Rayya senyum tapi dalam hati sembunyi rasa geram. Boleh! Tapi macam tak boleh aje tingkahnya.

"Tapi..."

Kening Rayya ternaik sekilas dengar leret panjang kata tapi Subhi.

Subhi senyum. "Kalau saya rasa tak boleh, saya sakat lagi lah pakai nama awak."

Ternganga kecil mulut Rayya. Nyata tidak sangka dengan apa yang dia baru dengar sebentar tadi. Lelaki ini betul ke tak betul sebenarnya?

"Dah kenapa pula?" Tanya Rayya, cuba menahan geram.

Pandang Rayya, Subhi jungkitkan bahu. Helmet di tangan dia sarungkan ke kepala.

"Saje. Bye, raya raya raya!" Melambai Rayya, Subhi terus bawa langkah kaki menuruni tangga. Tak peduli dengan wajah Rayya yang dah cemberut geram.

Lihat Subhi pergi, Rayya terus hentak perlahan kakinya di lantai. Eee! Fikir si Subhi tu anak jiran sendiri aje. Kalau tak... dah lama kasutnya dilempar kepada lelaki itu.

"Mereng!" Bentak Rayya perlahan sekali sebelum tangan menarik pintu pagar. Tiba-tiba namanya diseru.

"Ha, Rayya!" Menoleh ke sisi, ada Salamah di sana. Laju-laju Rayya manggakan pagar sebelum dia berlari anak menghampiri Salamah.

"Ya mak cik. Kenapa?" Tanya Rayya. Dia sedikit kalut melihat kekalutan Salamah tika ini.

"Ish. Budak Subhi tu, boleh pula dia tertinggal dompet dia. Bila mak cik suruh dia naik, elok dia minta mak cik pass dekat kamu ni." Serba salah Salamah memberi tahu. Dompet kulit berwarna hitam di tangannya dipandang.

Rayya di kala itu, sumpah rasa nak meletup. Geram sungguh dengan Subhi! Entah kan lelaki itu sengaja atau entah kan betul semata mahu minta bantuan. Buatnya dia beri dompet ini kepada Subhi, alih-alih bernanah telingnya dengar lagu raya salah lirik oleh Subhi.

"Err... mak cik minta tolong Rayya beri kepada Subhi boleh?" Pinta Salamah, masih dengan nada serba salahnya.

Tarik senyum, Rayya mengangguk kecil. Tika itu, nampak riak lega di wajah Salamah.

Takpe lah. Buat sebab Salamah. Kalau sampai di hadapan Subhi, elok dia lempar sahaja ke wajah lelaki itu. Dengan syarat, Subhi menjengkelkannya. Huh!

"Boleh je. Sekali jalan ni. Kebetulan, Rayya pun nak pergi kerja dah ni." Ucap Rayya seraya dompet hitam kepunyaan Subhi diambil daripada Salamah.

Salamah tersenyum. "Terima kasih, Rayya. Maaf lah susahkan Rayya."

Rayya hanya menggeleng kecil sambil senyum halus. Baru nak minta pamit, tubuhnya kaku bila rasa usapan lembt di kepalanya. Mata terus tak berkelip memandang Salamah yang masih lagi tesenyum memandangnya. Bila tangan Salamah trun dari kepalanya, Rayya seolah-olah baru tersedar.

"Mak cik doakan hari kamu berjalan dengan lancar." Senyum Salamah di akhir kata. Dan itu buat dada Rayya rasa sebu dengan hiba dan terharu.

Tipu jika dia tidk tersentuhan. Sentuhan ibu, pasti lah akan punya kesan yang mendalam dalam hati sesiapa pun.

Terkelip-kelip laju mata Rayya dek kerana cuba menahan tangis yang mahu terbentuk. Senyum lebar, tunduk sopan Rayya menyalam tangan Salamah sebelum dia melangkah pergi dari situ. Tak menoleh langsung dah takut tangisnya benar-benar pecah nanti.

Menuruni anak tangga satu persatu, Rayya tarik nafas dalam-dalam sebelum dia menghembuskan nafasnya perlahan. Terpandang dompet hitam Subhi di tangan, mata Rayya langsung terjuling.

"Kenapa lah perangai anak dan mak jauh beza? Macam langit dengan bumi!" Omel Rayya.

Laju kakinya menuruni anak tangga. Mahu cepat. Tak mahu berlama-lama. Namun langkah kaki menjadi perlahan di beberapa anak tangga terakhir. Semua kerana ternampak susuk tubuh Subhi yang elok bersandar di dinidng koridor sambil lelaki itu bermain dengan telefon di tangan.

LUCKY Where stories live. Discover now