BAB 03

25 1 0
                                    

RUTIN pagi sebelum ke tempat kerjanya, Medina akan menghantar Ammar ke sekolah. Sambil membimbit bakul berisi kek coklat cawan di tangan. Kek coklat itu akan diletakkan di kantin sekolah Ammar. Hasil dari jualan kek coklat tersebut mampu membantu mereka dalam menambah hasil pendapatan mereka tiga beranak. Dapat menampung perbelanjaan harian mereka.

“Belajar rajin-rajin Ammar.”

“Ya, kakak.”

Ammar mencium lembut pipi dan tangan kakaknya itu sebelum kaki dilaju ke kawasan kelas. Dari jauh Medina menghantar pandangan kepada adik lelaki dia satu-satunya.

Semoga Ammar Muhaimin menjadi anak yang berjaya suatu hari nanti. Semoga suatu hari nanti Ammar mampu membanggakan kakak dan ibu. Medina tidak mahu Ammar tercicir dalam pelajaran. Dia sanggup lakukan apa sahaja demi ibu dan adiknya itu.
Dia bersyukur dengan semua yang dia jalani.

Dia berjaya menghabiskan persekolahannya sehingga ke tingkatan lima. Berjaya menduduki Sijil Pelajaran Malaysia dan mendapat 6A di dalam SPM. Meskipun tidak mampu untuk menyambung pelajaran di universiti kerana kekangan kewangan dan terpaksa bekerja untuk membantu ibunya menyara keluarga tapi Medina bersyukur. Dia masih diberi peluang untuk menyambung pelajaran secara separuh masa di kolej komuniti di dalam bidang pastri dan bakeri.

Selesai menghantar kek coklat buatannya di kantin sekolah, Medina berjalan keluar dari kawasan sekolah tersebut. Dia akan terus ke tempat kerjanya dari sini.

Kaki digerak perlahan menuju ke hentian bas. Sedang Medina berjalan menghampiri hentian bas pandangannya jatuh kepada Affan. Tubuh tegap lelaki itu dihampiri dekat.

“Affan.” Panggil Medina kuat melawan bunyi enjin kenderaan yang sedang lalu lalang.

Affan berpaling menoleh kepada figura yang memanggil namanya. Medina yang sedang berjalan mendekatinya itu dipandang sambil menghadiah senyum.

“Dina, kau nak pergi kerja dah ke?”

Medina mengangguk. Wajah dan dahi Affan yang kelihatan lebam dan bengkak yang ditampal plaster berserta pinggir bibir yang kebiruan itu dipandang dengan penuh simpati. Berharap lelaki itu baik-baik sahaja.

“Aku dah nak pergi kerja. Kau dari mana pagi-pagi dah ada kat sini?”

Dan kejadian semalam kembali menyinggah ingatannya. Pertengkaran Affan dan Pak Cik Muhammad semalam dan kesan kebiruan yang masih melekat di wajah lelaki itu.

Affan membetulkan jam di pergelangan tangan. “Aku datang ambil motosikal aku kat bengkel Chan. Rosak brake. Kau tahu ajelah motosikal tu nyawa aku. Tiba-tiba nak buat hal pula.” Affan berkata sambil melukis tawa.

“Oh, patutlah kau ada kat sini.”

Affan mengeyakan.

Motosikal EX5 yang dibeli hasil titik peluh dengan menjual burger malam hari itu adalah satu-satunya harta yang dia punya. Kenderaan yang dia bawa untuk mencari rezeki sebagai rider, ke kedai untuk mencari barangan jualan burgernya dan ke kelas tempat dia menyambung pelajaran sekarang.

Seorang Affan berhempas pulas untuk kehidupannya meskipun kadang-kadang nasib tidak menyebelahi. Affan tetap akur.

“Oh… Hmm, Affan kau okey?”

Lambat-lambat suara Medina bertanya.
Wajah Affan dipandang lama, mengambil berat. Mereka sudah bertahun-tahun mengenali sejak dari Medina, ibunya dan Ammar pindah ke kawasan setinggan itu. Seperti seorang rakan mengambil berat kepada rakannya yang lain, itulah yang Medina sedang cuba lakukan sekarang.

“Aku okey. Kau macam tak biasa pula dengan perangai ayah aku. Kau jangan risaulah.”

“Betul-betul okey? Kalau kau tak okey, kau boleh kongsi dengan aku, Affan. Jangan simpan sakit kau  sendiri.”

DI BAWAH LANGIT YANG SAMAWhere stories live. Discover now