Part 18

12 3 0
                                    

Sebaik sahaja panggilan dimatikan. Jejaka itu membaringkan dirinya di atas katil. Penat. 

" Haish...macam mana aku nak cari mamat tu? " renget Faiz. Fikirannya kusut memikirkan seseorang yang perlu dicarinya dalam masa seminggu.

" Apa lagi yang kau tak puas eh? " omelnya sendiri. Pelbagai soalan timbul dalam dirinya.

Segala keluhan dilepaskan. Baru sahaja ingin melelapkan matanya. Telefonnya berbunyi menandakan ada message masuk.

Dibuka telefon tersebut. " Umi " nama yang terpapar di skrin telefonnya. Dibuka chat tersebut terdapat gambar-gambar mereka sedang bergembira di rumah baru milik Alyssa.

" Cantiknye " itu kalimat yang keluar dari mulutnya. Diusap gambar itu lembut. Keluhan berat dilepaskan.

" Aku janji akan settlekan semua masalah ni dan pulang dengan selamat bersama abang kau Alyssa. " omel Faiz. 

Dia nekad untuk habiskan segala tugasannya dan segera pulang ke pangkuan keluarganya. 3 tahun cukup membuatkan dia rindu yang teramat terhadap keluarganya.

Skip time...

Dimain laptopnya mencari sesuatu yang diinginkan. Ditemani air kopi bersamanya.

Tok!! Tok!! Tok!!

Dipandang kosong ke arah pintu yang diketuk oleh seseorang itu.

" ASSALAMMUALAIKUM. " sapa seseorang dari luar menyebabkan jejeka itu meletakkan laptopnya diatas meja kopi lalu pantas bangun melangkah ke arah pintu tersebut.

" WAALAIKUMMUSALAM. KEJAP " dibuka pintu itu perlahan-lahan. Terlihat satu susuk tubuh yang tegap sedang berdiri di hadapannya.

" Yow bro. " tegur seseorang. 

" Kau cari siapa ye? " soal Faiz pelik tetiba muncul seseorang dihadapan pintu rumahnya.

" Owh. Aku roommate baru kau. " ujar seseorang. Angguk Faiz apabila teringat akan sesuatu.

" Owh ye kau Izz Nadheef kan? " soal Faiz. Jejaka itu tersenyum dan mengangguk.

" Ye aku la tu. Kau panggil aku Izz je. " balas Izz. Faiz mengangguk faham

" Eh masuk la. Bilik kau yang ada langsir biru kat luar tu. " terang Faiz.

" Amboi ada langsir kat luar eh? " soal Izz pelik. Tak pernah pula dia dengar ada orang letak langsir depan pintu bilik.

" Ha Ha manalah aku tahu. Kau tanya la tuan rumah ni. " balas Faiz.

" Ha yela aku kemas barang kejap. " jejaka itu melangkah masuk kedalam dan menuju ke biliknya.

Faiz kembali ke ruang tamu. Diambil air kopi dan di minum. Kemudian diletakkan semula di atas meja kopi lalu mengambil semula laptopnya. 

Seketika telefonnya berdering meminta untuk diangkat. Dikeluarkan telefonnya dari poket. Nama anak buahnya terpapar di skrin telefonnya. Pantas ditekan punat hijau lalu ditepekkan di telinganya.

" Hah ada apa ni Dip? " 

" Macam ni tuan. Kami dah dapat mengenal pasti keberadaan Encik Ikram AK. " 

" Bagus. Share lokasi dia dekat aku. "

" Tapi tuan. Ada perkara yang tuan perlu tahu sebelum pergi ke sana. "

" Apa maksud kau? "

" Encik Ikram AK. Dia bukan berseorangan. "

" Maksud kau dia datang bawak anak buah dia sekali ke sini? "

" Ye tuan. Mereka juga gemar menggunakan senjata tajam seperti pisau,katana dan sebagainya."

" Lagi? "

" Saya sarankan tuan berhati-hati kerana dia sudah merancang untuk membunuh tuan. Dia juga telah membuat plan bersama anak buahnya. Tapi tuan jangan risau. Kami dah tahu plan mereka. Ada ahli saya yang mengintip mereka secara senyap. "

" Bagus. Korang memang terbaik. Aku nak kejap lagi kau send semua maklumat tu dekat aku termasuk plan mereka. Malam ni aku akan datang markas untuk mengatur strategi. Arahkan semua yang ada untuk turut hadir malam ni. Faham?! "

" Faham tuan. Terima kasih. " 

Panggilan ditamatkan olehnya. Dia menyimpan telefonnya semula ke dalam poket dan menyambung kerjanya di laptop.

