Tumbang Mondu seketika di tanah. Jika diikutkan, boleh sahaja Lanun menyambung langkah kembali melarikan diri bersama Husna. Namun, pabila teringat semula apa yang Mondu telah lakukan di hadapan matanya, buatkan dia bertambah bengang. Lantas, muka Mondu disepak kuat. Terteleng kepala itu ke kiri bersama erengan kesakitan. 

"Itu balasan kau sebab berani sentuh dia..." Kata Lanun dengan nafas yang tercungap-cungap, kepenatan. Cukuplah. Dia mahu hentikan semua ini.  Lantas, pisau rembo itu terus dilepaskan jatuh ke tanah.

Dengan langkah tersendeng-sendeng, dia menghampiri Husna yang masih menunggu. Kepala juga rasa berat. Dia dapat merasai matanya yang semakin lama semakin berbalam. Antara dikaburi darah yang menitis, atau dek tenaga yang sudah putus.

Namun, setiap kali dia rasa ingin pengsan. Cepat-cepat Lanun gelang kepala. Menyedarkan diri semula. Melihat Husna di hadapan sana, buatkan bibirnya automatik tersenyum.

Tunggu aku, Husna...

"Ko mau pergi begitu sija ka huh?" Suara Mondu kembali menyapa telinga. Dekat.  Dengusan nafas kedengaran kasar.

Lanun pusing ke belakang. Membuntang matanya apabila menyedari Mondu yang entah sejak bila sudah berdiri dibelakangnya.  Dia yang tidak bersedia dengan apa-apa serangan, terus menerima tusukan pisau ke perut.

"Ya Allah, Lanun!" Kedua belah tangan Husna langsung menekup mulut. Tak percaya dengan apa yang dilihat. Mata kembali berair deras semula. Sempat dia menangkap jelingan penuh puas daripada Mondu saat melihat reaksinya. Pisau yang masih melekat diperut itu langsung ditarik keluar.

Mengalir darah dengan perlahan membasahi baju T shirt putih yang dipakai Lanun. Bahkan mulut turut memuntahkan darah. Perlahan-lahan lututnya yang lemah jatuh mencium tanah sebelum tubuhnya pula rebah ke situ.

"Tak guna kau Mondu!" Tak fikir panjang, pistol yang berada ditangan terus dihalakan ke arah Mondu.  Dengan rasa amarah di dada, peluru dilepaskan tepat mengena paha lelaki itu.

"Arghh!" Mondu mengerang sakit. Tersungkur dia bersama pisau ditangan. Menyentuh paha kirinya yang menjadi makanan buat peluru. Kebas. Tak boleh bergerak.

Bergetar tangan Husna tika ini. Lantas, pistol ditangan terlepas ke bawah. Husna tak pedulikan lagi, malah berlari mendapatkan Lanun yang terbaring ditanah dengan nafas tersekat-sekat. Wajahnya yang bengkak dan lebam itu tampak pucat membiru.

Kepala Husna tergeleng-geleng.

Tidak...

Tolonglah,

Janganlah Tuhan mengarahkan malaikat menjemputnya lagi. Dia belum bersedia.

"La...lanun..." Husna terus duduk disisi. Dengan kudrat yang ada dia menarik lelaki itu ke atas pangkuannya. Biarkan kepala Lanun berada di atas pahanya. Rinik-rinik peluh yang bercampur darah pada wajah Lanun dibersihkan dengan tangannya. Tidak lagi merasa jijik.

Sekejap mata Husna turun ke perut yang tak henti-henti mengeluarkan darah. Terus dia menahan tangannya disitu.  Menghalang darah daripada terus mengalir. Namun, tetap sahaja ada darah yang keluar dari celahan jari-jemarinya.

Ya Allah,

Apa yang patut dia buat?

"Awak..."

"Ak... Aku rasa aku dah tak kuat lagi Husna..."

Husna geleng kepala.

"Awak cakap apa ni? Saya ada. Saya akan tahan darah awak daripada keluar. Tolong bertahan, mungkin ada orang yang akan datang sini selamatkan kita..." Ujar Husna dengan suara yang sedan kerana menangis. Sedaya upaya menguatkan hati agar terus percaya bahawa Tuhan akan menghantarkan penyelamat buat mereka berdua.

MR PIRATEWhere stories live. Discover now