Part 11

15 3 0
                                    

" Abang!! Alyssa!! " jerit ahmad dari dalam. Jejaka itu terkejut. Segala apa yang difikirkan tadi hilang seperti ditiup angin.

Kini fikirannya dipenuhi dengan gadis itu. Otaknya bercelaru ' Kenapa dengan alyssa? Apa jadi dengan dia? Ya allah janganlah amik dia dari kami. Kuatkan aku ya allah ' omel faiz dalam hati.

" ABANG!! " jerit ahmad lagi. Jejaka itu terus berlari masuk ke dalam wad gadis itu sebelum.

" Kenapa? Kenapa? " jejaka itu ternampak air mata umi dan adiknya mengalir ke pipi.

" A...apa dah jadi? " soal faiz. Hatinya cukup risau tentang keadaan gadis itu. Dia menghampiri adiknya. 

" Abang. Kak..kak alyssa " ahmad memegang tangan abangnya sambil mengalirkan air mata di pipi. 

" Adik...Umi kenapa ni? " soal faiz semakin risau melihat mereka. Mereka memandang alyssa.

" F...faiz " jejaka itu terkejut apabila namanya disebut. Dia terus menghampiri gadis itu.

" Alyssa. Kau..kau dah sedar?! " jejaka itu masih terkejut. Bukan dia je. Mereka semua terkejut dengan kekuatan gadis itu. Gadis itu tersenyum padanya

" Umi...i..ini bukan mimpi kan? " soal faiz lalu memandang umi. Umi tersenyum kegembiraan.

" Bukan nak. Dia dah sedar. " ujar umi. Ahmad bangun dari duduk lalu pergi memanggil doktor. 

Meanwhile...

" Macam mana dengan keadaan dia doktor? " soal faiz.

" Sejujurnya saya pun terkejut dengan gadis ini. Jarang saya jumpa gadis sekuat dia. Mengikut data saya dia akan sedar dalam kitaran 2-3minggu. Tetapi kuasa tuhan kan siapa je yang tahu. Kejap lagi saya akan buat pemeriksaan sekali lagi pada pesakit. Jika tiada apa-apa insya allah esok dia dah boleh dischage ye. " ujar doktor.

" Terima kasih doktor. Terima kasih banyak banyak. " ujar faiz dan ahmad serentak. Doktor itu mengangguk lalu beredar dari wad itu.

" Sayang umi. Kamu okay ke? " soal umi sambil memegang tangan kanan gadis itu.

" Alyssa okay je umi. " balas gadis itu sambil tersenyum

" Kak alyssa. Kami rindu akak " ujar ahmad sambil mengelap air mata di pipi. Gadis itu tersenyum.

" Akak pun rindu korang jugak. Terima kasih ye " ujar gadis itu. Mereka tersenyum kegembiraan

" Urm...faiz. A..aku " 

" Terima kasih alyssa. Terima kasih sebab kau kuatkan diri kau. Terima kasih sebab tak tinggalkan kami. Terima kasih sebab kau masih ingat kami " terjah faiz. Gadis itu terdiam lalu tersenyum. 

" Kak alyssa. Akak nak tahu tak. Selama akak pengsan kan, abang asyik fikir pasal akak je. Fikiran dia kusut sangat. Selagi akak tak sedar selagi tu dia asyik salahkan diri dia je sebab tak jaga akak betul betul. " ujar ahmad jujur. Faiz menarik telinga adiknya. 

" Kau ni adik. Diam diam dah la. " marah faiz.

" Alyssa sayang. Kamu ada rasa nak makan apa-apa tak? Kalau ada umi belikan. " soal umi. Gadis itu mengeleng kepalanya.

" Takpe umi. Alyssa tak rasa nak makan pun " balas alyssa. Faiz menghulurkan sesuatu pada gadis itu.

" A..apa ni? " soal alyssa terkejut dengan pemberian jejaka itu.

" Aku nak kau makan tu sampai habis. Air pun ada sekali tu. Biar kau cepat sihat sikit. Senang aku nak bawak kau pergi sesuatu tempat nanti. "ujar faiz. Gadis itu keliru.

" Bawak aku? Pergi mana? " soal alyssa.

" Makan jela. Kau dah keluar hospital nanti kau tahu la. " ujar faiz. 

" Coklat pun ada. Aku dah letak dalam tu. Tapi kau kena makan dulu baru boleh makan coklat tu. Okay? " sambung faiz. Gadis itu mengangguk lalu mengeluarkan makanan yang dibawa oleh faiz. Tanpa segan silu gadis itu terus makan makanan itu. 

" Kak. Hehe Nak sikit. " usik ahmad. Faiz memberi jelingan maut. Tanpa memperdulikan jejaka itu. Alyssa terus menyuap ahmad. 

" Eleh mengada. " kata faiz.

" Alah biarlah. Abang jealous la tu. " balas ahmad.

" Takde masa aku nak jealous dengan kau. " balas faiz. 

" Oh ye eh? Kak nak lagi " usik ahmad. Jejaka itu menjeling.

" Dah la tu. Tak payah la melebih lebih. Ish dia ni kang. Umi tengok adikkkk " ngadu faiz.

Gadis itu tersenyum suka. " Adik usah la kacau abang punya tu. Nanti ada orang tu mandi tak basah,makan tak kenyang,tidur tak lena. " usik umi. 

" Umi!! apa ni? " faiz mencebik. Mereka ketawa riang.

Skip time...

Keesokkan harinya. Gadis itu dibenarkan pulang ke rumah setelah disahkan oleh doktor bahawa gadis itu sudah sembuh sepenuhnya.

" Yay kak alyssa boleh balik. " teruja ahmad. Jejaka itu menjeling.

" Diam ah kau " marah faiz. Ahmad menjelirkan lidahnya.

" Werkk biarlah. Jealous ah tu " usik ahmad.

" Hahaha sudah tu. Jom sayang kita masuk kereta dulu. Biar anak umi yang tolong angkatkan barang kamu tu. " ujar umi. 

" Eh takpe ke? " soal Alyssa.

" Takpe alyssa masuk je dalam kereta dengan umi. Barang ni biar orang yang angkatkan. " ujar faiz. Gadis itu tersenyum.

" Terima kasih. " balas gadis itu lalu melangkah mengikuti umi.

" Hah Alyssa. Kamu rasa macam mana harini? Okay? " soal umi. Gadis itu tersenyum lalu mengangguk

" Alyssa rasa bertenaga sekarang umi. " ujarnya berserta senyuman manis. ' Manisnya senyuman dia. Cair aku kalau hari-hari macam ni ' omel Faiz dalam hati. 

" Ehem!! ehem!! Pandang apa tu? " tegur umi. Jejaka itu pantas mengelengkan kepalanya.

" Tak ada apa " ujar faiz berserta senyuman kekoknya.

" Pandang bakal isteri dia tu hah umi. " usik Ahmad. Jejaka itu mencuit pinggang adiknya

" Faiz? Kamu okay ke? Kenapa awak gelisah?  " soal Alyssa menyebabkan jejaka itu bertambah gelisah.

" Takde pape. A..aku okay je. Erkk...jom ah balik " ujar Faiz. Mereka tertawa melihat kelakuan pelik jejaka itu. Ada la tu benda dia nak sembunyikan. 

" Eh bukan awak kata nak pergi makan ke tadi? " usik Alyssa. Jejaka itu mengaru kepalanya.

" Erkk hah hah jom gi makan " ujar Faiz lalu masuk ke dalam kereta. Gadis itu tersenyum seronok.

" Dia malu tu. " ujar ahmad. Gadis itu memandang ahmad.

" Eh kenapa pulak? " soal Alyssa yang berpura-pura tidak tahu.

" Umi rasa anak umi dah jatuh hati dengan kamu la sayang. " bisik umi menyebabkan gadis itu blushing sehingga merah mukanya.

" Hahaha umi ni. Entah-entah dia suka orang lain. Tak baik tau mainkan perasaan orang " ujar Alyssa.

" Mainkan apanye kak. Betul la dia suka akak. Kalau akak nak tahu dia tu dari akak sakit sampai sekarang tak habis-habis risaukan pasal akak. Ni dah kali ke berapa Ahmad cakap. Kalau akak tak percaya jugak Ahmad tak tahu ler " ujar Ahmad bagi meyakinkan gadis itu. Alyssa tertawa.

" Hahaha lebih baik fokus belajar dulu. Belajar kan penting. Lagipun exam kan dah nak dekat. Kan umi? " soal Alyssa sambil tersenyum ke arah umi. Umi membalas senyuman gadis itu.

" Pandainya sayang umi ni. Betul la tu. Umi sokong apa yang Alyssa cakap tu.  " ujar umi lalu mengusap kepala gadis itu. 

" Umi jom la cepat borak apa lagi tu? Kata nak pergi makan? " tegur faiz setelah dia berjaya kawal dirinya daripada perasaan malu dan blushing itu. Tanpa membuang masa mereka terus masuk ke dalam perut kereta. Kereta mula bergerak menuju ke destinasi.

Bersambung...

Author ingin berterima kasih kerana sudi baca novel ini. Maaf jika anda bosan. Teruskan support author agar bertambah semangat nak menulis novel. Terima kasih juga kerana sudi vote novel ini.

Dia SurgakuWhere stories live. Discover now