Raf tergamam sejenak. Apa yang dah jadi sebenarnya?

"Maaflah aku masuk bilik kau, bang. Ak... aku dah tak tahu mana jalan nak pergi dah. Lagipun waktu kecil dulu kalau papa marah aku, aku terus lari masuk bilik kau aje. Jadi aku dah terbiasa..." tersedu-sedan Nathan meluah pada abangnya.

Sedangkan Raf masih lagi sesat tidak faham. "Kau... kena marah dengan papa ke? Sebab apa?"

Nathan mengeleng menafikkannya. 

"Dah tu?"

Nathan tarik nafas dalam keadaan hidungnya yang tersumbat. "Kalau aku cerita, macamlah kau nak dengar. Nanti kau mengejek pula."

Satu nafas kecil dilepaskan oleh Raf. Drama King pula si Nathan ni. Lantas, Raf duduk bersila di atas lantai.

"Apa masalah kau sebenarnya?" Tiada selok-belok, Raf terus menyoal. Walaupun kelopak mata sudah terasa berat, mulut sudah beberapa kali menguap, tetap sahaja dia sudi memasang telinga mendengar luahan adiknya.

Lagipun, dia lebih suka adik-adiknya berterus-terang jika ada masalah daripada pendam. Mungkin dengan cara ini, dia boleh cuba faham dan tolong serba sedikit.

Nathan mencebik bibir. Tunduk memandang kain napkin yang sudah basah ditangannya. 

"Kau janji kau takkan ejek aku?" Soal Nathan terlebih dahulu. Bukannya apa, dia malu dengan apa yang terjadi malam ini. Apatah lagi jika Raf mengejek, lagilah buat dia bertambah malu. 

"Hmm, ceritalah." Acuh tak acuh sahaja Raf menjawab. Dia menongkat dagu, memasang telinga luas-luas. Dipaksa juga mata menjegil daripada tertutup. Diam, menanti Nathan membuka cerita.

"Tadi... aku ada buat candle light dinner. Aku ajak crush makan malam sama-sama dekat tepi kolam..." Nathan akhirnya memulakan ceritanya. Dia jeda seketika. Anak mata naik sedikit melihat Raf, takut jika permulaan ceritanya lagi sudah buatkan abangnya tertidur.

Namun, Raf masih lagi serius mendengar.

Lantas, Nathan menyambung ceritanya kembali.

"Aku cadang, aku nak lamar dia sebagai teman wanita aku. Sebab kali pertama aku jumpa dia, aku dah dapat rasa perasaan suka. Tapi satu sahaja masalah untuk pikat dia, iaitu dia sedang tunggu seseorang yang bermata biru. Kawan dia cakap, mereka berjumpa dekat Pulau. Waktu itu, perempuan itu sedang bercuti dengan keluarga dia. Tapi entah apa yang jadi, tiba-tiba dia lemas dan lelaki mata biru itu yang selamatkan dia..."

Makin lama, kening Raf semakin berkerut. Raf berhenti menongkat dagu, malah menegakkan tubuh pula. Entah mengapa, cerita Nathan buatkan dia teringat akan sesuatu. Tapi... tak mungkinlah.

Raf geleng kepala. Dia cuba menepis perasaan itu jauh-jauh, akan tetapi semakin diabaikan, semakin kuat ia membelenggu jiwanya. Buatkan dia rasa terhimpit dengan bermacam-macam soalan yang muncul di kotak fikiran.

Siapa nama perempuan itu? Dimana Nathan berjumpa dengannya? Dan yang paling penting, adakah perempuan yang diceritakan oleh Nathan saat ini ialah wanita yang sama dia sedang teringat sekarang?

"Jadi, disebabkan dia suka lelaki mata biru tu. Aku pun buat-buatlah mengaku yang sebenarnya... aku Mr Blue yang dia cari. Dengan harapan, dia akan terus percaya dan terima lamaran aku tanpa berfikir panjang. Tapi malang sekali aku silap..."

"Siapa yang ajar kau menyamar jadi orang lain ni? Dah tak ada identiti diri sendiri ke sampai nak kena menipu orang?" Raf mengherdik dengan tegas. Riak wajahnya berubah garang apabila mengetahui Nathan menggunakan te
taktik menipu untuk mendapatkan hati seseorang.

Manakala Nathan hanya menekur sambil mencebir bibir apabila dimarahi abangnya. Sedar yang kali ini memang salah dia.

"Selepas itu apa jawapan dia?" Dengan nada yang masih tegas, Raf menyoal.

MR PIRATEWhere stories live. Discover now