang"

Luthfi berjalan menjauhi Natashya. Sekali sekala melambai ke arah teman wanitanya yang setia berdiri melihatnya pergi. Natashya turut melambai ke arah Luthfi sehingga hilang daripada pandangan.

Keluhan kecil dilepaskan oleh Natashya. Sedih kerana perlu berjauhan selama dua minggu. Malam-malam Natashya sudah pasti sunyi tanpa panggilan telefon daripada Luthfi.

Jambangan bunga ros itu dipeluk erat.

"And darling I will be loving you till we're 70. And baby my heart could still fall as hard at 23. And I'm thinking 'bout how people fall in love in mysterious ways"

Lagu Thinking Out Loud daripada penyanyi Ed Sheeran itu berkumandang pada corong radio milik kereta Natashya. Perjalanan pulang berasa sunyi. Hanya fikiran Natashya yang melayang jauh entah ke mana.

Pin!! Pin!!

Segera Natashya menoleh ke arah kiri dan kanannya. Terkejut dengan bunyi hon kereta secara tiba-tiba itu. Setiap kereta yang melepasinya membunyikan hon tanpa henti. Begitu juga dengan penunggang motosikal yang menunjuk terus ke arah keretanya.

Tanpa melengahkan masa, Natashya terus memberikan lampu signal ke kiri bahu jalan. Baru sahaja 20 minit memandu, terus di hon orang ramai.

"Aku ada langgar apa-apa ke?" Natashya membuka tali pinggang keledarnya. Dia sedar akan keadaan kereta Axia yang agak tidak stabil tetapi, dihiraukan sahaja kerana ingin pulang ke rumah dengan cepat.

Tetapi, kalau pengguna jalan raya yang lain sudah menegurnya, nak ataupun tak nak Natashya memberhentikan juga keretanya.

Pintu kereta dibuka dan segera Natashya memusing mengelilingi keretanya. Tayar kanan bahagian depan dan belakang, dalam keadaan baik. Tayar kiri depan dalam keadaan baik.

Sudah serupa dalam Ujian Memandu Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK) lagaknya. Tetapi, satu perkara sahaja tidak ada dalam ujian memandu.....cara penukaran tayar kereta.

Natashya hampir menangis apabila melihatkan tayar keretanya yang sudah pancit, sportrim tayar kiri bahagian belakang juga terlihat sedikit membengkok jika diperhatikan dengan jelas.

Kiri kanannya ditoleh. Kalau-kalau ada yang datang membantu tapi tiada guna menunggu kerana kereta dan motosikal yang lalu lalang itu terlalu laju untuk melihat keretanya yang terkandas di bahu jalan itu.

Natashya mengikat tinggi rambutnya, cuaca panas pada hari itu menguji kesabarannya. Hari ini jugalah tayar keretanya buat masalah. Semalam Natashya tidak cukup tidur kerana menemani Luthfi mengemas pakaiannya. Niatnya selepas ke KLIA boleh pulang dan berehat sepanjang hari. Rupanya niat itu boleh berkubur sahaja.

Disamping itu, Natashya meneliti senarai nombor telefon di dalam telefon pintarnya. Ada satu nombor bengkel yang biasa dia dan Aina pergi jika ada masalah dengan kereta mereka. Maklumlah, perempuan....kalau tahu satu bengkel, memang selamanya akan ke sana sahaja.

Dr. Crush: Her Savior (OG)Where stories live. Discover now