Part 24

14 3 0
                                    

' Siapa Shazly? kenapa aku rasa macam aku pernah nampak dia and rapat dengan dia sebelum ni? ' omel Alyssa sendiri. Pelik. Apa yang sedang berlaku?

" Assalammualaikum Kak Alyssa!! " jerit Ahmad menyebabkan Alyssa terjaga dari lamunannya.

" Waalaikummusalam masuk la. " sapa Alyssa. Ahmad masuk kedalam rumah dengan penuh bergaya.

" Kau dah kenapa jalan macam tu? " tegur Alyssa.

" Saja. Takut orang nampak. So kita kena bergaya sikit kak. " balas Ahmad merepek. Alyssa tersenyum dan mengeleng.

" Dah la kau ni. Haish. " ujarnya lalu masuk ke dalam rumah. 

" Akak apa khabar? " soal Ahmad bagi membuka bicara.

" Sihat Alhamdulilah. Kamu? " soalan dibalas soalan. Ahmad hanya mengangguk.

" Hah apa hajat kamu datang kemari? " soal Alyssa. Ahmad tersengih

" Aik...takkan adik datang pun kena berhajat? " soal Ahmad semula.

" Dik. Aku ni rapat dengan kamu lama dah tau. Bukan harini baru aku rapat dengan kau. Kalau dah tersengih macam kerang busuk tu memang adalah benda tu. " omel Alyssa membuatkan Ahmad rasa geli hati.

" Yela kak. Memang ada benda pun nak kabo " balas Ahmad. ' Baru niat nak prank akak tapi akak dah tahu la pulak tektik aku. Haish ' omel Ahmad sendiri.

" Tak payah nak prank aku sangat la adik. Be honest je dengan aku. " tegur Alyssa menyebabkan Ahmad sedikit terkejut. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal

" Tahun depan abang dah nak balik. Akak tak happy ke? " soal Ahmad. Alyssa hanya tersenyum

" Kak? Akak kenapa ni? " soal Ahmad pelik apabila melihat wajah gadis itu yang berubah.

" Akak? " panggil Ahmad lagi. Alyssa memandangnya.

" Kenapa aku rasa macam ada benda yang tak kena? " soal Alyssa membuatkan Ahmad pelik.

" Maksud akak? " soal Ahmad

" Aku rasa macam ada sesuatu yang jadi pada aku dan disebabkan tu aku lupa sesuatu...tapi apa? " Ahmad terdiam mendengar kata-kata Alyssa itu. Dia takut jika gadis itu ingat kembali peristiwa itu mungkin dia akan takut buat kali ketiga.

" Takde apa la tu kak. Perasaan akak je tu. " pujuk Ahmad. Dia tidak berani nak bertindak terlebih dahulu sebelum abangnya. Takut nanti lain pulak yang jadi.

" Hm..mungkin la kot. Takpelah jom lepak rumah umi nak? Minggu ni Alyssa cuti " ajak Alyssa. Ahmad mengangguk.

" Eh kak. Kau pakai gelang yang abang bagi? " tegur Ahmad. Alyssa tersenyum manis sambil membelet belet gelang itu.

" Aku suka...cantik gelang ni " balas Alyssa. 

Tut!! Tut!! Tut!!

" Eh kejap ye kak. Ada orang call. " pinta Ahmad

" Lain macam ye bunyi ringtone kau. HAHA " tawa Alyssa. Ahmad hanya tersengih lalu mengangkat call tersebut.

" Ehem. Hello? " 

" ..... "

" HAH?!! "

" Kenapa tu? " soal Alyssa yang mendengar Ahmad tetiba menjerit. Ahmad pandang gadis itu lalu tersenyum dan mengeleng.

" Kau serious la gila? Takkan secepat itu? " soal Ahmad tidak percaya.

" ...... " 

" Haish...Habis Alyssa ni macam mana? Kau tahu kan ingatan dia masih tak pulih? " berang Ahmad.

" ....... " 

" Takde takde aku tak nak. Aku tak setuju. Kalau ye pun bagi la dia sihat dulu. Aku taknak disebabkan plan ni sakit dia jadi lagi teruk kau tahu tak. Aku taknak dia menderita lagi. Cukup dengan apa yang dia dah lalui sebelum ni. " dingin Ahmad berkata.

