"Kalau tak nak, makin Rayya dipandang orang. Sekurang-kurangnya bila naik kereta Riyaz, Rayya dipandang oleh Riyaz aje. Kurang sikit muka merahnya." 

Kata-kata Riyaz buat Rayya sebal sendiri. Kalau ikut hati, nak aje dia gunting mulut Riyaz! Macam tak sedar diri pula punca kepada apa yang lelaki itu sebut adalah diri sendiri. Jika Riyaz tidak berhenti, menegur dan bukakan pintu, Rayya takkan dihambat rasa segan begini.

Pasrah, Rayya masuk jua ke dalam kereta. Tak sempat Riyaz tutupkan pintu, Rayya sendiri tarik pintu dan menutupnya rapat. Kemudian tali pinggang keledar dipakai dan pandangan dibuang ke luar tingkap.

Riyaz bolos masuk ke tempat pemandu. Pintu ditutup dan tali pinggang keledar dipakai sambil mata tak lepas pandang sisi wajah Rayya.

Senyum kecil, Riyaz mulakan pemanduan.

"Rumah Rayya di mana? Boleh isi pada Waze?" Pinta Riyaz sambil telefon bimbitnya dihulurkan.

Tak bantah banyak, Rayya menurut sahaja. Alamat rumah dimasukkan sebelum telefon kembali diberkan kepada Riyaz kembali. Bila telefon bertukar tangan, Riyaz dipandang Rayya sekilas.

"Terima kasih Riyaz tapi ini kali yang pertama dan terakhir tau." Ucap Rayya.

Riyaz senyum. "Kenapa pula yang pertama dan terakhir? Rayya nak tahu tak, jalan ke rumah Rayya ni satu jalan tau dengan jalan nak pulang ke rumah Riyaz. Jadi, Riyaz boleh aje am—"

"Takpe, terima kasih. Rayya senang kalau pergi kerja dan pulang kerja sendiri." Cepat Rayya memintas kata-kata Riyaz. Sekilas lelaki itu dipandang kurang selesa.

Oh! Rayya bukan sombong tapi dahulu dia punya pengalaman sama semasa di universiti. Bila hubungan menjadi renggang, habis semua kebaikan diungkit kembali dan paling teruk setiap wang yang dibelanjakan ke atas Rayya diminta untuk dibayar semula! Baik dengan lelaki mahupun kawan perempuan! 

Cukup zaman itu dan Rayya akan pastikan ianya tidak akan berulang kembali!

Riyaz lepaskan nafas perlahan. Jari mengetuk stereng kereta secara rawak sebelum akhirnya dia mengangguk pasrah.

"Tapi kalau Rayya emergency ke, jangan segan silu minta tolong pada Riyaz tau. Riyaz sedia tolong." Tawaran lain pula diberikan Riyaz, buat Rayya dijentik rasa kurang senang sekali lagi.

Dah kenapa mamat ni baik semacam? Memang begini ke sikap rakan sekerja?

Lihat diam Rayya, Riyaz tertawa halus.

"Rayya jangan fikir bukan-bukan pula. Riyaz cakap macam tu sebab kita kan rakan sekerja, rakan satu meja. Riyaz cuma nak bina bond yang baik untuk dapatkan circle positive semasa berkerja. Itu sahaja." Ucap Riyaz. Tak mahu Rayya salah sangka.

Dengar itu, lapang sikit hati Rayya. Bukan apa. Lihat kepada pengalaman lepas, ada sedikit curiga jika seseorang itu terlalu baik. Nanti kena tikam belakang.

Senyum Rayya halus kepada Riyaz dan senyum itu dibalas semula oleh Riyaz.

"Rayya nak makan tak? Jom?"

Terus senyum di bibir Rayya mati. Kepala laju menggeleng dan pandangan dilemparkan ke luar tingkap. Melihatkan itu, Riyaz ketawa kecil.

"Kelakar lah Rayya ni."

Namun diam Rayya tidak membalas. Lebih selesa untuk tidak melayan. Dan itu buat Riyaz pasrah.

Susah ya dengan Rayya Riyana ni.

⋆ ˚。⋆🎀⋆。˚ ⋆

TURUN dari kereta Riyaz, Rayya ucap terima kasih dengan pendek sebelum dia menapak terus berlalu dari situ. Nak sampai rumah kena jalan dulu sebab dia minta Riyaz hantarkan sampai pondok pengawal sahaja. Menjaga batas.

LUCKY Where stories live. Discover now