BAB 08

9 0 0
                                    

KELAB Muay Thai itu bingar dengan suara-suara manusia yang berada di dalamnya. Ada yang sedang bersorak dan ada hanya yang sedang tekun serta asyik dengan pukulan-pukulan di punching bag yang tergantung. Leo berada di hujung dinding memerhati.

Muay Thai dan Kickboxing adalah salah satu seni mempertahankan diri yang sangat popular di Thailand. Namun, kini seni mempertahankan diri itu menjadi semakin popular di Malaysia. Dengan teknik-tekniknya, Muay Thai merupakan pertarungan dalam gelanggang yang menarik dan merupakan satu bela diri paling efektif di dunia.

“Macam mana?” soal suara Leo.

Wajah tanpa senyum itu melilau memandang sekeliling kawasan dan bangunan kelab miliknya. Lelaki yang sedang berada di tepinya hanya diam sebelum soalan yang berbunyi tadi dijawab.

“Hari rabu dia janji nak datang.”

Leo angguk, faham.

“Aku harap budak tu datang.”

“Mesti datang punya, bos.”

“Harap betul-betul datang!”

Dihala pandangan ke hadapan. Dia perlukan seorang fighter yang hebat. Dan Affan Nadhif atau dikenali Sky itu adalah orangnya. Dia sudah melihat aksi pemuda itu beberapa kali di pusat Muay Thai milik Sein. Dengan aksi tangkas dan gagah Sky, Leo yakin mampu menjadikan Sky salah satu juara dan anak didiknya yang berjaya suatu hari nanti. Dan jika itu yang Leo mahu dia akan pastikan itu yang berlaku.

“Tapi kenapa bos nak sangat budak nama Sky tu datang kelab kita?” soal Thoriq, berkerut.

Leo berpaling memandang lelaki dan orang kanannya yang paling dipercayainya itu. Dengan wajah tanpa senyum dan sinikalnya pandangan matanya yang menerobos ke anak mata orang suruhannya.

“Kau akan tahu nanti.”

Thoriq perhati wajah Leo dengan kerutan di keningnya. Tentang Affan yang disebut oleh Leo itu mendatangkan banyak persoalan di kepala dia. Ada apa hubungannya Leo pemilik Dragon Muay Thai dan Kickboxing itu dengan Affan Nadhif atau Sky?


RABU seperti yang dijanjikan Affan kepada Luth. Akhirnya, Affan ikut kemahuan Luth yang ingin dia mengikuti lelaki itu bertemu pemilik kelab Dragon Muay Thai. Luth sudah melebar sengihan besar. Bangunan yang dijadikan pusat tinju itu sunyi dan tiada orang. Hanya bunyi gerak kaki mereka.

Affan melilaukan bebola mata memandang sekeliling. Besar dan lebih luas berbanding pusat tinju milik Sein. Di tengah-tengah ruang itu terdapat pentas dan lantai tinju untuk bertarung. Affan teruja. Beriringan mereka berdua mengikuti langkah orang suruhan Leo menuju ke sebuah bilik yang terdapat di bangunan itu. Pasti Leo pemilik pusat tinju itu sedang menunggu mereka di dalam sana.

“Dah lama ke Leo tunggu kita orang, Thor?” soal Luth ketika mereka berdua sudah hampir tiba di bilik itu.

Thoriq berpaling memandang kedua pemuda yang mengikuti dia dari tadi. Jaket hitam yang dipakai dibetulkan seketika.

“Tak lama pun. Leo baru sampai dari Ipoh,” beritahu Thoriq sambil mata memandang kepada remaja lelaki bernama Affan.

“Oh…” Luth angguk. Beberapa kali.

Melihatkan sosok tubuh dan tegapnya anak muda yang digelar Sky itu, Thoriq sudah dapat agak dan membayangkan bagaimana Sky di pentas tinju Muay Thai. Namun, benarkah Leo inginkan Affan hanya sebagai peninju Muay Thai di sini atau sebenarnya lebih dari itu. Ah, Thoriq juga tidak tahu apa yang ada di kepala ketuanya.

Pintu bilik itu diketuk sebelum mereka bertiga masuk ke dalam. Thoriq tunduk hormat kepada Leo. Affan dan Luth hanya memandang dan berdiri tegak.

“Bos, mereka dah sampai,” beritahu Thoriq sambil memandang Leo yang sedang tegak mendada di atas kerusi.

DI BAWAH LANGIT YANG SAMAOnde histórias criam vida. Descubra agora