Part 16

12 3 0
                                    

" Kak nak sikit. " pinta Ahmad.

" Werkk ni Alyssa punya. " ujar gadis itu lalu mengeleng kepalanya. Ahmad mendengus

" Alaaa kak kongsi la " rungut Ahmad. Gadis itu tetap mengeleng tanda tidak boleh. Mereka bertiga turut mengeleng kepala melayankan karenah dua budak rabena ni.

" Alyssa. " tegur Faiz lembut. Gadis itu memandangnya lalu memberikan coklat pada Faiz. Ahmad ternganga.

" Apa ni kak... " belum sempat dia menghabiskan ayatnya. Alyssa terlebih dahulu menyumbat coklat didalam mulut jejaka itu. Mereka tertawa.

" Alyssa kejap lagi ikut papa ye. " arah Papa. Gadis itu memandang papa pelik

" Nak pergi mana? " soal Alyssa. Kedua jejaka itu turut memandang papanya.

" Kita pergi shopping barang-barang kamu. " terang papa.

" Aik bang. Alyssa je ke? Saya ni? " soal Umi. Dicuit pinggang suaminya

" HAHAHA yela kita pergi satu family ye. " ujar papa. Mereka semua tersenyum lebar. Happy dapat keluar bersama.

Skip time...

2 tahun kemudian...

" Umi,Papa along minta diri dulu ye. " pinta Faiz lalu menyalam kedua tangan ibu bapanya.

" Yela. Sampai sana nanti jangan lupa call umi kamu tu. Nanti tak senang duduk umi kamu tu dibuatnya. " ujar papa. Jejaka itu mengangguk

" Jaga diri nak ye. Jangan nakal nakal dekat sana. Belajar elok-elok. " pesan umi lalu mengusap rambut anaknya. 

" Ye la umi. Nanti along call umi ye. " dipeluk uminya erat.

" Bang. Jaga diri tau. Jangan lupa adik dengan Alyssa pulak. " ujar Ahmad lalu memeluk abangnya.

" Aku tahu la. Ni Alyssa mana? Aku tak nampak dia pun " soal Faiz. Ahmad menunjukkan keberadaan gadis itu.

" Merajuk dengan kamu la tu long. " usik Papa. 

" Tapi pa orang tak sengaja la. Mana la orang tahu dapat sambung belajar luar negara. " ujar Faiz.

" Dah tu pergi pujuk Alyssa tu. Kang dia tak maafkan kamu umi tak tahu. " usik Umi. Jejaka itu mengeluh lalu melangkah ke arah gadis itu.

" Alyssa. Hey kenapa ni? " soal Faiz lembut. Gadis itu hanya memandang dengan tatapan tajam

" Okay okay aku minta maaf okay? Aku tak tahu pun sampai jadi macam ni. Kalau aku tahu aku dah lama cancel " terang Faiz. Namun tiada respond dari Alyssa.

" Hmm...Alyssa. Hey sorry la. " pujuk Faiz. Gadis itu mendengus kasar

" Kau kata kau nak jaga aku sampai bila-bila. Tapi kenapa kau yang pergi menjauh? Kau dah taknak jaga aku ke? " soal Alyssa. 

" Siapa kata aku taknak jaga kau dah? Aku ni still jaga kau walaupun aku jauh dari kau tahu tak. Aku sentiasa awasi kau. Jangan risau la, Papa ada,Umi ada, Ahmad pun ada. Kalau kau nak apa apa bagitahu je diorang. Tu gitar dalam bilik aku. Kalau kau nak main tu main je. Laptop pun ada. Kalau rindu aku contact je aku. Okay? " pujuk Faiz, Gadis itu mengeluh. 

" Tapi aku nak ikut kau... " ujarnya sayu.

" Mana boleh. Kau kena duduk sini. Jadi penganti aku untuk tengokkan umi. Please " pinta Faiz. Gadis itu menunduk.

" Okay..okay aku janji dengan kau. Habis je aku sambung belajar nanti. Aku terus balik sini lepastu kita pergi jalan-jalan beli jajan okay? " pujuk Faiz. Pantas gadis itu mengangguk dan tersenyum

" Hah macam tu la senyum. Kan comel tu. " puji Faiz,

" Abang!! masa " tegur Ahmad menunjukkan jamnya.

" Okay la aku nak kena gerak ni. Kau jaga diri okay? Bubye. Assalammualaikum. " ujar Faiz lalu beredar dari situ setelah gadis itu membenarkan ia pergi.

' Waalaikummusalam. Aku harap kau takkan lupakan aku. ' omel Alyssa dalam hati.

Skip time...

" Kak!! Abang kirim salam " jerit Ahmad. Langkah gadis itu terhenti.

" Baik!! Waalaikummusalam " jawab Alyssa lalu melangkah masuk ke dalam bilik

" Okay la umi,Papa adik masuk bilik dulu nak rehat. " pinta Ahmad lalu masuk ke dalam biliknya. Dibaring diatas katil. Jejaka itu memandang syiling atas.

" Aku harap plan kita berjalan lancar abang. " omelnya sendiri. Dia mula termenung mengenangkan sesuatu.

Flashback...

" Apa?!! Kau biar betul?!! " soal Faiz terkejut.

" Ye tuan. Kami dah periksa. Encik Asy masih berada di Italy. " terang Shem.

" Apa dia buat dekat situ? " sampuk Ahmad.

" Menurut data dia merupakan pelajar disana tetapi ini tahun terakhirnya." terang Shem. Kedua jejaka itu mendengus.

" Bagaimana dengan Ibu Alyssa? " soal Ahmad dingin. Mereka mengeleng

" Kami masih tak dapat info tentang Ibu Alyssa. Dah macam macam cara kami cuba tapi masih tidak dapat " celah Exe. Faiz mengeluh.

" Hanya ada satu cara je untuk dapatkan info tentang Ibu Alyssa. " sampuk Faiz.

" Kau jangan cakap yang kau nak pergi sana abang. " ujar Ahmad. Jejaka itu hanya terdiam.

" Abang! Kau tak ingat ke apa janji kau dengan kakak? Kau nak mungkir janji kau ke? Dia mengharapkan kau untuk jaga dia tahu tak bang. " marah Ahmad. Faiz menghembus nafas berat

" Adik bukan macam tu maksud aku. Kau ingat kan apa misi kita sebenarnya? Jaga Alyssa. Cari keluarga dia dan itu  yang aku tengah buat sekarang. Tolonglah adik. Kita takde cara lain dah. Ini je satu-satunya cara untuk jumpakan diorang semula. " pujuk Faiz. Jejaka itu menunduk.

" Kau tolong aku eh adik. Please engkau je yang aku boleh minta tolong sekarang ni. " rayu Faiz lagi. Ahmad mengeluh

" Yela yela. Tapi kau janji dengan aku kau kena balik Malaysia dengan selamat. " pinta Ahmad. 

" Baik aku janji. Thanks adik. " ujar Faiz sambil tersenyum. Mereka berpelukan

"  Okay now aku nak bagi tugas dekat korang semua. Waktu aku takde nanti. Aku nak korang semua bantu adik aku jaga Alyssa. Kalau aku dapat tahu korang tak buat tugas korang. Sorang sorang aku kerat 18 nanti. Faham?! " ugut Faiz. Mereka pantas mengangguk faham

" Faham tuan!! " jawab mereka.

" Dah pergi sambung kerja korang. Makanan dengan minuman korang ada dekat dapur. If lapar pergi makan dulu then sambung kerja. Aku balik dulu " ujar Faiz lalu pergi meninggalkan anak buahnya. Ahmad mengikuti langkah abangnya.

End Flashback...

" Aku harap kau selamat abang. " omel Ahmad sendirI. Dia terlalu risaukan abangnya. Namun demi gadis itu mereka terpaksa melakukannya. Tanpa sedar Ahmad telah pun terlelap. Penat sangat tu.

Bersambung...

Author ingin berterima kasih kerana sudi baca novel ini. Maaf jika anda bosan. Teruskan support author agar bertambah semangat nak menulis novel. Terima kasih juga kerana sudi vote novel ini.

Dia SurgakuWhere stories live. Discover now