POM!!

Pintu bilik ditutup dengan kuat menyebabkan kedua bahu Izz sedikit terhinjut akibat terkejut, Dia yang tutup kuat...dia yang terkejut. 

" Kau dah kenapa tutup pintu macam nak roboh rumah ni. " tegur Faiz dari ruang tamu.

" Sorry ah bro. Aku ingatkan pintu tu jenis susah nak tutup macam dekat rumah aku. " terang Izz sambil melangkah ke ruang tamu dan mengambil tempat duduk bersebelahan jejaka itu.

Faiz mengeleng kepalanya sahaja. Dia meneruskan kerjanya tanpa menghiraukan jejaka disebelahnya itu.

" Bro. Kau buat apa tu? " tegur Izz bagi menyerikan suasana yang sunyi itu.

" Aku tengah settlekan kerja aku. " terang Faiz tanpa mengalihkan pandangannya. Izz memandangnya pelik.

" Kau kenapa? " soal Faiz apabila dia menyedari tingkah laku Izz.

" Kau tak nak intro diri kau ke bro? " soal Izz. Jejaka itu berhenti menaip dan ditutup laptopnya lalu meletakkan di atas meja kopi itu semula.

Dibetulkan posisinya dahulu sebelum memulakan berbicara. Dipandang jejaka itu.

" Nama aku Wan Ahmad Faiz. Kau panggil je aku Faiz. " ujarnya tegas. 

" Kau orang malaysia juga ke? Kau orang mana? " soal Izz teruja dapat roommate sama negara.

" Aku orang pahang. Kau? " soal Faiz. 

" Aku orang melaka. " balas Izz. Faiz hanya mengangguk faham.

" Kau amik kos apa dekat sini? " soal Izz. 

" Aku amik kos account " balas Faiz.

" Wah!! Kau sama kos dengan top students dho. " ujar Izz teruja. Faiz menjongket keningnya.

" Top students? Siapa? " soal Faiz pelik. Izz mengangguk teruja.

" Nama panggilan dia Asy. Dia merupakan top students dekat sini. Sama bidang macam kau juga. Tak silap aku lagi 3 tahun tamatlah pengajian dia disini. " terang Izz. 

" Kau tahu semua pasal dia? " soal Faiz. Izz mengangguk lagi.

" Yep. Aku study semua benda sebelum aku ke sini. " ujar Izz. Faiz hanya meng-oh-kan sahaja.

' Kejap dia tengah cerita pasal Asy adik kepada Alyssa ke? Adakah ianya benar atau tidak?  ' omelnya sendiri dalam hati. 

" Apa lagi kau tahu pasal top student ni? " soal Faiz memastikan apa yang diceritakan oleh Izz itu adalah benar.

" Kau nak tahu pasal apa? " soalan dibalas soalan. Jejaka itu menjeling. Dia memikir sejenak sebelum bertanya.

" Dia ada adik kembar ke? " soal Faiz.

" Yep. Mana kau tahu? " soal Izz. Faiz hanya mengeleng kepala.

' Maknanya betul la dia orang yang aku cari. Aku kena jumpa mamat tu dengan segera. ' omelnya lagi.

" Kau okay ark ni? " soal Izz. 

" Okay je asal? " soal Faiz semula. Izz mengeleng.

" Kat dapur ada makanan ark? Aku lapar dho. " soal Izz sambil memegang perutnya yang kelaparan.

" Ada. Aku dah tambah stock makanan semalam. Pergilah tengok sendiri apa yang kau nak makan. Jangan bersepah sudahlah. " arah Faiz. Jejaka itu mengangguk dan tersenyum lebar. Tanpa membuang masa dia terus menuju ke dapur mencari makanan.

' Aku dah jumpa kau, Asy. '

Bersambung...

Author ingin berterima kasih kerana sudi baca novel ini. Maaf jika anda bosan. Teruskan support author agar bertambah semangat nak menulis novel. Terima kasih juga kerana sudi vote novel ini.

Dia SurgakuWhere stories live. Discover now