Sekonyong-konyong Tan Sri Raqib mencekak pinggang dengan pandangan mengejek. Berkerut kening Raf apabila bapanya melemparkan reaksi seperti itu apabila dia sedang meminta bantuan.

"Ha, itulah! Menyamar lagi. Kalau kamu jadi Andikha Rafael daripada mula, Dato Idris tak akan benci kamu tahu tak?" Herdik Tan Sri Raqib.

Sepasang anak mata hazel dan biru itu terus menjuling ke atas penuh meluat. Papa ni suka sangat mengungkit pasal hal itu!

"Ya, Raf tahu tentang tu... tapi kalau Raf terus mengaku yang Raf ni anak papa, tentu-tentu dia akan layan Raf baik-baik. Habis kalau anak papa ni betul-betul lelaki kampung yang tiada apa-apa, dia boleh hina sesuka hati huh? Hanya kerana darjat dia lebih tinggi, begitu?"

Tan Sri Raqib terdiam.

Raf pula mengeluh.

"Raf cuma nak hidup tanpa ada masalah sahaja, sebab itu Raf jadi macam ini. Raf tak nak orang terima Raf sebab kekayaan tapi terima atas sifat keperibadian Raf sendiri. Itu aje!"

"Tapi kamu sendiri tahu tak semua manusia pandang daripada dalaman, kan? Mereka hanya nampak luaran. Jadi nak tak nak, kamu kena bagi mereka nampak luaran kamu dahulu sebelum nak kenal dalaman hati kamu itu macam mana?"

Tersentap hati Raf mendengar teguran bapanya. Dia tak menafikan kata-kata Tan Sri Raqib itu salah. Malah, memang ada pun manusia yang suka menilai daripada luaran sahaja. Lumrah dunia begitu.

"Papa boleh tolong Raf tapi Raf juga perlu beri kerjasama. Kalau kamu jadi anak papa yang dahulu, sudah tentu papa tahu apa yang perlu dibuat."

Kening Raf berkerut-kerut. "Nak buat apa?"

Tan Sri Raqib tersenyum senget. "Buat apa lagi? Cadangkan kamu kahwin dengan Husnalah. Bukannya Dato Idris tahu nama kamu siapa pun? Jadi, papa boleh cadangkan dekat dia untuk satukan Husna dengan kamu."

"Hendak ke dia setuju?"

Terjuih bibir Tan Sri Raqib mendengar soalan Raf. Siap tergeleng-geleng lagi.
Aduhai...

"Kamu ingat papa tak pandai bodek hati orang huh?" Bukan main berlagak lagi Tan Sri Raqib berbicara. Come on lah, ini Raqib okay? Kalau anak pun pandai ambil hati orang tua, apatah lagi bapaknya!

Bibir Raf mencebik. Kepala diangguk-angguk. Baiklah.

"Kalau begitu kita deal?" Raf menghulurkan tangan, sebagai tanda perjanjian mereka bermula. Dia akan ambil alih Ocean Empire, manakala Tan Sri Raqib pula membantu hubungan dia dan Husna bersatu semula.

Lantas Tan Sri Raqib menyambut huluran. Erat genggaman mereka.

"Deal." ucapnya.

Dan kini, mereka berdua sudah pun tunaikan janji masing-masing. Tiada lagi yang berhutang. Tunggu masa sahaja, rancangan mereka akan berjaya. Sempat lagikah jika dia mahu meraikan kemenangan bersama bapanya?

Raf tunduk memandang jam yang mengelilingi pergelangan tangannya. Kepala diangguk. Sempat.

"Papa nak coffee?"

"Coffee?" Penat-penat dia bodek anak sulungnya di hadapan Dato Idris, tetapi kopi sahaja yang ingin dibelanja? Lantas Tan Sri Raqib geleng kepala tanda tidak mahu. Sekejap dia tunduk memandang jam yang sudah pudar warna di pergelangan tangan.

Dah bertahun-tahun sudah jam ini tidak ditukar. Pemberian daripada arwah isterinya. Sekarang, jarum pun sudah tersekat-sekat hendak bergerak. Tanda-tanda nak minta yang baru. Boleh sahaja dia beli sendiri, tapi jika orang lain yang belikan... rasa lebih berharga!

MR PIRATEWhere stories live. Discover now