Menggigil tubuh Husna tika ini. Tak terbayang kesakitan yang bakal dirasai jika pisau itu menusuk ke salah satu anggota badannya.

"Ko nampak pisau ini?" Dilayang-layang pisau rembo itu dihadapan wajah Husna.

"Aku baru sija asah semalam. Berkilat lagi. Lama sudah pisau ini endak makan urang. Agaknya... siapa yang jadi makanan dia nanti? Ko..." diletakkan pisau itu dipipi kiri Husna. Tersenyum Mondu tatkala melihat wajah cantik itu berubah cuak.

"Atau Lanun?" Mondu menyoal.

Terkelu lidah Husna mendengar. Mata terjegil apabila nama Lanun disebut. Entah apalah perancangan gila si Mondu, namun dia takkan sesekali biarkan lelaki ini mengapa-apakan Lanun! Apa lagi yang Mondu belum puas hati? Sedangkan Lanun sedikit pun tidak pernah mengganggu kehidupannya semasa di pulau ini.

"Sudah tentulah pisau ini akan makan ko dulu!"

"Argh!" Husna menjerit kesakitan tatkala pipinya ditoreh. Hanya mampu mengerang kerana tangan dan kakinya masih terikat. Rasa hendak menangis pun ada dek menahan pedih di bahagian pipinya.

Mondu tersenyum puas. Darah yang melekat pada pisaunya dipandang.

"Ini baru sedikit. Hukuman buat ko kerana menipu aku. Selebihnya, aku tunggu Lanun datang. Aku mau seksa kau di hadapan mata dia. Biar dia menyesal sehingga mengalah dengan aku!"

"Kau memang tak guna, Mondu... tak guna!!!" Jerkah Husna. Tak semena-mena, pipinya yang berdarah itu terkena bahana penampar daripada Mondu. Sakitnya bertambah dua kali ganda. Tak cukup dengan itu, belakang sanggul Husna dicengkam.  Dipaksa mendongak menatap muka bengang Mondu.

"Sebelum ko bilang aku endak guna, aku akan pastikan dahulu diri kau rasa endak berguna! Biar kau rasa jijik dengan diri sendiri! Gila! Benci dengan diri kau! Dan Lanun ko pun akan rasa benda yang sama. Ko mau tau sebab apa? Sebab aku akan ratah tubuh ko depan mata dia sampai puas!"

"Lepaslah!" Husna cuba merentap tangan Mondu yang mencengkam sanggulnya. Puas dia meronta untuk dilepaskan, bahkan lelaki itu cuma ketawa apabila dia cuba untuk melawan. Seakan mengejek Husna yang tak mampu berbuat apa-apa kepadanya.

Dan tiba-tiba, kedengaran suara terpekik-terlolong dari luar gua. Tak pasti apa yang terjadi, tetapi seakan ada bunyi hentakan sesama tubuh seolah-olah sedang berlawan.

Tidak lama kemudian, muncul dua orang lelaki berbadan besar mengheret seseorang masuk ke gua. Sampai sahaja di ruang yang lenggang itu, lututnya disepak sehingga melutut ke tanah. Lengan kiri dan kanannya masih dipegang kemas oleh dua orang penjahat itu. Sebaik sahaja bertentangan dengan mata biru itu, mata Husna terus terbeliak.

Lanun!

Husna hanya berdaya melemparkan pandangan cemas. Begitu juga Lanun saat menatap wajahnya.

"Husna, apa dia dah buat pada kau? Dia ada sentuh kau? Cakap! Aku akan ajar dia cukup-cukup!" Jerit Lanun. Jelas sekali bengang. Apatah lagi melihat dahi dan pipi Husna yang berdarah, buatkan amarahnya semakin tercabar dengan Mondu. Lelaki itu... benar-benar mahu mati ditangannya malam ini!

Malahan Mondu sempat lagi melemparkan senyuman sinis. Dia berpaling memandang Lanun di belakang. Masih lagi dalam posisi melutut dan lengannya dipegang. Mengunci Lanun daripada menyerang Mondu bila-bila masa sahaja.

"Lama aku tunggu ko datang. Akhirnya sampai juga. Kenapa lambat sangat? Kesian koupusan ko yang jadi mangsa..."

"Aku akan patahkan tulang kau jika kau berani sentuh dia! Nasib kau baik kerana aku dipegang, kalau tidak... memang aku dah belasah kau sepuas-puasnya!" Jerkah Lanun dengan begitu garang.  Tajam anak matanya menikam Mondu yang berdiri angkuh.

MR PIRATEWhere stories live. Discover now