"Kitaorang baru je habis makan tadi. Perut ni kenyang lagi tau." kata Yara apabila Natashya hanya diam membisu.

"Kalau iya pun nak menolak, Yara..janganlah menipu kata dah makan. Kecil hati aku tau. Lagipun, Farel bukan ada dekat sini kalau dia nak cemburu buta sekalipun." Haziq memandang ke arah Yara.
"Eh betul, kitaorang makan steamboat tadi." Yara mengangguk untuk meyakinkan Haziq.

"Tak apalah, Haziq. Kitaorang betul-betul dah kenyang. Tak larat nak makan lagi." giliran Natashya bersuara.
"Kalau macam tu, saya gantikan Llao Llao awak, nak? Saya belikan yang large juga." Haziq cuba bermanis mulut dan memujuk Natashya lagi.

"Saya tak rasa nak makan Llao Llao dah. Lagipun Isha mesti tak habis nanti. Jadi, saya kena habiskan Isha punya." Natashya menggelengkan kepalanya. Rambut Isha diusap perlahan.

"Alah, Nat...yogurt je tu, boleh simpan dalam peti sejuk bila tak habis. Bolehlah saya belanja awak yang baru. Saya yang terlanggar awak tadikan." Haziq tetap berdegil.
"Tak apa, bukan rezeki saya." Natashya menolak lagi.

"Memang bukan rezeki awak, tapi rezeki awak bila saya nak belanja yang baru.".

"Sudah-sudah lah Haziq, Nat tak nak jangan dipaksa lagi." suara Fathi kedengaran di belakang Haziq. Haziq turut menoleh sama.
"Aku ni rasa sebersalah. Takkan setakat nak belanja Llao Llao adik kau nak bising kan?"

"Memanglah tapi, Nat ni nak jaga diri dia sebab suami tak ada dekat buat sementara waktu. Jadi, kau datang macam ni, paksa-paksa Nat, memang lah dia tak nak." tegas Fathi berkata.
"Kalau kau atau Yara tak bagitahu Farel, dia takkan tahu pun pasal aku belanja Nat."

"Kau jangan nak ajar aku bersubahat pula. Farel amanahkan aku untuk jaga isteri dengan anak-anak masa ketiadaan dia. Jadi, aku ada hak untuk suruh kau jangan memaksa adik ipar aku untuk terima 'belanja' kau tu."

"Kecil hati Yara kau nak jaga isteri adik sendiri." Haziq tersenyum sinis.

"Mana ada. Aku okay je. Aku percaya suami aku." laju Yara membalas.
"Kalau Nat tak sudi, jangan memaksa. Dia kena jaga maruah suami dia juga. Bukannya sesuka hati terima pelawaan lelaki lain." Fathi memandang tajam pada Haziq.

Haziq Kasyraf yang tidak mendengar kata itu.

"Aku nak bawa diaorang balik ni. Ingat kata-kata aku, Haziq. Walaupun kau dulu berkawan dengan Nat, tapi sekarang dia ada batas untuk bergaul dengan kau. Walaupun adik aku tu, kawan baik kau sekalipun. Isteri dia bukan untuk dikongsi."

"Dah, Nat jom balik. Mummy dengan daddy dah tunggu dekat rumah." Fathi memandang Natashya. Adik iparnya itu segera mengangguk dan memimpin tangan Falique dan Falisha menghampiri Yara.

Haziq memandang Natashya yang melalui hadapannya tanpa lepas. Pandangan mata itu sempat diperhatikan oleh Fathi.

"Haziq suka isteri aku."

"Hah! Mana kau tahu ni, angah? Kau biar betul? Mustahil lah." Fathi menggelengkan kepalanya walaupun mereka hanya berbicara melalui panggilan telefon.

"Aku tahulah, aku dah kenal lama dengan Haziq tu. He has a crush on my wife and what make it worse....I know his feelings and I still do married her."

"Astaghfirullahalazim....patutlah dah lama Haziq tak datang gym tempat biasa kita tu."  Fathi meraup wajahnya dengan kasar.
"I don't think we're friends anymore. Sebab aku rampas Nat daripada dia."  kata Farel lagi.

"Tapi, setahu aku Nat cuma bercinta dengan mamat psiko tu je, kan? Haziq tak pernah nak confess pada Nat, kan?"

"He's just a man with sweet talk and not action. He did nothing to approach her. So, I made my way. Salah aku ke, Fathi? Lagipun....aku tak paksa Nat untuk terima aku. Tapi, aku cuba untuk menangkan hati Nat."  kedengaran keluhan Farel di dalam panggilan.

Dr. Crush: Her Savior (OG)Where stories live. Discover now