" ....... " 

" Kau balik sini baru kita bincang. Aku takkan bertindak selagi kau tak bincang dengan papa dan umi. "

" ....... "

" Aku tahu memang ini yang dia nak tapi kau tengok la keadaan dia sekarang. Dia hanya ingat kita je gila. Kau boleh tak jangan burukkan lagi keadaan? " 

" ....... "

" Hm...jumpa setahun lagi. Cau " balas Ahmad lalu mematikan panggilan itu. Dia memandang Alyssa lalu mengeluh.

' Aku minta maaf Alyssa. Aku bukan tak nak kau berjumpa dengan abang kau semula tapi aku risau dengan keadaan kau sekarang. Aku tak nak kau menderita lagi kak. Cukup la dengan apa yang Tuan Syam dah buat pada akak. Ahmad tak sanggup lagi. ' omel Ahmad sendiri.

"  Ahmad? Asal kau tengok aku macam tu? " soal Alyssa yang perasan jejaka itu memandangnya. Ahmad hanya tersenyum.

" Jom keluar nak? Ahmad nak bawak akak jejalan. " soal Ahmad. Alyssa tersenyum suka.

" Nak!! Pergi mana?! " soalnya.

" Akak nak pergi mana? " soal Ahmad kembali

" Hmmm apa kata kita pergi Mokti? Aku nak makan ais krim ah. " pinta Alyssa sambil memuncungkan bibirnya itu.

" Hahaha itik. Okaylah jom. " kata Ahmad. Mereka berdua masuk ke dalam perut kereta kepunyaan Ahmad. Kereta dipandu dengan penuh berhemah.

Tiba di kedai Mokti. Alyssa pantas membuka tali pinggang.

" Eh kak nak kemana? " soal Ahmad 

" Pergi beli ais krim la. " balas Alyssa. Ahmad mengeleng.

" Sabar. Pakai ni dulu. " dihulurkan mask hitam kepada gadis itu. Alyssa mengambilnya dan ditenung mask itu dengan pelik

" Nak buat apa ni? " soal Alyssa pelik.

" Pakai la takkan nak simpan kot. Baik tak payah bagi. " balas Ahmad. Alyssa tersengih lalu memakai mask itu.

" Dah? " soal Ahmad. Alyssa mengangguk laju.

" Jom " mereka keluar dari dalam perut kereta. Pintu ditutup dengan berhemah.

" Em..Ahmad. Kenapa kita kena pakai mask ni? " soal Alyssa. Ahmad tertawa.

" Kak ni nampak je benda yang akak suka terus perangai jadi macam budak budak eh? " usik Ahmad. Alyssa mencebik

" Aloo cepat la Ahmad. Kenapa kita kena pakai? " soal Alyssa lagi. Ahmad menunduk sedikit kerana dia lagi tinggi dari gadis itu.

" Orang dekat sini ramai yang jahat. Kita tak tahu kalau mereka tengah cari kita. Jadi untuk mengelak daripada mereka nampak kita. Kita kena la sorok identiti kita dengan pakai mask ni. Paham comel? " terang Ahmad. Alyssa tersenyum.

" Faham...tapi kenapa mereka nak cari kita? " soal Alyssa lagi.

" Dah tu simpan soalan tu dulu. Nak ais krim tak? " soal Ahmad. Alyssa pantas mengangguk

" Nak nak. Ahmad belanja " balas Alyssa teruja. Ahmad tersenyum

" Yela jom. " ujar Ahmad dan bangun lalu mereka berdua masuk kedalam kedai itu. Alyssa menjadi rambang mata melihat pelbagai jenis ais krim yang sedap dihadapan matanya. Mereka menikmati ais krim itu dengan tenang tanpa gangguan.

Bersambung...

Author ingin berterima kasih kerana sudi baca novel ini. Maaf jika anda bosan. Teruskan support author agar bertambah semangat nak menulis novel. Terima kasih juga kerana sudi vote novel ini.

Dia SurgakuWhere stories live. Discover now