BAB 14

3 0 0
                                    

RUTIN Medina sudah kembali seperti biasa. Dari pagi sehingga menuju petang. Menghantar adiknya ke sekolah, bekerja sehingga petang dan pulang ke rumah. Hanya pada hari terrtentu dia perlu menemani ibunya ke hospital untuk bertemujanji dengan doktor bagi mengetahui keadaan ibunya. Perjalanan kehidupan mereka masih berterusan dan bersambung. Dihimpit pelbagai rasa namun Medina tetap kuat menempuh ujian dan dugaan.

Black Forest Cake itu sudah siap dihias dengan buah ceri Maraschino dan taburan parutan coklat. Penuh dedikasi dan minat, Medina mengerjakan kerjanya. Selesai menyudahkan semuanya, kek tersebut Medina masukkan ke fridge di hujung sudut dapur kafe tersebut. Nanti kek tersebut akan dibawa keluar oleh Sofea untuk diletakkan di almari display di luar untuk pelanggan-pelanggan mereka.

“Dina…” Panggilan ringkas namanya berbunyi. Medina menoleh. June sedang memandangnya tidak berkelip. Wajah itu sedang tersenyum.

June, wanita itu benar-benar seorang pengurus yang baik.

Break lah dulu. Dari tadi Kak June tengok Dina buat kerja. Sofea dah break tu.”

Patutlah kelibat Sofea tiada di ruang dapur kafe. Rupa-rupanya gadis itu sudah rehat terlebih dahulu. Medina angguk kepala menurut arahan dari pengurus kafe itu.

“Baik Kak June. Dina rehat dulu.” Apron dibuka sebelum kaki dibawa ke bilik rehat kru di hujung.
Sofea yang sudah berada di dalam bilik tersebut menyungging senyuman apabila melihat Medina yang masuk dan melabuhkan duduk di kerusi berhadapannya.

“Nah untuk kau.” Sesuatu di dalam plastik dihulurkan kepada Medina.

Medina jongket kening sebelah.

“Abang aku belanja,” beritahu Sofea.
“Apa ni?” Plastik yang dihulurkan dibuka. Nasi putih, sayur campur dengan kari ayam di dalam bekas plastik.

“Susah-susah aje, tapi nanti cakap terima kasih pada abang kau.”

Penutup bekas plastik itu dibukanya. Medina membaca doa sebelum nasi disuapkan ke mulut. Rezeki jangan ditolak. Baik betul abang Sofea siap belanja dia.

Sofea ketawa kecil. “Sama-sama. Abang aku kirim salam dekat kau. Dia suruh kau makan sampai kenyang.”

Medina memandang Sofea pelik. Ketawa gadis itu lain macam sahaja. Ada apa-apa aneh ke sekarang ini yang membuatkan gadis itu memandangnya begitu.

“Waalaikumussalam.” Salam dari abang Sofea, Medina jawab perlahan. Isi ayam itu digigit perlahan. Menikmati pemberian itu dengan rasa syukur.

“Aku rasa abang aku suka kaulah, Dina.” Spontan ayat Sofea yang keluar menyebabkan Medina terbatuk-batuk kecil. Segera air mineral di dalam botol disedut laju. Terkejut punya pasal.

“Merepek aje kau!” Medina menjegil bebola mata kepada Sofea di hadapannya. Pandai-pandai Sofea ni.

“Betullah! Dia selalu tanya pasal kau.” Sempat lagi Sofea mengusik sambil tertawa.

“Hish! Kau ni sudahlah tu. Aku nak makan ni.”
Medina menyuap nasi ke mulut tidak menghiraukan letusan dan sisa tawa di bibir Sofea yang masih tidak berhenti. Dia banyak benda nak kena fikir dan buat. Lagi pula umurnya masih muda. Baru nak masuk dua puluh tahun. Banyak cita-cita dan impian yang ingin digapai. Dia perlu bekerja keras, berusaha kuat dan tidak berputus asa untuk mengubah nasib keluarga dia. Ibunya dan Ammar perlukan dia!

“Janganlah marah. Aku cakap je.” Sofea kemam bibir. Membentuk muka comel di hadapan Medina.

“Aku mana ada marah. Aku cakap je,” gurau Medina kembali. Ketawa melihat wajah Sofea yang sudah berubah riak. Mereka berdua ketawa dengan perangai masing-masing.

DI BAWAH LANGIT YANG SAMAOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz