Manakala kening Husna pula yang berkerut tatkala menyedari tingkah laku Mia berubah pelik. Namun, dia tidaklah lembab mana untuk baca riak wajah wanita itu. Dah kalau tersengih serupa kerang busuk itu, pasti ada seseorang yang istimewa menjadi penemannya. 

Ewah, ewah... diwaktu Husna terperangkap di pulau, dalam diam si Mia ada teman baru.

"Siapa yang teman kau datang sini? Boyfriend ke?" Soal Husna, bibirnya ikut sekali tersenyum-senyum.

Mia menekup mulutnya apabila tidak sengaja ketawa. Geli hati pula. Bahkan, pipinya pun sudah merah.

"Sebenarnya, aku datang sini dengan..." anak Mata Mia melirik ke sebelah kanan, tepat pada waktunya figura tampan memakai kemeja putih bersama seluar biru itu muncul. Terus menapak menghampiri mereka lalu herdiri rapat disebelah Mia.

Sebaik sahaja bertentangan mata dengan sepasang anak mata biru itu. Mulut Husna langsung melopong. Terus sebelah tangan naik menyentuh bibir, seakan tak percaya dengan apa yang dilihat. Dalam masa yang sama, dia turut rasa teruja melihat kehadiran lelaki itu disini. 

Encik Nathan rupanya.

Sekejap Husna menjeling kearah Mia. Baru sekarang dia faham kenapa wanita itu tersengih-sengih serupa dilamun cinta. Memang sedang bercinta pun!

"Oh, aku tengah terperangkap dekat pulau, kau pula boleh seronok bercinta ya? Patutlah tersengih macam orang gila, dah dapat pikat hati crush rupanya. Gatal!"

"Aw!" Mia buat-buat mengaduh sakit apabila Husna mencubit lengannya. Tak kuat mana pun. Kemudian, mereka sama-sama meletuskan tawa.

"Cik Husna tak apa-apa ke selama berada di pulau? Pipi tu kenapa?" Tegur Nathan, siap menunding jari ke arah pipi Husna yang punya garisan luka seolah-olah ditoreh. Nampak macam luka baru lagi dan menyakitkan.

"Haahlah, Kenapa dengan pipi kau?" Mia juga baru perasan apabila Nathan menegur.

Terkulat-kulat Husna mahu menjawab. Takkanlah nak beritahu dia baru sahaja diserang oleh sekumpulan Lanun jahat? Dia pun kalau boleh tidak mahu teringat tentang itu lagi. Tapi adakah alasan lain selain itu? Baru sahaja bibir Husna terbuka sedikit, tiba-tiba suara Dato Idris menyampuk daripada belakang.

"Eh, Nathan? Mia? Awal kamu sampai ke sini?" Sapa Dato Idris.  Dia dan Datin Khadijah akhirnya berhenti di sisi mereka.

"Saja, nak tengok keadaan Husna ni. Manalah tahu kalau dia sakit. Tapi alhamdulillah dia elok saja." Ujar Mia.

"Husna memang anak yang kuat. Mak cik pun tak sangka dia boleh bertahan di pulau tu. Kalau orang lain, rasanya balik tu dah demam dan trauma." Sampuk Datin Khadijah sambil memandang Husna dengan senyuman penuh makna. Namun, sedikit pun wanita muda itu tidak menoleh ke arahnya. Malah ada reaksi menyampah terpapar dimuka itu.

"Itulah, boleh dikatakan Cik Husna ni lain daripada yang lain. Entah apalah yang awak hadap masa dipulau sana tapi awak nampak tenang seperti tiada apa-apa yang berlaku." Puji Nathan. Jelas kagum dengan Husna. Jika dia diletakkan ditengah-tengah pulau sendirian, agaknya dah melalak seorang diri. Lantaklah anak lelaki sekalipun.

Malah, Husna hanya tersenyum kecil apabila menerima pujian. Namun riak wajahnya masih lagi tidak selesa dengan kehadiran Datin Khadijah.

"Err, Dato... Datin... boleh tak kalau tinggalkan Husna dengan kami? Ssya nak belanja dia makan sebenarnya. Nanti saya akan hantar dia balik ke rumah semula." Cantas Mia, meminta kebenaran terlebih dahulu. Wajah Dato Idris dipandang. Orang tua itu sedang mengangguk tanda beri keizinan. 

"Boleh saja. Kami pun dah nak balik. Tapi jangan lama sangat. Husna tu perlukan rehat juga." Ujar Dato Idris.

Lantas Mia angguk kepala tanda faham.

MR PIRATETahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon