Part 5

18 3 0
                                    

POV FAIZ DAN AHMAD...

" Bye!! " mereka melambai gadis itu sehingga bayang bayang gadis itu hilang dari pandangan mereka. 

" Dah jom masuk " sapa faiz. Jejaka itu mengangguk. Mereka melangkah masuk ke dalam rumah.

" Assalammualaikum umi " sapa kedua jejaka itu serentak.

" Waalaikummusalam. Anak umi dah balik ye. " balas  umi. Mereka tersenyum lalu melangkah naik ke atas.

SKIP TIME...

Selesai sahaja membersihkan diri. Mereka turun ke ruang tamu. 

" Anak umi tak lapar ke? Makanan ada bawah tudung tu. " tegur umi. Mereka duduk bersebelahan umi.

" Takpelah umi. Along kenyang lagi ni " balas faiz

" Adik pun " sambung ahmad. Umi hanya mengangguk lalu sambung menonton televisyen. 

" Umi..." panggil faiz. Wanita itu memandang anaknya.

" Ye sayang kenapa? "

" Along nak minta izin keluar malam ni boleh? " pintanya.

" Kamu nak pergi mana malam malam tu? " soal umi pelik. 

" Orang nak pergi markas kejap. Ada benda orang nak settle. Mana tahu kot kot orang dapat info pasal ibu alyssa ke? Betul tak umi ? " soal jejaka itu semula. 

" Adik nak ikut? " mohon ahmad pada jejaka itu. Jejaka itu mengangguk

" Yela. Pergilah. Betul juga apa yang kamu kata tu. Umi pun kesian tengok dia hari hari kena pukul. " ujar umi. Mereka tersenyum. ' yay dapat keluar ' omel mereka

" Mi " panggil ahmad.

" Ye? " soal umi pelik. 

" Apa kata kan umi jodohkan anak kawan umi tu dengan tu hah. Kan senang hari hari umi boleh lindungi dia. " usik ahmad. Umi tersenyum. 

" Masalahnya nak ke dia? Kalau dia okay umi tak kisah. Sekarang juga umi kahwinkan diorang " gurau umi. Mereka memandang faiz lalu tersenyum sinis.

" Umi nak kahwinkan siapa ni? " soalnya pelik

" Kamu la siapa lagi " balas umi. Jejaka itu buat wajah pelik

" Hah? dengan siapa pulak umi ni? " soalnya terkejut.

" Dengan kak alyssa " sampuk ahmad. Jejaka itu tersedak air.

" Umiiiii. Orang baru 16 tahun la. Umi ni. " rajuk jejaka itu. Mereka tertawa.

" Tadi dekat sekolah macam mana okay tak? " soal umi apabila teringat tentang hal persekolahan anak mereka.

" Okay je umi. Cuma.." faiz mengeleng kepala pada ahmad agar tidak memberitahu uminya tentang apa yang berlaku pada alyssa pagi tadi.

" Cuma apa ? " soal umi pelik melihat tingkah laku anak lelaki dia ni.

" Along? " soal umi.

" Aaa...takde pape umi. Semua okay je kat sekolah tadi. " tipu faiz. Umi mengeleng kepala.

" Haish kamu ni. Macam macam perangai. " omel umi. 

Telefon berdering meminta untuk diangkat.

" Assalammualaikum papa. " sapa jejaka itu.

" Waalaikummusalam anak papa. " balas papa

" So apa cerita tadi? Apa yang penting sangat? " soal papa.

" Em...ni pasal alyssa pa. " ujarnya perlahan.

" Kenapa dengan dia? Ada apa apa yang berlaku ke dekat sekolah tadi? " soal papa ingin tahu.

" Ye pa. Dia kena buli sampai pitam budak tu dibuatnya. " jujur faiz. Kedengaran keluhan di hujung talian.

" Macam mana boleh jadi macam tu? Kamu kemana? Takde siapa tengokkan dia ke? " soal papa risau.

" Takde pa. Waktu tu orang nak pergi beli makanan kejap. Sebelum orang pergi beli makanan tu kawan dia ada temankan dia. Orang pun tunggu la dia dekat kantin. Tak muncul muncul pun dia. Lama orang tunggu dia. Jadi orang dengan ahmad decide untuk pergi tengok dia dengan kawan dia. Sekali tengok ada kumpulan mana tah tengah buli diorang. Orang cepat cepat pergi selamatkan dia dengan kawan dia. Tapi tula pa. Orang lambat. Dia pitam. Luka teruk dia. " terang jejaka itu jujur. Papa hanya diam.

" Orang minta maaf pa sebab tak jaga dia elok elok. Orang cuai. " sambung jejaka itu sedikit sayu.

" Dah tu. Yang penting dia selamat. Umi tahu tak pasal ni? " soal papa apabila teringat tentang isterinya.

" Tak. Orang tak nak mi risau. " balasnya perlahan.

" Elok juga tu. Kesian umi kamu tu nanti. Kamu tolong tengokkan umi sekali ye. " ujar papa.

" Urm...pa " panggil jejaka itu.

" Hah apa? Ada lagi ke? " soal papa.

" Orang nak minta izin ni. Boleh tak orang nak bawak alyssa dekat markas kita? " soal jejaka itu.

" Kamu nak buat apa bawak dia pergi markas kita? " soalan dibalas soalan.

" Orang dengan ahmad cadang nak bawak dia pergi sana untuk berkenalan dengan anak buah kita. Alang alang boleh tolong dia cari semula mama dengan abang dia. " cadang jejaka itu.

" Bagus juga tu. Tapi kamu tahu kan bahaya bawak dia pergi sana. Macam mana kalau musuh kita target dia untuk umpan kamu? Jangan bahayakan nyawa dia long. Kesian dia. " omel papa. Jejaka itu terdiam.

' Betul juga kata papa. Tapi macam mana lagi aku nak tolong dia? ' omelnya sendiri.

" Along tahu bahaya kalau kita babitkan dia dalam dunia kita. Tapi pa. Kalau kita bawak dia and kenalkan dia dengan anak buah kita. At least mereka boleh tolong protect dia kalau kita takde. Sekurang-kurangnya dia dikelilingi dengan orang-orang kita. Takdelah kita risau sangat pasal keselamatan dia. " ujar jejaka itu.

" Kalau macam tu nanti kamu suruh mereka ketatkan lagi pertahanan dan suruh mereka bersiap sedia supaya nanti kalau apa-apa berlaku sekurang-kurangnya kita dah bersiap sedia. " ujar papa. 

" Papa akan tolong kamu dari sini. Kalau ada sebarang maklumat papa akan beritahu kamu. " sambung papa.

" Baik pa. Terima kasih tolong along. Sayang papa. " omel jejaka itu gembira.

" HAHA okay la papa ada kerja ni. Pape rojer papa. Assalammualaikum . "

" Baik pa. Jaga diri. Waalaikummusalam wrt. " balas jejaka itu lalu ditekan punat merah. Jejaka itu menghembuskan nafas lega.

' Terima ya allah kerana memudahkan kerja kami. ' omelnya dalam hati.

" Oii bang. Kau termenung apa tu. Jauh betul. " tegur ahmad. Jejaka itu memusingkan badannya ke belakang. 

" Macam mana? Papa setuju tak dengan cadangan kita tu? " soal ahmad. 

" Papa setuju cuma kita kena lebih berhati hati la. Papa pesan kita kena ketatkan pertahanan supaya alyssa lebih selamat disana nanti. Yela mana la tahu kalau kita terlalu sebok. At least dia selamat. " ujar faiz jujur. Jejaka itu tersenyum.

" Yay boleh bawak kak alyssa main alat muzik nanti. Hehe " omel ahmad. Jejaka itu tersenyum lalu mengusap kepala adiknya.

" Bawaklah adik. Asalkan dia selamat dengan kita. " ujar faiz. Jejaka itu tersenyum manis. Dia memeluk abangnya.

" Thanks abang. Sekarang kita kena minta persetujuan alyssa je. " kata ahmad. Jejaka itu mengangguk setuju 

END POV FAIZ & AHMAD...

Author ingin berterima kasih kerana sudi baca novel ini. Maaf jika anda bosan. Teruskan support author agar bertambah semangat nak menulis novel. Terima kasih juga kerana sudi vote novel ini.

Dia SurgakuWhere stories live. Discover now