Part 12

18 3 0
                                    

Tiba di kedai makan. Mereka pun mencari tempat duduk dan memesan makanan. 

Gadis itu memeluk umi tangan erat lalu menjatuhkan kepalanya di bahu umi. Umi pula mengusap kepala gadis itu.

" Oii umi aku tu. Oooo melebih lak dia ye. " tegur Faiz. Namun gadis itu hanya menghiraukannya.

" Biarlah dia nak rehat kejap. Sian dia penat " ujar umi. Jejaka itu mendengus. Dia terpaksa mengalah dengan gadis itu.

" Abang. " panggil Ahmad. Jejaka itu memandang adiknya.

" Aku kan kesian tengok dia. Terpaksa menghadap segala ujian sorang diri tanpa sesiapa disisi " ujar Ahmad perlahan sambil memandang ke arah Alyssa yang sedang tido itu. Jejaka itu hanya diam memandang Alyssa.

" Hah bang kau dah dapat ke maklumat pasal family dia? " bisik Ahmad. Jejaka itu menghembuskan nafas berat.

" Belum. Aku... " katanya terhenti apabila memandang gadis itu.

" Kenapa bang? Ada pape ke terjadi? " soal Ahmad ingin tahu.

" Aku rasa tindakan kita salah la. Sebab haritu masa meeting ada yang tidak setuju dengan cadangan kita dan ada juga yang mengambil kesempatan untuk membuat sesuatu pada dia. Aku rasa aku gagal la jaga dia dengan baik. Aku dah buat masalah baru dalam hidup dia. " ujar Faiz perlahan. Ahmad mengusap belakang faiz.

" Takpe bang. Kalau diorang taknak tolong takpe. Adik akan tolong abang. Okay? Abang tak pernah gagal untuk menjaga dia. Malah abang selalu ada bila dia memerlukan abang. " pujuk Ahmad membuatkan jejaka itu sedikit tenang.

" Umi pun sokong apa yang adik cakap. Kamu tak pernah gagal melindungi dia. Kamu sentiasa ada bila dia perlukan kamu. Kamu sentiasa disisi dia. Kamu selalu buat dia tersenyum. Umi yakin kamu boleh jaga dia dengan sempurna. " ujar umi. Jejaka itu tersenyum ke arah umi.

Tiba-tiba air mata gadis itu mengalir dibahu umi. Pelukannya semakin erat. Umi cuba mengejutkan gadis itu. Risau mereka apabila melihat gadis itu secara tiba-tiba mengalirkan air matanya.

" Sayang. Hey napa ni? " tegur umi. Gadis itu pantas terjaga dari tidur lalu memandang umi sambil mengalirkan air matanya

" Hey hey dont cry my dear. " ujar umi sambil menyapu air mata  gadis itu.

" Alyssa? kau kenapa ni? " ujar faiz lembut.

" Alyssa...alyssa rindukan ibu dan abang. " semakin deras air mata mengalir. Gadis itu cuba menahan tanpa mengeluarkan sebarang suara. Umi menarik gadis itu ke dalam pelukannya. 

" Sabar ye sayang. Kamu kuat. Insya Allah one day kamu akan jumpa semula ibu kamu. Umi yakin. " pujuk umi lalu mengusap dibelakang gadis itu.

" Alyssa. Hey. Pandang aku kejap. " pinta Faiz. Gadis itu memandang Faiz.

" Dengar ni. Aku janji aku akan tolong kau cari ibu dan abang kau. Okay? " pujuk Faiz. Gadis itu hanya diam sambil mengalirkan air matanya

" Hey hey. Pandang aku. Please dont cry, Okay? Aku,Ahmad dan umi sentiasa ada dengan kau. Kalau kau nak apa-apa kau bagitahu je kitaorang. Anggap je kitaorang ni macam keluarga kau sendiri. " pujuk Faiz lagi. Gadis itu mengangguk.

" Good girl. Dah berenti menangis. Lap air mata tu. Nanti kita balik rumah umi okay? " ujar Faiz. Gadis itu mengangguk lagi dan tersenyum sambil mengelap air matanya.

" Pandai eh kau pujuk dia. Dah boleh kahwin ni. kan umi kan " usik ahmad lalu tertawa.

" Eh ko ni kalau aku hempok kepala kau apa tak dapat nanti " ujar faiz lalu menjeling jejaka itu.

" HAHAHA. Umi tak masuk campur eh. " ujar umi. Ahmad menunjukkan wajah sedihnya. 

Sementara mereka berusaha menceriakan gadis itu semula. Makanan dan minuman yang dipesan tadi pun tiba. Mereka menjamu selera.

Skip time...

" Dah sampai rumah. "  ujar Faiz lalu mematikan enjin keretanya. Mereka keluar dari perut kereta itu.

" Kak Alyssa. Jom masuk dalam nak tak? " soal Ahmad. Gadis itu tersenyum dan mengangguk.

" Yay " teruja Ahmad lalu menarik tangan gadis itu masuk ke dalam rumah.

" Umi tengok adik tu " adu Faiz. Umi tersenyum melihat anak sulungnya

" Kenapa sayang? " soal umi lembut.

" Takdelah umi. Alyssa tu baru je sihat. Dia dah ajak Alyssa main. At least bagi la dia rehat dulu. " omel jejaka itu manja. Umi mengusap kepala jejaka itu.

" Alolo anak umi ni cemburu ye? Dah la tu jom masuk dalam. " pinta umi. Jejaka itu mendengus. Mereka berdua melangkah masuk ke dalam rumah.

" Hah Kak duduk sini dulu. Rehat rehat dulu kat sini. " arah Ahmad. Gadis itu hanya mengikuti. Umi dan Faiz mengambil tempat disebelah gadis itu sementara Ahmad ke dapur mengambil makanan ringannya.

" Alyssa tinggal dengan umi ye sayang? " pujuk Umi sambil mengusap kepala gadis itu. Gadis itu hanya terdiam.

" Alyssa. Kau okay tak? Dari tadi sampai sekarang aku tengok kau diam je. Napa ni hmm? " soal Faiz lembut. Gadis itu memandang ke arah umi dan Faiz.

" Alyssa? Kenapa ni sayang? " soal Umi.

" Nah kak minum ni. " ujar Ahmad yang baru sahaja keluar dari dapur bersama dulang yang berisi air hot chocolate dan juga biskut. Gadis itu mengambil lalu meminum tanpa berkata apa apa.

" Aik? Dari mana pulak kau muncul ni dik? " soal Faiz. Jejaka itu menjeling.

" Air apa yang kamu bagi dekat Alyssa ni? " soal Umi. Jejaka itu tersengih. 

" Hot chocolate. " ujar Ahmad. Umi mengangguk.

" Hah kak. Macam mana? Sedap tak air tu? " soal Ahmad sambil mengambil tempat bersebelahan gadis itu. Gadis itu tersenyum dan mengangguk

" Alyssa. Mulai hari ini, kamu tinggal dengan umi ye sayang? Umi harap kamu setuju la. " pujuk umi lagi.

" Ka..kalau tak menyusahkan umi. Alyssa okay je " ujar Alyssa sambil menundukkan kepalanya. 

" Yes!! Akhirnya kau setuju juga. " ujar Faiz lega.

" Nanti kau tidur je dalam bilik aku. " sambung Faiz. Gadis itu sedikit terkejut.

" Ha...habis kau? " soal Alyssa. Jejaka itu tersenyum.

" Aku boleh tidur dengan adik aku. Kan Ahmad kan? " balas Faiz sambil mencuit pinggang adiknya.

" Takpe kak. Tak payah risau pasal abang ni hah. Yang penting akak selesa. " ujar Ahmad. Jejaka itu menjeling. 

" Kau ni kannn... " 

" Ermm..kak jom gi tengok bilik akak. " ajak Ahmad. 

" Ok..okay " balas Alyssa lalu mengikuti langkah Ahmad.

" Oi oi bilik aku tuuuu " jerit Faiz sambil mengejar mereka.

" Hah ini biliknya kak. Segala pakaian akak umi dah letakkan dekat dalam almari. Tuala dekat sini. Kalau akak nak mandi dulu dipersilakan. Kalau perlukan apa apa panggil je. Kitaorang ada dekat bawah ye. " ujar Ahmad. Gadis itu mengangguk faham

" Oii suka suka kau je kan bawak dia masuk bilik aku. " marah Faiz. Ahmad menjeling.

" Dia juga yang kata ini bilik kak Alyssa. " ujar Ahmad. Faiz mendengus.

" Dah la jom keluar. " Faiz menarik adiknya keluar dari bilik itu.

" Em..kau pergilah mandi dulu. Lepastu rehat. Kalau nak pape bagitahu je and anggaplah bilik ni bilik kau. " sambung jejaka itu lalu menutup pintu bilik membiarkan gadis itu sendirian.

Bersambung...

Author ingin berterima kasih kerana sudi baca novel ini. Maaf jika anda bosan. Teruskan support author agar bertambah semangat nak menulis novel. Terima kasih juga kerana sudi vote novel ini.

Dia SurgakuWhere stories live. Discover now